Translate

Halaman

Isnin, 9 April 2012

Fun Ride tertutup UGCC..

Salam sejahtera,

Ahad 8hb-april

Seperti yg telah dipersetujui bersama pg ni ahli2 kelab akan mengadakan kayuhan Fun Ride tertutup untuk ahli2 kelab bg mengerat kan perhubungan sesama ahli dan mengabadi kan gambar bersama jersey baru kelab untuk di letak kan di markas nanti..

Seramai 23 org ahli telah menghadirkan diri menyertai kayuhan ini..
Perjalanan bermula dari Sri Muda-Kesas-Bukit Jalil-Sri Muda..
Kayuhan bermula pada jam 9.00 pg.
Pada mula nya lancar sehingga lah melepasi Petronas Kesas di mana Awin telah mengalami kebocoran..

Aku yg bertindak sebagai sweeper bagai nak rak mengejar org2 di hadapan agar berhenti di bus stop selepas simpang Summit dan secara x langsung menjadi cp 1 fun ride ini..

Setelah semua berkumpul perjalanan di terus kan kali ini aku pulak yg jadi hantu mengenjut lelaju untuk smpai hentian rehat Awan Besar yg menjadi cp 2 sebab kehausan botol air x dibawa bersama td..

Penuh le Azam cafe pg ni dengan jalur merah putih,aku agak berbangga juga sbb perhatian org disana tertumpu ke arah kami..
Selesai minum perjalanan balik di terus kan kali ni semua bergerak dlm group tiada sebarang pemecahan berlaku..

Bila berkayuh perlahan mula lah ada yg bosan menunjuk kan skil bawa basikal menyendeng,duduk atas palang,menonggeng dan sebagai nya dan ada pulak tukang ikut meniru nya..
Malang x berbau yg tukang tiru betul2 menonggeng kat tengah jalan nasib baik tangan dulu kalau muka dulu mgkin hilang 2,3 btg gigi,nasib baik lah Annuar dan aku yg kat belakang sempat mengelak kalau x dah membabit kan org lain,main2 punya pasal lengan baju koyak dan lengan pun turut koyak,harap dapat jadi kan pengajaran di ride lain kali supaya tiada lagi xcident disebabkan kelalaian sebegini.. Perjalanan diteruskan hingga bus stop selepas simpang Summit menghala ke Port Kelang sebagai cp 3 dan penggumpulan semua peserta yg tertinggal..

Terus kan lg perjalanan hingga Proton Coe dimana sessi bergambar diadakan dan akhir nya perjalanan ke markas berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah..
Di markas saudara Baharom pun turut serta bersama bg sessi pengambilan gambar bersama penganjur Uncle Goh..

Selepas bergambar makan minum ada di sedia kan jadi tanpa membuang masa sessi melahap pun bermula jam dah kul 1 lebih mmg tngah kebulur apa lagi balun selagi mau sampai ada yg x sedor bangku tersepit kat seluor masa ngambil makanan..hehehe
Oh ya menu pg ni bihun goreng,kari ayam,sambal udang,nasi himpit dan kuah kacang beserta sirap ais..

Terima kasih buat Pojie dan isteri Annuar yg bersusah payah menyedia kan makanan2 tersebut, boleh buka katering ni sbb makanan nya Sedap2 belaka..

Sesudah menjamu selera ada pulak cabutan bertuah hadiah sumbangan Uncle berupa 5 biji tiub,sepasang lampu cat eye's dan sebuah helmet Ogk Kabuto Left..

Kepada pemenang2 tahniah di ucap kan yg tak dapat tu tak ada rezeki,apa2 pun terimakasih kepada Uncle walau pun sponsor 7 brg je tp harga rm 500 ada tu..

Mula bersurai kira2 jam 2.30 ptg,terima kasih pada semua yg turut serta harap2 tahun depan kita dapat buat lg acara sebegini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan