As'salammualaikum dan salam ceria untuk semua..
Pg Ahad 24-03-2013 seperti yg dijanjikan kayuhan meraikan&uji pandu rb Lp baru en.Azam bakal dilangsungkan..
Seawal 5.30pg aku telah dikejutkan oleh lagu Al-Jannah dendangan MAWI yg aku setkan di alarm hpone aku..
Dengan mata merah bak 'mata hantu' aku mengagahkan diri yg x berapa gagah selepas malam td mengayuh event 60 Earth Hour untuk bangun dan mandi serta berkayuh ke port tmpat rider2 lain berkumpul..
Kira2 6.15 barulah nampak muka Amir disusuli oleh Hadi&abgnya,Azam,Pak Yogi,Basid,BB,Minami,Esman.Mas dan Yaki terakhir sampai maklumlah dia paling jauh,dtg dr KL..
Setelah sarapan lebih kurang kami pun mula bergerak dan bila masuk je Kesas mula le 'menyelap' depa ngayuh mgkin sbb fresh lg dpt le aku folo group depan..
Pit stop pertama di Petronas kerana Sharil dan Saad telah siap menanti utk ikut kayuhan ini..
Aku ambil kesempatan untuk check basikal sbb dr start kayuh td asik dengor org bertukang 'ktak ktung ktak ktung' tp lepas diperiksa x jumpe apa brg yg sangkut..
Setelah semua berkumpul perjalanan diteruskan tp bunyi tu masih ada lg,rasa macam nak check lg tp takut x terkejor yg lelain sbb derang dah balun habis..
Dapat le folo Azam yg kelihatan ckup selesa dengan jentera Lp baru nya x sia2 pelaburan dibuat..
Sesampai nya di pekan Banting sekali lg berhenti bg tujuan pengumpulan pengayuh,secara tetiba Ah Yik muncul dengan Kelisanya x dpat ngayuh jd support car pun sanggup dia ni..
Aku ambil kesempatan untuk mencari dr mana dtgnya bunyi-bunyian yg kurang menyenangkan itu, nasib baik Shahril perasan yg megnet meter bergesel dengan seat stay kiri..
Setelah alih sedikit kedudukan magnet tu br lah senyap tp meter dah kuar jam sahaja yg lelain x berfungsi dah aku pun x tau,nampaknya x berbaloi tuan tanah memberi pinjam basikal Kuota Kharma yg tujuan asalnya utk menguji heart rate nya yg x berfungsi sedangkan cadence,speed,average dan lelain ok.. Tangan aku gatai je nak ngusik tp manualnya pun x penah aku tengok jd aku batalkan je takut jd lain pulak..
Selepas melintasi salah sebuah stesen minyak aku ternampak Ben ada bersama Pak Yogi mungkin dia gerak dulu td..
Ben terus kayuh ke distanasi bersama Azam dan aku yg berjarak 5,6km je lg dan sempatlah aku bertanya perihal Treknya yg diiklankan di BBS ada org nak beli tp dngan harga rm5000 membuatkan dia menangguhkan penjualan nya..
Jadi pada member2 yg berkemampuan bolehlah membelinya,sbb groupset,rim semua hi-end dan kondisi ngetop..
Seperti biasa sampai je Morib BB memulakan langkah mencari nasi dan anak buah pun ngikut beramai-ramai..
Mas,Hadi,abg Hadi dan Ah Yik menuju ke tepi pantai utk bergambo,sempat juga berborak dua patah perkataan dengan pasangan Peranchis yg turut mengayuh ke Morib..
Sessi bergambo diteruskan didpan sign board pulak..
Makan udah berposing sudah tiba masa gerak pulang..
Semasa sedang berkayuh bersama Azam dan Esman,Esman minta time out tetapi Azam x dengar maka berhenti lah aku dan Esman yg mula terasa serangan krem dibetis..
Ketika memanjat jambatan Banting aku dah rasa lain macam sakit naik ke peha pulak tetapi tetap teruskan kayuhan yg semakin perlahan dan org dpan hanya sayup je kelihatan..
Tetiba aku nampak sesorang berhenti dibawah pokok rupa2nya Esman yg pada mulanya aku sangka menunggu untuk kayuh bersama tanpa disangka dia pun krem sekali lg..
Oleh kerana peha aku memerlukan pemulihan yg agak lama dan mental pun dah drop aku memanggil Ah Yik untuk mengambil kitaorg yg tersadai di dpan kilang sawit Teluk Panglima Garang kalo aku x silap..
Aku memilih utk duduk dibelakang Arena biar berpanas janji kaki dpat diluruskan org nak kata mcm Bangla ke apa ke 'lantak pi' asal aku selesa..
Dlm perjalanan 2,3x kena krem kat peha tp x berapa teruk tetapi sesampainya di Sri Muda ketika cuba membantu menurunkan basikal Esman baru lah betul2 krem yg teruk menyerang hingga nak bangun pun x boleh sampai lah ke kedai CMS dimana sambutan agak meriah dr kengkawan yg mengambil gambo dah cam artis aku rasa..
Agak lama juga aku ambil masa untuk turun dan terus menuju ke tandas bg merendam kan peha dan betis aku ntah berapa lama aku terperap kat tandas mgkin 30++ minit ada gamaknya br lah iega sedikit aku mandi terus sebaik boleh berdiri secara bebas..
Sepanjang penglibatan dlm bidang basikal ini lah krem paling teruk aku alami dan x pernah naik lori ataupun support car sebelum ni kiranya 'hari ini dlm sejarah' bg diri aku..
Kepada kawan2 janganlah kutuk sangat si Mus tu basikalnya mmg dah best cuma aku je yg x cukup training tp 'gatai jubo'nak ngikut kayuh jejauh,padan muka aku,org dpt 104km aku dan Esman dpt 86km je..
Keseluruhan nya kayuhan meraikan&ujipandu Lp Azam ni berjaya dr segi penyertaan dan route yg dipilih memenuhi matlamat yg dirancang bg menguji keselesaan dan ketahanan rb Lp..
Tq Ah Yik yg tolong membantu aku dan Esman walau pun pantang jumpe aku asik kutuk mengutuk tp minta tolong cepat je menghulurkan bantuan..
- Razi "Atan" Husin -
Sorry Atan aku tambah sikit gambar kat entry ko ni...
- AreJump-
Hehehe... Mmg dah mcm artis dah awok nengok ari tu.. Nk ke gambor nya... Hehe
BalasPadammendajai je kome,test ride sempah-bentong bila mau tulis daa?
BalasPadam