Translate

Halaman

Jumaat, 2 Mac 2012

Ltdl stage 6 Proton-Genting....akhir nya dapat juga tngok 'live'....

As'salam'mualaikum salam sejahtera...

Le Tour De Langkawi 2012 kembali lg tp aku masih x berkesempatan nak tngok secara dekat.
Memang aku nak pegi stage 6 ni memandang kan yg paling hampir dengan umah aku rugi le kalo x tengok sbb stage sterus nya dah masuk ke pantai timur mmg xde lah jawap nya..

Pg ni aku mengayuh je dr rumah terus ke Proton melalui Kesas dan buat pusingan U dpan fly over Summit msuk Kesas semula hinggalah ke Proton CEO di temani oleh Pak Imam dan Lokman yg turut ngayuh bersama..

Semasa kami nak masuk ke dlm kawasan bangunan Proton CEO pihak Polis x membenar kan tanpa sebarang alasan,sngguh mengecewakan bukan nak mencuri basikal peserta perlumbaan pun sekadar nak bergambar jer,ndak x ndak 'melepek' le kat luar sementara menunggu bermula nya kayuhan,nasib baik ada 2,3 org peminat yg lain boleh lah jugak nyembang2...

Jam 10 pg br lah pelumba2 di lepaskan di ketuai oleh kakitangan Proton sndri yg mengayuh secara fun ride,ada pelumba Malaysia mencampak kan botol kepada geng2 aku tp laju sangat semua terlepas org lain yg sapu...ciss
Setelah semua pelumba berlalu kami pun kayuh pulang ke Sri Muda...

Semasa perjalanan balik Lokman ajak pegi Genting pulak sbb x puas tngok kejap sngat dan botol pun x merasa..
Aku dan Pak Imam on aje lalu kami gerak ke Genting pulak kira2 kul 11 lebih..
Nasib baik jalan naik dibuka cuma jalan turun je dittup bg kegunaan pelumba utk naik ke atas...

Kami menanti di KOM terakhir 5,6km dari tmpt penamat baru lah selesa ndak ngambik gambor masa tngah mendaki x lah cam 'ribut' depa ngayuh nya,kat ctu aku tngok ada 5 org pengayuh muda sedang lepak menunggu ketibaan pelumba setelah nyembang lebih kurang rupa2 nya pengayuh remaja KL dan Datuk Joo Ngan pun ada sekali membawa support car merangkap melatih mereka..
X smpai stengah jam nggu pendahulu perlumbaan pun muncul dan semesti nya dr pasukan Androni Giocattoli seperti yg di jangka kan,tengok fizikal x padan ngan tenaga(kecik2 je tp mendaki mmg kuat gila)...

Setelah semua pelumba melepasi tempat tu kami gerak ke atas plak, sambil2 tu snap gambar dr dlm kereta,smpai atas sekali lg kecewa x di benar kan naik smpai ke tmpat penamat pulak...
Marah bengang semua ada tp x pe lah sbb sehari ni aku dpt ikuti perlumbaan 'live' depan mata..

Keputusan:
1.Jose Sherpa
(Androni Giocattoli)-3:09:37
2.Victor Nino Coridor
(Azad)-3:09:39
3.Jose Rujano
(Androni
Giocattoli)-3:10:23

Tahniah juga kepada pelumba2 Malaysia yg berjaya menyelit-nyelit di celah2 pelumba luar negara yg lebih ternama..

Orait!!stakat ini laporan dpt di beri insyaallah bertemu lg di masa mendatang..

Terima kasih dan wassalam..

1 ulasan:

  1. Ralat:
    bukan PROTON CEO tapi PROTON COE yg sebenar nya..

    BalasPadam