Translate

Halaman

Isnin, 21 Mei 2012

Cycle Fest MPSJ 2012

Salam sejahtera semua..

Pg ni aku bersama Azam dan Amir telah ke Usj 5 bg memberikan sokongan kepada Mas yg akan menyertai Cycle Fest ini dlm acara fixie..

Sebaik kami smpai kira2 jam 8.45pg perlumbaan bakal bermula sempat lah kami memberi kata2 semangat pada nya..
Pelumba negara Fauzan Ahmad Lutfi pun berlumba dlm acara ini..

Selesai perlumbaan Mas hanya menduduki tmpat ke 4 manakala Fauzan seperti dijangka mengungguli acara ini tetapi pihak penganjur membatal kan kemenangan tersebut,berkemungkinan kerana penggunaan sprockett hidup memberi advantage ketika di corner dan menuruni bukit..
Ketika merai kan kemenangan di garis penamat beliau tidak mengayuh mgkin di situ lah penganjur dpt mengesan kesalahan nya..

Apabila pembatalan dibuat kedudukan pemenang pun berubah dan Mas telah diangkat menduduki tmpt ketiga di belakang pelumba Bkt Jelutong kedua dan pemenang tmpt pertama dr Utem-kp1..

Di sebelah pg ini juga ada acara untuk OKU,Folding Bike dan MTB..

Banyak nama2 besar dlm bidang berbasikal seperti Annuar Manan,Rauf Misbah,Akmal Amron,Mariana Mohammad dan bekas2 pelumba negara seperti Nor Affendy Rosli,Hafiz Wong(Wong Ah Tiam),Sayuti Zahid,Mahatir Hamad,Ishak Amin,Sapuan Aman yg menyertai sebagai pelumba dan jurulatih termasuk juga pelumba motor Zambri Baba yg berlumba untuk mencari/menambah fitness..

M.Kumaresan pun ada sebagai duta Cycle Fest ini sementara Musairi Musa sebagai MC..

Dalam acara MTB terbuka lelaki Anuar Manan hanya berada di kedudukan ke 2 sahaja..

Selepas acara penyampaian hadiah kepada pemenang perlumbaan sessi pg Amir telah mendaftarkan diri untuk berlumba dlm acara road bike pada sebelah ptg setelah termakan racun dr member2 terutama nya dr Annuar Salehan dan kami pulang mengambil basikal road bike pulak ketika perlumbaan di rehat kan sementara waktu..

Jam 3 petang bergerak ke MPSJ semula,Puyau pun ikut sekali sebagai jurufoto..

Ketika kami tiba itu sedang berlangsung acara senior vateran di mana Sapuan Aman aka abg Tuah berjaya menduduki tmpat ke tiga..

Dalam acara junior vateran Annuar Salehan turut menyertai nya dan berada di peloton hadapan semasa lap pertama tetapi di lap ke dua x nampak2 rupa2 nya tayar telah pancit ntah apa di langgar dia pun x tau..

Acara terbuka public lelaki Amir dan Mas turut serta bersama 42 peserta lain termasuk muka2 yg aku kenal seperti Zaki,Oani,Azham dan Annuar pun turut serta lg setelah disuruh oleh sifu M meminjam rim dr team lain..

Pada awal nya Annuar dan Amir berjaya menempatkan diri di dlm peloton manakala Mas agak sedikit tersangkut..
Di pusingan ke dua Annuar dah lesap sekali lg tayar nya kebocoran manakala Amir maintain dlm group leader yg seramai 20-28 org,Mas pula dah drop lg ke belakang mgkin kelemahan penggunaan gear yg betul menjadi punca..
Amir berjaya menamat kan perlumbaan di tempat ke 15 masih dlm kelompok pemenang perlumbaan,masih boleh di banggakan walau pun lutut masih belum sembuh sepenuh nya manakala Mas setakat pusingan ke lima sahaja..

Dalam acara Elit lelaki perlumbaan di menangi oleh Nabil(MSN)yg mewakili Roda Pantas manakala Annuar Manan hanya menduduki tmpt ke enam sahaja..

Secara keseluruhan nya agak bergembira dengan pencapaian pengayuh UGCC kali ini walau pun x se gah nama2 kelab2 besar seperti P2K,Armaniz,Arus Racing Team dan BJCC yg turut menyertai Cycle Fest ini, sekurang-kurang nya telah serba sedikit berjaya menunjuk kan peningkatan..

Bagi mengetahui kedudukan penuh setiap kategori sila layari www.race boy.com

Tahniah MPSJ atas penganjuran ini bg menambah kan kemeriahan sukan berbasikal yg semakin mendapat perhatian dr seluruh masyarakat Malaysia ketika ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan