Translate

Halaman

Ahad, 21 Ogos 2011

Kayuh minggu ke 3 ramadan 2011 di Putrajaya...

antara gambo2 yg dapat aku snapkan mlm ni walau pun malam tadi dah lencun semasa ngikut geng2 Shah Alam berkayuh ke Klang tp geng2 aku ni tak serik2 nak kayuh lg malam ni..

Ada member2 tanya apa lah yg best nya kayuh basikal ni,aku sendiri pun x tau apa nak di katakan tp kalo ndak tau ceburi lah bidang pembasikalan ni baru le tau kick ke idak atau pun gian atau x gian jika tak ngayuh dlm sehari..

Hari ini rombongan cik Atan ke putrajaya di bantu oleh Yus yg berbesar hati menyediakan lori untuk membawak semua basikal ke sana,ada dalam 7 org semua nya terdiri daripada Helmi,Pyann,Darren,Amir,Yus dan aku sendiri,manakala Afiq menanti di sana..
Amir mlm ni siap bwak bakal mem sekali sebab dia nak tengok kemeriahan org2 mengayuh di putrajaya..
Memang meriah mlm ni sbb ramai betul yg berkayuh termasuk lah Wak Jan yg sempat aku angkat tangan je kerana beliau berada di laluan bertentangan dengan geng2 aku,entah baru sampai atau pun nak balik tak tau le aku..

Target mlm ni 50km je dan berhasil terlaksana walaupun Yus cram sekejap,kerap pulak cram sekarang ni apa yang tak kena gamaknya,mngkin di sebabkan permakanan atau pun basikal yg membuat ragam dengan gear tak mau masuknya atau pun nak kene pakai basikal baru dah kot..

Terimakasih pada ibu angkat Yus yg susah payah menyiapkan jamuan minuman dan makanan,maaf lah terlewat sampai sedikit tadi..
Terimakasih juga pada sepupu Yus yg jadi driver lori malam ini,
Malam ni merupa kan malam terakhir geng2 aku beraktiviti ramadan tahun ini,jika panjang umur kita kayuh lagi di ramadan tahun depan..

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada geng2 aku jika ada salah dan silap, Selamat Menyambut Hari Raya yg bakal kunjung tiba kira2 seminggu lebih je lg,
ucapan diatas juga aku tuju kan kepada semua para pelawat blog ini..

Jumpa lg di penulisan mendatang..

Was'salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan