Translate

Halaman

Isnin, 9 Julai 2012

KLMTB Carnival Edisi 10

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

Tanggal 8 julai 2012 ada dua event besar yg disertai ahli UGCC. Sebahagian besar dr kami menyertai Kayuhan Sinar Edisi ke 5 di Shah Alam, manakala Baha dan SY Chong berlumba di Kuala Lumpur Mountain Bike Karnival (KLMTB Carnival) yg berlangsung di Bukit Kiara. 

Aku,Amir,Mus,Pojie dan Arip ke Kiara sebagai menunaikan amanah tuan empunya blog utk melaporkan xtvt disana utk tatapan rakan-rakan, manakala Atan ikut kayuhan di Shah Alam.

Mengikut perancangannya aku,Amir,Mus dan Baha berkumpul di tol Batu Tiga,S.Alam jam 6.30pg sblm bergerak secara konvoi ke Bkt Kiara. Tp aku terkantoi sikit pg ni dan sampai agak lewat kira-kira jam 6.50 pg manakala Mus langsung tak nmpk btg idungnya barangkali tgh sedap tarik selimut lg sbb pg ni hujan..hëhë

Setelah semuanya berkumpul (aku bertiga je pun) kami pun bergerak ke Kiara. Perjalanan cuma mengambil masa 20-25 min je ditambah pula hr ni hari Ahad maka agak selesa lah juga kami berkonvoi hari ni. Sesampainya kami dihadapan KSH Cycle (TTDI) terus kami bersarapan dulu. Sembang punya sembang terlupa plak SY Chong ada acara saringan utk kategori dia jam 7.30 pg. Bergegas kami ke tmpt perlumbaan dan seperti yg dijangka parking mmg menjadi satu masalah. Terpaksa gak aku dan Amir menapak agak jauh nk kesana. Acara saringan kategori lelaki 36-40 tahun dah pun bermula,kami cuma smpt menyaksikan SY menamatkan kayuhan dgn berkedudukan tmpt ke 6 pada saringan ini. Ok lah tu janji dpt ke final... hëhë 

Acara kedua pg ni diteruskan dgn saringan ke 2 bg kategori lelaki 36-40 thn. Sebaik saja pelumba dilepaskan aku dan Amir pun mula memasuki trail utk mencari pot menarik utk mengambil gambar. Dr trek "office" smpi ke "overtime" kami redah satu persatu sambil berhenti dibeberapa tmpt utk mengambil gambar. Seronok punya berjalan tau-tau kami dh smpi ke check point 8. Uish!! jauh dah ni..kalau diteruskan mau lengkap satu loop aku ngan Amir berjalan ni....hehe 
Patah blk ke starting point sambil berhenti lg utk mengambil gambar. Kali ini kategori wanita elite (akhir) pula mengambil tmpt. Boleh tahan juga depa ni berkayuh dah mcm jantan dah aku tgk. Kategori ini turut disertai oleh pelumba dr Indonesia dan Singapura. Tp dlm pada tu ada juga pelumba wanita yg kami tgk agak santai je berkayuh mcm sdg berjamboree. Aku ngan Amir cuma senyum je memerhatikan gelagat peserta ni...kalo ckp nnti dh jatuh hukum ngumpat...hëhë

Sampai di starting point kami bertemu dgn Pojie dan Arip yg br sampai. Haa..ni br jurufoto sebenar,br le mantop sikit gambarnya kalo nk dibandingkan ngan kamera tikam aku ni...hëhë 

Acara seterusnya adalah kategori lelaki 40thn keatas (akhir) yg mana Baha mengambil bahgian. Arip ngan Pojie masuk trek "office" manakala aku ngan Amir mengambil tmpt kat "tripple staircase" plak. Kat sini dgr kata ada pelumba yg jatuh (endo) dan patah beberapa btg giginya semasa saringan kategori 36-40 thn td. Mmg trek kat bhgn ni agak sukar dan hanya boleh dilalui oleh mereka yg berpengalaman shj. Alhamdulillah En.Baha kita berjaya melepasi bhgn trek ni dlm kesemua 4 lap nya tanpa sebarang masalah. Nor Effandi Rosli (bekas pelumba berbasikal Malaysia) memenangi kategori ini meninggalkan jauh pelumba yg lain.

