Translate

Halaman

Ahad, 8 Mei 2011

Putrajaya Edisi ke 2 (2011)...

As'salam'mualaikum

Sabtu 7hb may 2011..

Malam ni aku kuor kedai lambat sikit,boleh terlelap pulak masa nengok Akademi Fantasia,ngantok mlm kemarin tak abis lg gamak nya..
Bila sampai Helmi ada terconggok kat sana dan dalam masa yg sama mesej yg di antor nya kat aku baru sampai yg memberitau tentang projek ke Putrajaya esok pg..
Putrajaya lg?
Takpe lah sebab pegi naik van katanya..
Puyau yg ngajak dan mula bergerak dlm kul 6 pagi..
Lepas borak dan makan minum,lebih kurang kul 12 malam aku pun memblah kan diri bersama Helmi maklum le kul 6 nak bangun kata kan..

Ahad 8hb may 2011

Ntah berape lame le hpone melalak kan lagu 'surf' nya baru aku tesedor,bila tengok jam dah dekat 7.30,tegok pulak hpone takde 1 mesej pun yg masuk lg..
Aku mesej Helmi dan Puyau ropa2 nya deme pun terlajak,pukui 6 konon..
7.45 aku dan Helmi pun smpai dan Puyau dah nunggu kami.
Pak Imam pun ada kelihatan kami pun mempelawa tp dia menolak mgkin kerana perlu menghadiri program 'Polis bersama masyarakat' yg turut diadakan pg ni di Sri Kilat nasib kami ni dr luor kawasan tak join pun tak ngape..hehe

Basikal pun di muat kan kedalam van tanpa nanggal kan tayar dan secara otomatik nya bangku blakang pun tak boleh di naik kan,maka terpaksa le aku dok atas lantai sekali imbas cam pendatang haram yg diseludup aje ropa nya..
Hangat pijor le bontot sebelum sampai ke Putrajaya jawapnya..

Kul 9 baru le sampai ke sana dan van di parking di Perodua Persint 9 berhampiran Restoran Nazmaju..

Setelah persiapan lengkap(air,tube,tire lever)kami pun mula kan kayuhan menghala PICC..
Sampai PICC Helmi mengajak 'rageih' sampai keatas,aku tngok sayup gak nak nyampai kan ke atas tu tapi alang2 dah datang 'rageih' kan aja lah..
Ingatkan teruk sangat nak climbing tapi bila dah 'mola' mendaki tak de le payah benor ropa-ropa nya..
Sampai kat atas ape lagi sessi begambo pun berjalan seperti biasa,Puyau siap bwak Sony DSLR lg.
Semasa menikmati pandangan yg menarik dari atas tu kelihatan juge pengayuh2 di bawah sana ramai juga pg ni kebanyakan nya mtb,roadie ada le 2,3 kerat..

Lepas turun PICC kami meneruskan kayuhan menuju ke empangan ntah apa ke nama(tak ingat)sessi begambor di teruskan lg,sambil2 tu acara mengusya-usya awek turut berlaku(depa le aku idak)hihi,sebelum meneruskan perjalanan..

Kayuhan diteruskan ke
Dataran Masjid,di sini memang jadi port pelawat dari luar dan dalam negara yg cukup ramai hari ini.
Sebelum blah untuk ngisi perut dan lg begambo di depan Pejabat Perdana Menteri.

Akhir nya kami menuju ke tempat dimana bermula ia itu di Nazmaju untuk melantak tp sorang pun tak makan,ayor nya bergelas-gelas,kenyang ayor je sbab cuaca panas sgguh hingga selera makan pun tertutup..
Minum pun sudah jadi sumbat semula basikal dalam van dan mula bergerak untuk pulang kira2 jam 11 pg dan sekali lg aku paneh 'pungkok' nak nyampai Sri Muda...huhu

Ckup le untuk kali ini bertemu di misi seterus nya.. Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan