Translate

Halaman

Selasa, 26 Mac 2013

60 Earth Hour ride Shah Alam 2013..

As'salammualaikum dan selamat sejahtera..

Entri kali ini aku nak bercerita tentang kayuhan earth hour yg dianjurkan MBSA..

Sebenarnya aku x lah beriya nak folo kayuhan ni tp dek kerana encik Norman bersungguh ngajak aku pun mendaftarlah secara online,ramai geng2 kami mendaftar bila aku tengok komen diaorg di dlm page Ug cycling club termasuklah Minami,Annuar vrg,Helmi,Pak Yogi dan lelain lg serta Puyau yg x pasal2 aku yg kene registerkan,mgkin depa ni nak dptkan t-shirt yg ditawarkan gamaknya tu yg ramai tu..

Terus terang aku katakan kayuh mlm minggu di Shah Alam agak sedikit menakutkan dngan mat2 motor dan mat2 kereta yg memenuhi pusat bandar terutamanya di dataran atas dan bawah,kerana melepak disitu adalah salah satunya tempat yg menarik untuk berhibur maklumlah kat sini xde panggung wayang,kelab mlm,disco dan tempt2 x senonoh utk dikunjungi..

Selepas maghrib kami(aku,Pak Yogi,Mas,Basid,Esman) pun gerak dr sri muda,manakala Helmi,Puyau dan Minami kul 6.30 dah lebuh dah..
Sampai di dataran atas timbul masalah nak cr depa yg gerak dulu td sbb kawasan sekitar dah di penuhi pengayuh, nasib baik ternampak Puyau lalu beliau menunjuk kan tmpt pendaftaran,jenuh gak membelek senarai nama yg daftar online lepas 2,3x semak br jumpa nama aku,daftar nama pendek cari nama penuh,pandai sangat pun nasib bro urusetia tu penyabor kalo x mau disuruhnya aku balik je,teringat kata org tua2 'kalo rezeki x kemana' walau dlm komen event pihak penganjur dah bg tau pendaftaran dr jam 6-7.45 mlm sahaja,yg ni patut kene ubah skit bior le lepas2 Maghrib dulu lg pun tengah2 senja tu Syaitan tengah berkeliaran,manakala Mas dan Basid dpt plate no cabutan bertuah je sbb penyertaan dah lebih 1000 peserta..

Berbagai peringkat umur,bangsa dan berbagai jenis basikal dr klasik smpai recumbent pun ada.
Peserta mgkin melebihi 1200 berdasarkan no plate yg aku nampak x termasuk 'pengayuh hantu' lg..

Selepas ikrar dan bacaan doa kayuhan bermula diketuai Datuk Bandar Shah Alam..
Sedang menunggu peserta depan2 lepas dahulu ternampak le geng girl power(mg,ct,aza)lalu jenuh melaung haram dipandang deme kira nak laju ke dpan aje..
Jarak kayuhan x lah jauh sangat tp ada sikit berbukit bg bebudak kecik susah le sikit dan x ketinggalan ada juge yg 'tergolek dog' dengar kabonya..

Semasa tngah ngayuh smpatlah jumpe beberapa org yg aku kenal seperti abg Brahim,abg Amir,abg Ghazali,Wak Jan dan ramai juga lg..

Setelah tiba digarisan penamat jumpe pulak Mus pada hal petang td kabor kat aku x dapat ikut sbb koje malam,monteng le gamaknya tu,Encik Norman yg beriya bercerita tentang kayuhan ini lngsung x kelihatan start dr mula hingga penamat kayuhan,apa cerita gamaknya?

Pihak MBSA juga menyediakan acara selingan iaitu persembahan pancaragam,silat gayung yg mendebarkan sampai berapi-api pedang yg digunakan dan persembahan nyanyian serta diselang selikan dengan cabutan bertuah..

Setelah asik mandang org je ngambik hadiah mlm itu nasib aku agak baik dpat le sebijik botol ayor,jadi le..
Selain aku Helmi juga dpt handle grip manakala Mas dapat yg mahai sikit iaitu sebuah helmet basikal manakala yg lelain kurang bernasib baik..

Sebaik berakhir cabutan bertuah kami pun bergegas pulang kerana seawal 6.45pg esoknya kami akan mengayuh ke Morib bg meraikan basikal baru Azam yg turut sama hadir di kayuhan Earth Hour ini..

Sebelum berakhir aku bg pihak geng UGCC ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur(MBSA) yg menjadikan event ini berjaya dan menarik dr segi pengawalan keselamatan pengayuh,penyediaan minuman(mineral&100+)makanan(waffles&pisang),persembahan selingan yg menarik,lucky draw dan yg TERBAIK nya penyertaan secara PERCUMA..

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan buat lg,
Pasti ratingnya bertambah tinggi..

Terima kasih juga pada yg nyinggah diblog ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan