Translate

Halaman

Isnin, 7 Mei 2012

Latihan mendaki untuk le tua 100 ride

As'salam'mualaikum dan salam ceria utk semua..

Pg ni seramai 6 org pengayuh telah ikut serta 'meragang' Genting Sempah hingga ke Bentong sebagai persediaan terakhir sebelum menyertai Le Tua 100 ride..

Latihan ni bukan bertujuan nak menang pun (mmg xde harapan) tp bg memudah kan pendakian yg di gembar gembur kan pihak penganjur meliputi 40% dr jarak keseluruhan kayuhan..

6.15pg dlm cuaca mendong dan hujan renyai2 kami pun bergerak dr port, gamble je lah kalo kat Gombak hujan lebat cari kedai kopi lepak minum je pg ni jawap nya..

7.30pg sampai JHEOA Gombak telah ramai pengayuh memula kan kayuhan,kami pun ikut bersiap dan mula bekayuh kira2 jam 7.38 pg..
Sampai puncak bersama Baha sementara Amir dan Mas telah sampai terlebih dahulu..
X lama kemudian Minami pun sampai bg tau yg Azam agak lambat kerana telah berhenti 2 kali dipertengahan jalan..mgkin dia x sihat sangat kot atau pun x cukup sarapan pg ni..

Setelah semua berkumpul terus gerak ke Bentong janji nak turun sesama tp Azam yg gerak sedikit awal x nampak2 dlm koyak2 dlm muntah2 bila dpt downhill lesap..
Baha mencadangkan untuk kami mengejar dan mencari Azam takut2 termasuk gaung kata nya secara berseloroh maka bermula lah sessi tarik menarik tekan menekan antara aku,Amir,Baha dan Mas sampai x ingat yg balik nanti 34km nak kena daki..

Akhir nya berjumpa Azam yg menafi kan dia tekan kow2 sesorang td tp yang pelik nya sampai x nampak langsung bayang nya tu,ada ilmu hitam bg org x nampak kat dia,si Azam ni agak nya..

Ingat bila dah jumpe tu abis le sessi tarik menarik rupa nya x,lg laju derang hentam aku pun folo juga had mana yg mampu(depa dah lapor gamaknya tu yg laju semacam je)..
Sampai Bentong nyinggah mamak pekena lah pulak,aku tngok Mas sampai x berapa lalu makan sbb memikir kan dompet nya yg tertinggal entah di mana senang cerita mmg xde mood lngsung kayuhan dia pg ni..

Ada mood x de mood kayuhan balik kene juga di buat sampai ada mengadu koyak rabak dan cram sana sini,aku pun terpaksa nyembur spray ke peha yg mula berdenyut-denyut sesampai nya di rnr Genting Sempah..
Itu lah bahana nya bila turun td x ingat dunia pasni nak ngadap bukit McD pulak aku pun x konfiden boleh lepas ke x kali ini..

Alhamdullilah akhirnya dpt juga aku melepasi nya bersama Mas sementara Baha dlm 50 meter nak smpai puncak terpaksa melompat turun begitu juga Minami dan Azam yg menyorong dipertengahan bukit sementara Amir dah sampai parking kereta masa tu..

Lupa nak cerita masa nak sampai puncak ada sebuah kereta nak menanya arah jalan tp aku hanya dpt jawap salam dan minta maaf kerana x boleh berhenti ketika itu,kalo berenti garenti menolak lah aku..
Sessi menurun bukit berjalan lancar hingga ke parkir kereta..

Sampai Sri Muda aku bg kunci umah kat Mas dan suruh dia cari wallet nya alhamdullilah jumpa juga beg tersebut dan dia terus beli pisang goreng keropok goreng sebagai membayar niat,aku pun gembira juga dpat tumpang tuii,baru lah nampak ada riak relief di muka mamat Mas ni,cer pakai pounch bag pulak lepas ni dan letak semua benda penting dlm tu xde lah bersepah-sepah lg..

Aku harap agar2 geng2 UGCC tak ada yg menolak masa ride le tua nanti sbb latihan dah di buat sebanyak 3x sebagai persediaan mencukupi lah rasa nya..

Kepada geng2 yg x di bagitau untuk kayuhan ini minta maaf banyak2 sebab kayuhan ni di buat secara tergempar itu sbb x di masuk kan dlm page UGCC,panjang umur kita pegi lg dan kalo bole kita sewa lori supaya ada ahli yg x tertinggal..

Kita jumpe di Le Tua 100 ride minggu depan..

Was'salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan