Laporan yg agak terlambat tp kalo x di update x elok juga sekurang-kurang nya dapat membantu agar member2 yg berkayuh malam lebih berhati-hati dan mementing kan aspek2 keselamatan..
Kejadian berlaku pada mlm selasa(16hb/april) yg lepas..
Seperti biasa mlm selasa merupa kan mlm kayuhan untuk geng2 UGCC dan pada mlm itu seramai 10 org pengayuh telah turun terdiri dr Yus,Ajam,Mas,Puyau,Bb,Amir,Basid,aku dan member br Man dan Wali...
Perjalanan bermula kira2 jam 8.35 dan masing2 ceria je..
Di hadapan sekali terdiri dr Bb,Basid,Amir,Yus dan Puyau manakala Mas secara solo di ikuti Ajam dan Man,aku di belakang sekali meneman kan Wali..
Selepas jalan motor abis terpaksa berkongsi jln dngan kenderaan2 lain menuju ke traffic light Summit untuk msuk semula je jalan motor menuju ke Bukit Jalil..
Semasa aku sedang mendaki utk ke traffic light berkenaan aku dengar Amir menjerit memberitau Basid telah di langgar,berderau darah aku di buat nya tp aku x boleh nak msuk balik ke tepi kerana kereta yg masuk ke susur keluar ke SUBANG laju2 kang x pasal2 aku pulak kena 'sapu' dan terus kayuh hingga bertemu Azam dan Man yg langsung x tau menahu tentang kemalangan yg terjadi..
Singgah di bus stop hala ke Bukit Jalil jumpa Puyau dan tanya hal yg sama malangnya Puyau juga x tau,untuk mempastikan hal sebenar Ajam col Amir dan mmg benar Basid telah di langgar dan kami yg lelain dah xde mood utk teruskan kayuhan lalu berpatah balik untuk melihat keadaan Basid dan basikal nya..
Sesampai nya di bus stop menghala ke Port Kelang ramai sekali pengayuh2 dr group Kota Kemuning atau pun Botanic yg sedang menanti rakan2 dibelakang singgah melepak disana jenuh juga aku nak menjawap soalan dia org yg bertanya kan apa yg terjadi,aku jawap mana yg tau je lah sbb aku x nampak kejadian yg berlaku..
BB dan Amir terus kayuh balik ke Sri Muda untuk mengambil kereta bg membawa basikal dan Basid..
Tidak berapa lama kemudian mereka pun teruskan perjalanan setelah itu baru lah aku tau kisah sebenar nya..
Semasa group depan tu nak melintas jalan kereta di lane kiri telah memberi laluan tetapi tiba2 sebuah teksi dr sebelah kanan terus memasuki lane kiri dan melanggar Basid dan dengar cerita nya beliau melambung apabila di rempuh teksi berkenaan nasib baik lah tiada kecederaan besar cuma luka2 kecil di dagu dan peha..
Yus dan BB cuma mengejar tetapi hampa..
Selepas 20 minit kejadian dtg sebuah kereta jenis Kancil menghantar no plate kereta yg melanggar Basid,rupa2 nya dia lah yg memberi laluan untuk melintas td,terima kasih kepada 'Mat Lembut' berkenaan yg tetiba menjadi 'cargas' untuk menolong kita org..
Rim je yg bengkok dan patah,helmet kemek sedikit tetapi hub dan cassette selamat dan masih boleh di guna kan lg..
Kesimpulan yg dapat di buat kene lebih berhati-hati semasa berkayuh mlm walau pun laluan telah di beri kene awasi juga kenderaan dr lorong lain yg xde istilah sabar dlm kamus kehidupan nya..
Selain itu lampu2 biar lah terang dan bnyak serta kalau ada reflactor guna lah sekali bg mudah kenderaan lain melihat kita yg mengayuh ni..
Kepada semua pembasikal yg kayuh di waktu mlm di harap lebih berhati-hati menjaga keselamatan diri,pesanan ini termasuk untuk diri aku sendiri dan member2 UGCC khas nya serta tiada yg fobia dengan kejadian tersebut..
Jika masih terjadi juga itu dah ketentuan 'yg di atas' yg penting kita telah berusaha..
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan