Salam sejahtera semua..
Pg ni aku dan geng telah menyertai kayuhan Sinar Shah Alam edisi ke 4 dr Dataran Shah Alam ke Taman Alam Kuala Selangor..
Penyertaan kali ini x di rancang walau pun telah lama mengetahui tentang nya sebab x de geng yg mengajak atau pun berkeinginan untuk menyertai kayuhan ini,masing2 dah ada perancangan sendiri seperti kayuhan di Kiara dan menyertai Raub 140km dan mendaki Genting Sempah pada hari yg sama..
Memandangkan tangan aku ni gatai menulis dan mewar-war kan ttg event ni di dlm page UGCC 2,3 hari sebelum hari ini ada plak yg memberi respon maka tanpa menoleh ke belakang lg aku mengarahkan semua yg ingin turut serta utk berkumpul dan bergerak ke tapak permulaan seawal 6.45pg bg urusan pendaftaran dan sebagai nya..
Janji kul 6.45 tp jam 7.15 gak br gerak nya..
Sampai je sana member br Nuar dan Mi Proton dah smpai..
Dlm kelam kabut nak mendaftar dan taklimat dr pihak Polis tentang ciri2 keselamatan sempat lg menggantikan tiub Mi Proton yg bocor,nasib baik tiub aku ada lg,semalam punya lama lepak di CMS tiub x teringat nak beli,bahaya kalo jalan jauh ni..
Ramai gak yg turut serta dlam 3-4 ratus org,bah kan yg dtg dr Kuala Kubu ia itu Assakinah CC pun turut serta..
Ada jugak muka2 yg biase nyembang dan berborak seperti abg Wahid,abg Brahim 24,abg Faizal serta adik2 section 7 turut menjoin kan diri dlm kayuhan pg ni..
Perlepasan dlm kul 7.30pg dan mempunyai 4 CP..
Kayuhan dlm kelajuan 20km sejam sempat lg aku pam power stik atas basikal..
Di CP 1 ada di sediakan air mineral dan pisang manakala di CP yg lain2 hanya berehat sahaja..
Ada juga terjadi kemalangan kecil di sebab kan pengayuh2 asyik mengushar awek motor yg memotong deretan pengayuh manakala di CP 4 seorang pengayuh wanita telah pengsan mgkin faktor cuaca yg amat terik hari ini menjadi punca nya..
Pengayuh2 dr KSCC dan Sabak Bernam menyertai kelompok pengayuh bermula dr Jeram..
Sampai di Taman Alam kira2 jam 11.30pg..
Pengacara majlis sempat lah mempromosi kan tmpat2 pelancungan yg terdpat di sekitar Kuala Selangor seperti Bukit Melawati dan Kg Kuantan yg terkenal dengan kelip2 nya..
Terdapat juga acara cabutan bertuah dan 2 org dr geng UGCC telah mendapat hadiah berupa jersey iaitu saudara Annuar dan Minami..
MBSA juga menyedia kan makan minum kepada pengayuh2 berupa nasi ayam dan air sirap..
Bagi perjalanan pulang pihak MBSA menyediakan lori untuk membawa basikal dan bas untuk pengayuh2 kembali ke Shah Alam..
Aku,Annuar,Minami,Yus dan adik Yus memilih untuk berkayuh pulang..
Perjalanan pulang menjadi agak lambat kerana cuaca yg amat panas terik hingga beberapa kali terpaksa mencari tempat teduh dan refill air,selain dr itu basikal adik Yus juga mengalami 2 kali kebocoran hingga terpaksa memanggil ayah Yus yg telah smpai ke rumah(naik bas) untuk mengambil nya di ICT Seksyen 7 kerana telah kehabisan tiub baru..
Sampai Sri Muda jam 4.40 ptg dan terus melepak di mamak bersama geng2 yg sampai terlebih dahulu..
Jarak kayuhan 132.++km tp masa yg diambil agak lama..
Semasa balik juga Minami x dpt ikut rentak dengan member2 yg lain mgkin kerana dah lama x training dek kerana kesibukan bekerja untuk mencari modal bg mendapatkan Kuota Kharma pro idaman nya..
Terima kasih MBSA yg menganjurkan kayuhan Sinar Shah Alam ini dengan jaya nya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan