Translate

Halaman

Jumaat, 26 Mac 2010

Baharom kembali beraksi...

As'salam'mualaikum..

Sabtu..

Jam 2 petang,ketika aku sedang menanti siapnya item 512MEPT,Fogi datang dan mengajak pekene rokok di smoking room..

Sambil pekena rokok dia kasi tau yang dia berjaya memujuk Ayom untuk mengambil basikal dari kedai Uncle...
Sebagai meraikan nya Fogi mengajak aku berkayuh santai pada hari ahad..


Ahad..

Aku di kejutkan bunyi alarm handset kira2 6.10pg..
Aku check hset ada 2 msj dr pokcik mengatakan x boleh nak kayuh hujan pg ini,aku pun dengar cam hujan juge di luar rumah..
'argh sudah kansel le ni,tp masih awal lg ni mungkin hujan akan berhenti sekejap lg'kata ku untuk menyedapkan hati sendiri.

Setelah bersiap lebih kurang aku pun dok 'melanggot' depan tv sementara menanti mesej dr Ayom atau pun Fogi tp aku x rasa mereka akan turun sbb hujan masih lg turun renyai2(tido lg best).

Akhirnya yg ditunggu pun tiba,mesej dari Ayom kira2 7.15 pg menyuruh aku tunggu di Muneer.
Tak sangka juge ni(semangat jentera baru kot),Fogi pun col kata akan turut sema.
Seperti yg dijanjikan aku telah menggerak kan diri ke Muneer(untung restoran ni asik dapat promo free dr aku je tp seposen pun berkira,cehh)
Ayom dah sampai dulu tp bkan di Muneer tp di chek Mat(MTS Restoran).
Jef dan Wak maintenance pun ada bersarapan sebelum memulakan kerja ot ari ini..
Aku memesej Lokman untuk ikut serta tp x jawap dan entah dari mana tiba2 dia muncul di tempat kami minum dan bagitau yg giginya sakit serta x dapat ikut serta.
Tok imam surau pun belek2 basikal kitaorg,berminat ke tok imam?meh le join...hehe

Jam 8pg kami mulakan kayuhan yg bermula dari Sri Muda-Seksyen 19-Stesen LRT-Seksyen 15-Kompleks PKNS-Seksyen 9-Seksyen 8-Bukit Bandaraya-Seksyen 6 dan lepak kat Laman Budaya Tasik Shah Alam.

Sepanjang kayuhan hanya 2 org pengayuh je yg kami jumpe yang lain malas nak kuar kot sbb cuaca kurang baik pg ini..

Setelah lepak lebih kurang smbil di hiburkan dengan nyanyian karaoke jurulatih tarian poco2 yg br abis melatih pengunjung2 tasik sessi poco2 untuk pg ini,kami pun bersedia untuk balik.

Perjalanan balik melalui Seksyen 2-UITM-Seksyen 16-Seksyen 18-Stesen LRT-Seksyen 19 dan berakhir di Sri Muda.

Kami lepak di Muneer dan Ayom minta diri kerana ada hal setelah selesai minum..
Aku ajak Fogi lepak kdai uncle dan Fogi telah x dapat menahan godaan lalu menukar rim nya kepada rim Matrix kaler gold,rupa2 nya dia juge berminat pada rim tu setelah 'menerai' basikal aku di tasik tadi(oh ye aku dan Arip dah pakai rim ni dari tahun 2009 lg)

Keseluruhan nya kayuhan hari ni ok le sebagai pembuka tirai kepada Ayom yg telah 2 tahun meninggalkan bidang kayuhan ni,elok je bukit dipanjatnya walau pun slow,janji x tolak udah..
Pesanan buat Ayom lain kali gantung pisang sesikat boleh juge kitaorg tumpang tambah power hehe...

Setakat ini sahaja yg dapat aku up date kan,panjang umur jumpe lg di catatan mendatang..

Wassalam.

----
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan