Translate

Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

Menjejak trek L2A 100km rentung/cram ride...

As'salam'mualaikum
Salam sejahtera dan salam bahagia buat semua yg nyinggah di sini..
Di harap semua nya sihat2 selalu..

Semalam 80km dah di lenjan,bukit sesaja ari ni ndak tambah 100++km pulak dgn tambahan ketinggian bukit dan pendakian terus menerus,lenguh x abis lg nak tambah lenguh baru,melecet semalam tambah beso le nampaknya..
Betul2 xde penyakit cari penyakit..
Harap2 penadol yg di telan mlm td dpt membantu melega kan sendi2 yg dah ketat ni..

Malam td semasa di update kan tentang kayuhan pg ni hanya 'Awak',Amir dan Abg Baha yg respon,pg ni tggu punya tggu hanya 'Awak',Amir,Abg Baha,Pyann,Minami dan Annuar je yg muncul,hak lain kalo x terlajak tido x larat bangkit le tu,jangan sampai ada yg demam urat udah..

Selepas selesai bersarapan kayuhan pun bermula kira2 kul 8 pg..
Cuaca pg ni terang benderang alamat rentung le semua org..
Seperti dijanjikan pit stop pertama di simpang Ijok/Sg Buloh..
X le lama sngat Minami pun muncul dan perjalanan di teruskan Jalan Ciku,Kg Bt 20(Kuang) hingga lah ke Batu Arang..
Perjalanan sungguh menyiksakan asik manjat bukit koje nya hingga membuatkan Minami x terikut rentak kayuhan yg di kepalai 'tekong darat' saudara Annuar..
Selepas pit stop kedua(Kundang Jaya) terus kan pendakian tp kali ini agak bersemangat sedikit kerana mendapat sokongan peminat yg berbaris di tepi jalan masalah nya depa tu
bukan manusia tapi sang kera,seriau juge takut di terokam nya naya...

Akhir nya sampai di Batu Arang dan menjadi tempat perhentian pertama bg menjamu selera..
Seperti biase Abg Baha terus mencari nasik tp kali ini bersama Pyann dan Annuar,elok aje depa pekena nasi tengah penat2 ni..
'Awak ngan Amir belasah kueh 'ketayap', Minami asik membalun pisang je nambah 'power' gamak nya..
Sebelum 'memblah' kan diri tapau pisang 2 sikat,wah x yah le nak berenti dah ada bekal..
Lepas numpang kencin kat balai Polis masing2 kelihatan amat bertenaga dan ceria bg mengharungi perjalanan seterus nya..

Perjalanan diteruskan melalui Bukit Nenas..
'Ku sangka panas sampai ke petang rupa nya hujan di tengahari' bukan berkenaan cuaca ye,cuaca tetap gak sama panas nya tp perumpamaan ini untuk Abg Baha yg tetiba 'di kokak mengkarung' aka cram benda nak jd terpaksa terima,setelah sedikit lega perjalanan di lanjutkan melalui jalan Batu Arang(bukit lg)..
Tengah syok turun naik bukit tetiba org dpan berenti,APE KE HAI NYE.?
Rupa2 nya sekeluarga babi hutan ndak melintas jalan,ada 7,8 ekor siap mak bpak dan anak2 nya sekali..
Nasib baik le ada yg perasan kalo x mau ada yg kene sondol,babi bukan tau bg laluan kalo ndak lalu dia lalu je apa ada abih di sondol nya..
Lepas babi membuat lintas hormat kami menerus kan perjalanan kali ini sessi menurun yg panjang dan laju hingga ada bacaan meter yg cecah 71kmj-79kmj...

'Tojang' lg melalui jln Kuala Selangor,kali ini laluan berkanopi dah abis sakan berjemur nampak gaya nya,berjemur satu hal bukit satu hal kalo mental x kuat mau aja nahan teksi..
Msuk pulak jalan Meru Tambahan/Puncak Alam menghampiri satu lg dugaan yg kuat..
Tu dia 'Awak' nampak dah Dragon Back,dengan sisa tenaga yg tinggal 'Awak' pun mengagahkan diri utk menakluki ke lima2 belakang naga tu dan akhirnya alhamdullilah berjaya..
Dalam masa yg sama 'Awak' tengok Abg Baha cram lg tp x dpt nak buat apa spray ada kat Pyann yg dah lesap ke depan,nak berenti nak start balik momentum dah xde,'ate tinggai lah ye'..
Lepas Dragon Back msuk persimpangan jalan Paip-jln Batu Arang menuju gerai air tebu persinggahan kedua seperti mana di persetujui sebelum gerak td..
Amboi lega kerongkong yg tengah kering kontang ni..
10 minit menanti br lah Abg Baha,Annuar dan Minami muncul.
Masing2 pun memenuh kan tank dgn air tebu sambil nyembang dan melawak bg menaik kan semangat untuk pendakian terakhir..
Udah penat nyembang mari teruskan penat dgn perjalanan di jln Batu Arang/Uitm Puncak Alam..
Bukit area sini amat menyeksakan,Abg Baha cram buat kali ke 3 tp beliau menyuruh 'Awak' dan Pyann terus kan kayuh dan tggu di puncak,dia menolak terus ke atas 'x boleh kayuh,ansur2 pun x lepas' kata nya..
Setelah susah payah ngayuh dengan nafas bunyi kerbau kene sembelih serta kelajuan dah hampir sama dgn org berjalan kaki sampai gak ke puncak di mana Annuar mengambil alih tugas menunggu ketibaan Abg Baha..
'Awak' bersama Pyann meredah mendaki 2,3 bukit lg dgn kelajuan 10-15kmj hingga bertemu Amir dan Minami di simpang ke Shah Alam..

Abis 2 btg gudang garam baru lah mereka muncul..
Setelah bernafas dengan sempurna br lah perjalanan diteruskan ke 'port' tanpa ada gangguan cram lg..
Sampai Sri Muda x sah kalo x nyinggah mamak.
Abg Baha sekali lg tala nasik berselera betul makan nasi dan buat julung2 kali nya nampak Minami makan makanan berat mi goreng..hehe

Jarak:110.57km
Av speed:22.9km
Mx speed:63.9km
Tm:4.48.58

Moral:
Kayuh seksa cam ni sblan skali cantik le kalo kerap nanti 'power' sngat pulak..hihi

Jumpa lg dan Terimakasih..

Was'salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan