Translate

Halaman

Isnin, 30 April 2012

Le Tour De Morib 2012

As'salam'mualaikum,
Salam sejahtera..

Seawal kul 6 pg dah kumpul di markas dan bersedia menaik kan basikal di atas carrier kereta..
Sepatut nya ada 25 org tp 3 org x dpt hadir atas urusan kerja yg x dpt di elak kan..

6.30 pg pergerakan ke Banting pun bermula dan sampai di Sijangkang carrier Pojie menghadapi masalah dan terpaksa di betul kan bg mengelak kereta je yg smpai manakala basikal keciciran..

Sampai IPD LANGAT peserta kayuhan dah ramai dan kami antara yg terakhir tiba..
Perlepasan di lepas kan sekitar jam 8 di ketuai oleh vip2 dan bekas pelumba kebangsaan M.Kumaresan..
Dlm jarak 1km kene berhenti untuk acara yg telah di rancangkan oleh penganjur x lama kemudian perlepasan kedua pulak di langsungkan,kali ini br lah benar2 mengayuh nya..

Beberapa kali juga sessi berhenti utk mengumpul peserta dibuat tetapi yg terlama ada lah sebelum menaiki jambatan Teluk Dato kerana pihak Polis terpaksa mengambil kira kepentingan kenderaan lain yg turut menggunakan jambatan tersebut..
Semasa berhenti ni juga sempat menukar tiub basikal Awin yg bocor,asik dia aje yg kene semenjak dua menjak ni mgkin kene tukor basikal baru terus untuk buang suwei..
Akhir nya sampai ke IPD semula dengan selamat nya..

Perjalanan kayuhan pg ni sekitar 36km dan rintangan nya cuma jambatan Kg Sawah-Pulau Carey dan jambatan Teluk Dato yg lain nya flat road sahaja jd x lah mendatang kan banyak masalah untuk aku dan geng2 aku untuk menghabiskan nya..

Alhamdullilah x terdengar pulak sebarang kemalangan yg terjadi pada peserta tp yg naik lori dan menolak semasa menaiki 2 buah jambatan tu ada lah terutama budak2 fixie dan peserta2 baru mencebur kan diri dlm bidang berkayuh basikal..

Di IPD juga bertemu dengan Pojie yg hilang sejak pertengahan perjalanan td tp macam mana dia berada di sini..?misteri x terjawap hingga penulisan aku ni ntah2 naik lori ntah2 short cut dan berbagai ntah2 lg,lantak le janji selamat sampai udah..

Siap je parking basikal aku terus menuju khemah yg menyediakan jamuan Sup Rakyat..
Kebetulan x ramai lg yg sampai maka senang le untuk mendapat kan nya,terdapat 3 jenis sup di sedia kan(daging,ayam dan kambing)manakala minuman nya sirap ais dan air meneral,perut pun memang tengah lapar cantik sangat lah jawap nya...

Sebelum cabutan bertuah peserta di hibur kan Wind Orchestra dr SMSS,menarik juga persembahan mereka tp agak kesian terpaksa berjemur di bawah panas terik..
Pandangan peribadi aku patut sedia kan tempat khas untuk mereka di bawah khemah ok lah sikit...

Banyak juga hadiah2 di sedia kan berupa hamper2,jersey 10 helai,basikal Raleigh 5 biji,Samsung Galaxy Tap,tv lcd 42 inci dan grand prize nya 2 buah basikal Giant tp nasib x menyebelahi geng2 aku hanya dapat mandang org je ngambil hadiah xde rezeki apa boleh buat..

Ada beberapa perkara patut ada penambah baikan jika ada penganjuran lg tahun depan,
1- penggunaan helmet patut di mandatori kan.
Ramai yg x pakai xde kemalangan ok tp jika ada kemalangan kecederaan kepala mudah terjadi.
2-kelajuan pengayuh harus di kawal sbb nya ada yg dah macam berlumba pulak pada hal ini fun ride sahaja.
3-penyediaan lebih bnyak lori untuk mengangkut peserta yg x dpat menghabis kan kayuhan dan peserta yg terlampau jauh ketinggalan di belakang..

Tahniah penganjur(Pejabat Dun Morib) dengan kerjasama IPD Kuala Langat yg berjaya menganjurkan acara ini dengan jaya nya serta menarik lebih 1300 penyertaan dan jika ada lg tahun depan jangan lupa menjemput kami..

Laporan LTDM 1st Edition berhenti setakat ini jumpe lg di kayuhan yg lain..

Terimakasih wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan