Translate

Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

Kayuhan Sinar Shah Alam Edisi ke 5(Kompleks Media Karangkraf-Taman Permainan Seksyen 10 Shah Alam)..

As'salam'mualaikum dan salam ceria buat semua..

Pagi ini aku menyertai Kayuhan Sinar Shah Alam Edisi ke 5 yg bermula dr Kompleks Media Karangkraf dan berakhir di Taman Permainan Seksyen 10 bersama Helmi,Basid,Tiembax Cicax,Pak Yogi,Norman,Ah Leong,Nurazmy dan Annuar Vrg..

Kawan2 lain seperti Baha,Amir,Pojie,Azam dan SY menyertai KL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE di Kiara sebagai pelumba serta penyokong sementara Man Proton ke Gombak bg menyertai JW MTB CARNIVAL manakala Ah Fai aka Popaye layan downhill di PCP putrajaya..
Pg ni aku kul 5.30 dah bangun tp sengaja aku lambat2 kan keluar hingga menghampiri jam 7 sebab nak tngok berapa org yg dah siap dan bersedia untuk gerak ke Kompleks Karangkraf seperti yg di janji kan sebelum ini..

Sampai je 'port' hanya Ah Leong dan Norman je yg ada manakala yg lelain haram x nampak muka kecuali Basid yg keluar bersama aku sbb dia tido di rumah aku mlm td ..
7.30 juga br mula bergerak nya..
Disiplin x ckup kuat lg mgkin lain kali siapa yg lambat patut kene rotan bg ingat supaya menepati masa yg di tetap kan..

Sampai Karangkraf daftar lg walau pun dah daftar online untuk cabutan bertuah pulak..

Cha Peace pun ada menampilkan diri di kayuhan Sinar ini bersama geng2 Puchong nya dan sempat lah melepak bersama geng2 UGCC sebelum,semasa dan selepas berkayuh td,selain dari nya ramai juga muka2 regular yg biasa ada dlm kayuhan2 di sekitar Shah Alam ni yg aku jumpa..

Perlepasan kira2 jam 8.30 pg selepas pembacaan doa..
Kali ini x ramai pengayuh yg hadir sekitar 100++ sahaja x tau le kenapa..

Kaki baru nak 'stim' udah sampai CP 1 di seksyen 19 'melanggot' le dlm 10 minit nunggu org belakang smpai dan br le bergerak semula menghala seksyen 28..

Di taman seksyen 28 berhenti untuk CP 2 pulak tp agak special siap ada khemah dan bangku serta sebiji lori cantik je parking sebelah khemah tersebut dan apabila semakin hampir aroma buah durian semakin kuat menyucuk hidung dan baru lah aku tahu pesta makan durian akan di ada kan di sini..
Setelah serba sedikit ucapan pengerusi KELAS pesta pun bermula,aku yg duduk di belakang pentas mudah untuk mendapatkan nya lalu berkongsi bersama Hilmi,abg Wahid dan adik nya abg Din..
Pas sebijik sebijik,'selagi x penuh kotak mineral water jngan berhenti' kata abg Wahid kepada ku..
Akhir nya penuh juge kotak tu ngan kulit durian hasil usaha kitaorang,keje gila kul 9.30 pg dah belasah durian kow2 macam dah abis kayuh je padahal pasni nak kayuh lg jangan gas nya menendang dan 'bluekk' je karang dah ler..

Kayuhan di terus kan menghala Kota Kemuning dan semasa menghampiri bawah jambatan ke Sri Muda aku yg mula kebosanan terus buat gila memasuki jalan motor lalu memecut kow2 menghala ke Telok Gong tp aku pusing kat Tasik Kota Kemuning dan menunggu semula group kayuhan yg lalu di laluan tersebut untuk mengambil gambar dan join semula bersama pengayuh2 yg lain..
Helmi pula terus balik Sri Muda sbb nak masuk kerja petang takut terlewat jika nak ikut kayuhan sampai habis..

Kg batu 7 menjadi CP 3 kepada pengayuh2 dan kayuhan di teruskan lg hingga CP 4 Mardi Jln Kebun,lepal lemau lg dan terus kan kayuhan melalui jalan Kota Kemuning dan sesampai nya di Sri Muda Tiembax Ciecax pula terus balik mgkin badan yg luka2 masih terasa sakit lg akibat terjatuh dari basikal semasa balik sekolah semalam..
Norman pun turut balik di sebab kan kekoyakan pada seluar nya(ganas sangat mengayuh gamak nya)wakakaka...

CP 5 di seksyen 19 dan setelah berehat sebentar kayuhan di terus kan melalui seksyen 20,15,9 hingga tmpat penamat di taman permainan seksyen 10 yg turut sama mengadakan acara penganugerahan Zon Bersih bg bulan July yg di hadiri MB Selangor..

Disana juga ada jamuan makan dan kenduri sup tulang...
Cabutan bertuah pun turut diadakan tp seperti biasa sorang pun xde yg sangkut,apa punye suwei lah...

Perjalanan pulang kira2 jam 2 ptg di iringi oleh lori MBSA sehingga ke Wisma Karangkraf bg yg parkir kereta di sana sementara aku dan geng2 aku terus ngayuh hingga Sri Muda..

Terima kasih Karangkraf,MBSA dan pihak Polis yg menganjur,menyediakan fasiliti dan menjaga lalu lintas demi keselamatan para pengayuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan