Selasa, 4 Disember 2012
UGCC dari Sg. Tekala - Bukit Tangga
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Tanggal 2 Disember 2012 UGCC mencuba route ke Broga sebagai persiapan untuk acara Broga Reverse 116 yang akan berlangsung pada 9 Disember 2012.
Seperti biasa kami berkumpul di pot biasa kami sebelum bergerak secara konvoi ke Sg. Tekala dengan 5 buah kereta. Seramai 8 orang semuanya. Manakala Cha and the geng bergerak sendiri dan berkumpul di Sg. Tekala menjadikan jumlah ahli kami seramai 12 orang semuanya.
Route yang kami pilih kali ini ialah Sg. Tekala - Semenyih - Broga - Lenggeng - Jeram Toi - Bukit Tangga dan berpatah balik melalui jalan yang sama. Perancangan awal nak mendaki Genting Perez terpaksa dibatalkan disebabkan kejadian tanah runtuh berhampiran Jelebu menghala ke Sungai Tekala.
Apa yang boleh aku katakan ialah route ini memang mencabar dengan pendakian yang agak tinggi juga. Semoga dengan adanya latihan awal yang kami lakukan ini dapat mempersiapkan mental masing-masing semasa event pada 9hb nanti.
Sebetulnya banyak perkara lucu yang berlaku semasa kayuhan kami kali ini tapi biarlah gambar-gambar dibawah ini yang berbicara.... hehehe ( ayat2 skema merangkap aku takde idea nak tulis dalam blog ni )
Apa-apa pun semoga berjaya kepada semua yang menyertai event Broga Reverse 116 yang sekarang ini kabarnya telah menjadi 105 km sahaja.... pehhh legaaaaaa... :)
Semoga bertemu lagi di lain entri...
https://picasaweb.google.com/110669492625919159980/UGCCDrSgTekalaKeBukitTangga
-are_jump-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Apasal satu je gambar nye?
BalasPadamada banyak gambar la Cha...kena tgk guna laptop atau PC saya buat slide show....
PadamSemoga selamat semuanya, kuatkan semangat utk menghabiskan kayuhan.
BalasPadampatut lah ada sekeping je jenuh gak aku mikir mana gambo yg nak berceritanya td..
BalasPadamHehehe...gambo byk kalo ltk semua kat sini mcm biasa mmg padat la.. Haha
Padam