Tiba pula acara kategori 36-40 thn lelaki akhir. Hanya kategori ini shj yg memerlukan pelumba menyertai acara saringan dgn pelumba pada kedudukan 15 terpantas shj yg layak masuk ke final. SY Chong berjaya menempatkan diri ke acara final setelah menduduki tmpt ke 14 terpantas dlm saringan. (cukup mkn je..hëhë) Malang sekali beliau hanya sempat menamatkan 2 lap dan terpaksa berhenti atas masalah teknikal. Thn dpn cuba lg ya..tp dah berubah kategori lah...hëhë.

Perlumbaan berhenti rehat sebentar sekitar jam 2 ptg sementara menanti acara lelaki elite. Acara yg mmg dinantikan oleh semua sejak td dgn Bandi pelumba dr Indonesia menjadi calon favorite utk memenanginya dan tak lupa juga pelumba Malaysia Shahrin Amir yg dijangka akn memberikan saingan sengit. Antara nama besar lain yg turut sama menyertai kategori ini ialah Annuar Manan dan Fauzan Lutfi.Sebaik shj kesemua pelumba kategori ini dilepaskan tapak karnival beransur2 menjadi sunyi yg tinggal hanya petugas dan pengacara majlis shj, sementara penonton hilang menuju ke trail bg menyaksikan pelumba2 ni beraksi dan sudah pastinya "tripple staircase" menjadi tmpt tumpuan. Mus yg sampai lewat smpt menyertai kami dan mula sibuk merakam video bersama Baha utk dibuat bahan ulangkajinya...hëhë 
Seperti yg dijangka Bandi memenangi kategori ini walaupun menerima tentangan sengit diawal2 lap oleh Shahrin Amir, tmpt kedua Chandra juga dr Indonesia dan S.Amir ditmpt ketiga.

KEPUTUSAN PENUH (yg tak berapa penuh la..hehe) :
Lelaki 36-40
1. Zamzi Mohamad - Arus Polygon Racing Team - MAS
2. Oki Raspati - Polygon Racing Team -INA
3. Khaniz Omar - Entro - SIN

Lelaki 41 keatas
1. Nor Effandy Rosli - DBKL - MAS
2. Azizan Manaf - Giant Cycling Team - MAS
3. Supian Nor - Team Corbusier - MAS
15. Baharuddin Baha - UGCC - MAS

Wanita Elite
1. Kusmawati Yazid - Polygon Factory Team - INA
2. Diana Intan Purnamasari - All About Bike Bogo - INA
3. Laura Avira Adrian - Giant Cycling Team - MAS

Lelaki Elite
1. Bandi Sugito - Polygon Factory Team - INA
2. Chandra Rafsanzani - Polygon Factory Team - INA
3. Shahrin Amir - Giant Cycling Team - MAS

Wahhhh...sekali tuan umah dh bg can aku ngomel pjg berjela plak aku bergebang ya..hëhë 
OK lah sblm tuan umah tarik muka masam baik aku chow dulu...apa2 pun tak kira berkayuh di jalanan mau pun off-road yg penting kita enjoy sambil tidak melupakan keselamatan diri sdri dan org lain disekeliling kita. Jgn cuma pandai beri komen tp tak berkayuh.. HAPPY CYCLING... Hehe 

-are jump-

2 ulasan:

  1. terima kasih saudara ajam menarik citer ko ni lain kali kalo terpecah diacara berlainan boleh le membuat laporan lg yer..

    BalasPadam
  2. Sama2...insyaAllah..apa yg penting kerjasamaaa... Wonder Pet..hehe

    BalasPadam