Salam sejahtera..
Cuti hari pekerja tiba lg,seperti yg telah di rancang kayuhan ke Janda Baik akan di jalan kan..
Pada pagi ini 8 org pengayuh telah turut serta terdiri dari aku,Amir,Mas,Minami,BB,Pak Imam MKO,Esman dan member yg baru di kenali Ben..
Persiapan bermula seawal selepas solat Subuh dan terus bergerak ke Petronas selepas Proton di mana Ben telah menanti sejak jam 6 lg..
Sampai di hospital JHEOA kira 7.30pg dan selepas menukar pakaian dan 'mentuning' basikal perjalanan pendakian Genting Sempah pun bermula kira2 jam 8pg..
Pg ni aku yg kat depan tp x lama kemudian Amir dan Mas pulak mengganti kan aku..
Lebih kurang 5km perjalanan Baha dan Ben memintas tp aku memotong semula dan terus kayuh hingga keatas,masa yg di catat 58 minit sama macam yg lepas juga x improve2 lg tp x kisah sbb dlm perjalanan td banyak juga basikal2 mahal seperti Colnago dan Speciallized yg dpt aku gigit dengan Schwinn aku yg murah ni walau pun mereka telah jalan lebih awal dr geng2 aku, boleh lah kembang hidung sikit hehehe..
Aku pun terus kan perjalanan di mana Amir dah menanti di rnr Genting Sempah x lama kemudian baru le yg lelain muncul kecuali Pojie dan Mko..
Pojie muncul hampir kul 10 kata nya menanti Mko tp aku suruh jalan terus je semasa col aku td, bukan apa takut Mko x larat je dan terus turun semula kebawah sampai petang le x gerak2 dia dr tempat menanti tu dan kami yg diatas pun x bergerak juga lah nampak nya..
Selepas pekena teh ais kami teruskan perjalanan ke Janda Baik pendakian demi pendakian hingga kan Esmann dan Pojie pun terpaksa berhenti rehat di tepi jalan aku teruskan perjalanan hingga berjumpa Baha dan lelain tp Amir dan Mas xde rupa nya mereka terlajak ke depan sbb terlebih layan..
Perjalanan di teruskan menuju ke kawasan perkelahan setelah semua berkumpul yg di ketuai oleh Baha dan sebelum sampai tempat dituju sempat berhenti mengisi perut dahulu..
Sampai je di kawasan sg tersebut tanpa membuang masa Pojie dan Mas merendam kan diri dan yg lelain pun x boleh tahan turut sama menikmati kedinginan air sungai tersebut,memang best dpt berkubang,x ingat apa dah sampai ada yg menggigil kesejukan..
12.30 kami pun bergerak untuk kembali ke Gombak kalau di ikut kan hati sampai ptg nak lepak di situ tp memandangkan dtg berkayuh hasrat tu terpaksa di lupa kan sbb banyak kerja keras kene di laku kan lg untuk smpai ke tempat parking kereta..
Perjalanan balik ni aku 'memolo' Pojie sbb aku nampak dia dah koyak masa dtg td masa balik lg rabak le jawapnya..
Sementara nak nyampaikan rnr Sempah banyak kali juga dia berhenti kerana lututnya sakit dan membengkak dia suruh jalan dulu tp x sampai hati tinggal kan dia sesorang,apa2 hal susah..
Dari cuaca panas sampai lah hujan aku menemankan dia hingga tiba rnr di mana yg lelain menanti..
Berehat sebentar dan perjalanan diteruskan untuk mendaki bukit kejam semua dah gerak tp Minami pulak hilang nak di tinggal kan takut xde org jaga basikal nya jd sebagai sweeper aku kene ambil tanggung jawap untuk menanti nya,member sakit perut patut le lambat kuar dr tandas...
Ketika sedang manjat Bukit Kejam jumpa Man yg tenggah menolak dia pun dah tangkap krem di peha dan x boleh 'push' lg dah..
Semakin menghampiri puncak Pojie pulak telah terduduk,kali ini Minami berjaya mendaki hingga ke puncak tanpa menyorong,
Perjalanan menurun yg sakit lutut pun macam ribut tp aku jenis penakut asik membrek je sbb jalan basah dan rim aku pun dah agak gelong x berani nak layan sangat..
Bertemu Mko di parkir kereta dan tanya apa yg terjadi,dia kayuh stakat 7,8km sahaja tu pun dah ambil masa sejam setengah x boleh pegi dah kemudian turun semula kebawah dan cuma ambil 20 minit je katanya..
Perjalanan pulang kira2 jam 3 ptg..
Bagus training di sini bg memudah kan kayuhan le tua 100 nanti yg 40 persen daripada nya ada lah pendakian selain menjadi medan ujian kekuatan mental dan fizikal aku dan geng2 aku ni..
Syukur pada tuhan semua nya selamat untuk kayuhan hari ini..
Rugi tak polow...xpe lain kali kita pi lagi ya...hehe
BalasPadam