Pg Ahad ni seperti yg telah di canang saudara Azam di dlm fb kayuhan ke Gutrie akan di laksana kan..
Beberapa hari yg lepas semasa melepak-lepak di CMS aku telah berkenalan dengan 2 org pengayuh yg menghantar basikal untuk servis dan mencari alat ganti,sembang punya sembang akhir nya aku mempelawa mereka untuk kayuh bersama memandang kan mereka pun tiada plan apa2 pada ujung minggu ni..
Wali dan Man nama kedua mereka dan julung2 kali nya akan menikmati keseronok kan mengayuh di Gutrie..
Pada hari Sabtu aku dah kayuh Kesas bersama Puyau,Mas dan Azam manakala mlm nya pula ada fun ride Shahpadu,setelah di conggak-conggak aku x ikut kayuhan mlm tersebut takut x terbangun pg esok nya, tp ramai juga dr member2 yg ikut kayuh mlm tersebut dan telah confirm akan turut serta pg esoknya..
Kul 7 aku dah terconggok di mamak x lama kemudian br lah Man,Azam,Mas,Amir dan Iyus muncul dan terakhir tiba ada lah Wali,janji gerak kul 8.30pg mgkin sbb tu derang lmbt keluar gamaknya..
Mana Puyau,Norman,Pojie dan Minami?seperti yg di jangka kan mmg x leh bngun le pg ni sbb letih kayuh mlm td pun x ilang lg tu x cmpur blik lewat lg..
Cuaca menarik sngguh pg ni dr awal dah terang dan semakin benderang mengikut pergerakan jam,alamat sekor2 jd negro le nanti ni mmg sesuai sngat di beri tajuk seperti di atas...
Dr awal kayuhan aku seperti biasa akan mengekor org baru, Man boleh folo yg lelain tp Wali sengsara sngguh gaya nya,nak melepasi Bukit Jelutong pun berat,kesian nengok nya,x patut pulak rasa nya ngajak dia layan ke Gutrie,patut train dia ke Kesas je,dah kuat ckit br ajak ke sini,lg pun dia br 2 bln je ngayuh stamina dan ketahanan fizikal nampak kekurangan..
Selepas tol pertama aku jumpa geng2 mtb jd aku tinggal kan dia bersama geng2 tersebut dan terus melepas geram layan sesorang menghala rnr utara yg biasa nya menjadi port menunggu member2 yg tertinggal tetapi sblum tu dah di pesan pada Wali untuk cross highway dan tnggu di rnr selatan jika x lalu nak ikut smpai tol Rawang..
Smpai je rnr aku tngok ramai rider berkumpul sekali dngan geng2 aku rupa2 nya geng Puncak Alam pun kayuh sini juga pg ni,Siti Mariam anak sedara Presiden UGCC pun ada,dpt le merasa air mineral free dr diaorang,Puncak Niaga turut menyedia kan pacuan4roda mengiringi kayuhan mereka...
Dalam masa rehat2 dan nyembang2 tu aku terima msj dr Wali memberitau dia telah berada di rnr selatan dan aku dan member yg lain terus kan kayuhan ke tol Rawang,di situ kawan Iyus menanti untuk mengambil nya sbb dia perlu masuk kerja dlm kul 11 nanti takut x sempat pulak jika terus kayuh smpai balik ke rumah..
Sampai di rnr selatan x jumpa pulak Wali rupa2 nya dia dah smpai Poli Bt 3 dan menunggu di sana,kata nya dia berkayuh bersama Minami ntah bila pulak dia jumpa ngan Minami aku pun x tau,aku suruh terus kan perjalanan blik sbb lmbt lg nak menunggu kami tiba..
Di sini juga aku bertemu dngan seorg Mat Salih yg mengayuh basikal touring,lama juga lah aku melepak dan nyembang dngan dia..
Aku ingat kan dia ni dr Usa atau dar Eropah rupa2 nya dr Kl je untuk sessi latihan bertouring ke Jerman bulan depan,banyak juga brg2 yg di tunjuk nya kat aku seperti khemah,tilam angin dan bekas simpan basikal yg dibeli nya di Maidin dengan nilai rm50 sekali dengan beberapa ubahsuai seperti penambahan butang pada beg berkenaan,beliau juga memberitau dia turut menguji barangan yg di bawa agar selesa dan x menganggu kayuhan nya nanti,tahun lepas beliau telah pergi ke Peranchis dan pernah kayuh di Australia,Indonesia dan Thailand..
Sebelum gerak balik sempat lah dia bertanya nama aku dan turut memperkenal kan diri nya yg bernama Hamidun bin Abdullah dan telah tinggal di Malaysia selama 30 tahun dan kawin pun dengan org Malaysia patut lah pkai baju bertulis nama Malaysia dan paling aku bangga dia boleh ckap Bahasa Malaysia agak fasih(nyembang ngan aku Bahasa English masa nak blik br dia guna BM), sedang kan ada rakyat Malaysia yg x boleh dan malu nak guna kan Bahasa Malaysia..
Di rnr ni Mas smpai baring sebab penat sngat ke atau sesaja aku pun x tau..
Pas rehat,minum dan refil air perjalanan balik di teruskan x byk kejadian pelik berlaku kecuali Mas yg sentiasa mencari tmpat redup semasa di lampu isyarat
merah,koyak dia hari ni..
Terima kasih di ucap kan kepada member2 yg turut serta manakala bg saudara Wali jangan serik untuk berkayuh lg dengan kami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan