Translate

Halaman

Rabu, 4 Mei 2011

Kayuh terlajak ke Putrajaya

As'salam'mualaikum...

Senin tanggal 2hb may 2011,seperti yg dijanjikan bersama Pokcik untuk melaku kan kayuhan 'sempoi' sekitar Shah Alam setelah 2 minggu Pokcik cuti kayuh atas kesibukan bekerja malah 3 ari cuti sabtu dan hari pekerja ahad masih penuh aktiviti perkahwinan anak buah plak hanya ari ini je bole melepaskan gian..

Cadang nya hendak gerak jam 7.30 pg memandangkan Helmi yg bekerja malam pun ndak ngikut maka terpaksa menunggu dia blik koje dulu,nggu kosong wat letih je, perut pun 'bulor' jadi gerak ke mamak dan pekena roti canai le dulu bersama Pokcik..
Tunggu punya tunggu kul 8 br Helmi sampai dan dia pun nak sarapan juga ate kene le nunggu lg..
Dalam nyembang2 tu provokasi antara Helmi dan Pokcik pun tercetus tentang kemana hala tuju pg ni sebab dua2 nya lama x kayuh bersama dan masing2 nak menunjuk kan kekuatan antara jauh dkat nya destinasi nak pegi pg ni..
Jam terus berdetik menghampiri 8.30 dan aku terpaksa masuk campur dalam perang psikologi deme ni dengan ngajak memulakan kayuhan asik dok pongpang pongpang sampai tengahari pun x kayuh2 lg...
Pokcik memberi kebenaran Helmi untuk membawa kami melalui route yg di hajatkan nya..

Helmi menghala ke Kesas dan lalu kilang Proton,dalam hati aku ingat masuk Subang dan kuar Hingway Persekutuan sampai JPJ Padang Jawa patah blik Sri Muda je tetiba dia masuk arah Puchong plak mesti ke Putrajaya ni..
Maka telahan aku tu betul rupanya sebab dlm perang psiko depa td ada gak dengor2 Putrajaya,aku pun 'folo' kan aja...

Helmi yg menarik kayuhan,dlm bincang2 td antara 25-30 je tapi kat atas jalan 30-35 pulak jadinya walau pun basikal besi nya nak hampir 20kg berat tp laju jugak,tercunggap-cunggap jugak aku ndak ngekor nya,ini le untung nya org x ngisap rokok stamina ada je walau lama x kayuh(apsal le aku susah beno nak berenti merokok ni)..
Akhirnya kami sampai di Putrajaya dengan selamatnya dan tempat pertama dituju adalah kdai mamak(lapor ayor)..

Selepas itu kami pun merayau-rayau ke tempat2 menarik sambil bergambor,Pokcik yg mula2 nya agak malu2 kucing nak bergambor tetapi menjadi ghairah pulak selepas itu untuk di mms kan kepada bini sbagai bukti..
Aku pun me mms kan gambor nya yg aku ambil ada le dlm 4 keping sbb telepon nya x boleh mms mesej,dah jenuh gak aku kutuk br smalam katanya nak angkat Samsung yg canggih dan ngetop masa kini(ntah apa model yg di kabor nya aku x ingat,angkat jangan x angkat)..

Rayau lepak rayau lepak udah kul 1.30 ptg maka aku pun ngajak le balik untuk ngisi perut mana jadi roti canai sekeping je dari pg yop oii, targetnya nak pekena ikan bakor Chek Mat..
Makan di Putrajaya bukan x boleh takut x lalu ngayuh balik je bila 'bondot' dah penuh..
Perjalanan blik yg sepatutnya lancar menjadi huru hara apabila Pokcik yg dah abis gas x dapat 'memolo' rentak kayuhan,beberapa kali juga aku dan Helmi menunggu ditepi jalan..
Keadaan menjadi parah apabila kami melalui jalan dalam di Puchong bg mengelak kan highway yg semakin sesak serta keghairahan pemandu2 yg memandu laju agak mengetarkan..
Pokcik yg mengekori aku tetiba hilang jenuh aku menanti x sampai2..
Aku dan Helmi menunggu dan menunggu sampai sejam lebih baru dia muncul,rupa2 nya dia tersesat hingga ke Puchong Prima patut le bila di telepon asik suruh blik dulu je..
Akhirnya kami meneruskan kayuhan bersama-sama semula dan sekali lg dia hilang tapi kali ini aku dan Helmi teruskan kayuhan hingga sampai Sri Muda..
Di sini aku dan Hilmi nak minta maaf pada Pokcik kira nya rasa 'terdajal' dengan kita orang tiada niat langsung..
Tujuan nya hanya nak kayuh jauh sikit dan berseronok di tempat yg di rasa kan amat menarik untuk meredakan sebarang tekanan dengan keindahan bangunan2 dan tasik2 buatan yg menenangkan...
Kayuhan kami +/- 80km sahaja..

Hanya cerita je yg aku tuliskan gambo ada sikit2 je yg lain dah upload didalam fb..
Pada Pokcik jangan serik nak kayuh sesama lg ekk,aku dan Helmi sekali lg ingin meminta maaf pada Pokcik tentang ketidakselesaan kayuhan balik semalam.
Maaf kan kami..
Maaf kan kami..
Maaf kan kami..
Maafff kan kamiii....

Sehingga berjumpa lg di lain ketika..
Wassalam......
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan