Translate

Halaman

Jumaat, 1 Jun 2012

Baju Raya dah siap...

Salam sejahtera Yop dan Yong semua..

Melawak je tajuk di ataih tu tp kalo di buat pakai masa lebaran pun boleh juga x salah x gitu mengkome semua..

Setelah tertengok di dalam fb banyak benor depa berkempen tentang Share Our Roads,maka tergerak lah idea untuk tolong berkempen sama(sekadar sumbangan kecik pihak UGCC) bg menyedor kan pemandu2 di jalan raya tentang keujudan penunggang2 basikal yg menggunakan jalanraya sebagai riadah atau sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja atau pun kemana-mana sahaja bg yg kurang berkemampuan atau pun yg memang obses mengayuh,pemandu2 yang mana sedor terima kasih di ucap kan yg mana2 x sedor2 lg tu x boleh buat apa udah dari azali mmg 'kayei ngono' kata org jawa..

Idea buat baju t-shirt ni dtg dr Otai dan penambahan2 tulisan tu perbincangan bersama BB,Azam dan teman..

Azam yg menjadi sukarelawan untuk menempah dan mengutip duit dr kengkawan yg berminat..

Pemilihan warna pada mula nya agak kontroversi sikit,ada ndak hitam ada ndak putih,merah dan pink pun ada kalo org pempuan teman faham ni yg jantan pun ndak warna pink seriau teman di buat nya..

Akhir nya pilihan warna kuning telah di pilih walau pun ada yg takut di kait kan dengan perhimpunan Bersih 3.0 tetapi semua nya akur setelah mendapat penjelasan panjang lebor dari BB di dlm page UGCC tentang kebaikan dan sejarah warna kuning itu sendiri..

Bg t-shirt leher bulat dibuat sebanyak 50 tempahan dapat lah dlm rm22 sehelai manakala yg berkolar dan berzip 10 helai je atas tempahan khas Otai berharga rm26..

X smpai sehari je baki 9 helai yg di simpan Otai di kedai nya 'licin takor' di beli dek org yg berminat sampai kan yg special order 10 helai dia(Otai) punye pun tinggal 2 helai je,oii mak macam goreng pisang panas walau pun x semua pembeli nya berkecimpung dlm sukan berbasikal jangan deme bawak ke perhimpunan Bersih 4.0 pulak udah le x memasal Otai kene soal siasat dah jd kes naya..

Dengor2 kabo ada repeat order pulak lepas ni jd yg mana x dpt lg tu ikuti perkembangan di page UGCC..

Udah le Yop dan Yong semua ingat nak citer sempoi2 je last2 panjang juge karangan teman ni jadi nya..

Di sini teman nak ucapkan terima kasih terutama pada Azam yg susah payah menjayakan projek t-shirt ini dan kepada pembeli2 t-shirt berkenaan..

Mana2 yg x faham perkataan pelik kat atas tu rujuk kat bawah ni ye..

Bahasa/loghat Perak/Jawa ke Bahasa Malaysia

Ataih-atas
Mengkome-anda/awak
Benor-benar
Menyedor-menyedar
Kayei Ngono-macam itu
Teman-saya/aku
Seriau-gusar/risau/takut
Licin Takor-habis
Deme-mereka
Dengor-dengar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan