Translate

Halaman

Isnin, 29 Mac 2010

Sri Muda-Gutrie Highway-tol Elmina-Sri Muda.

Salam sejahtera..

Setelah merancang sejak beberapa hari yg lalu akhir nya persetujuan di capai untuk berkayuh ke highway Gutrie.

Cadangan ni sebenarnya dicetuskan oleh Amir sebab dia yg beriya nak membawa kawan nya berkayuh hari ini..

Seperti biasa aku dan Helmi paling awal kuar seawal jam 7pg lg.
Ingatkan boleh le gerak awal kali ini memandangkan cuaca yg lain macam panas je pg ni..

7.30 pg Arip smpai bersama Aril.
Aku janji ngam Amir kul 7.30 pg smpai Batu 3,malangnya Fogi tak smpai lg..
Berjanggut le Amir dan kawan nya menunggu nmpaknya.

Jam 8.15 pg br le mula gerak(alamat rentung le sekor2 ni karang).
Aril x dpat ikut sbb ada hal..
Smpai simpang masuk ke stadium Amir n kawan telekom nya Sharil menjoin kami..

Laluan di Gutrie ni ada berbagai2,landai, mendaki yg panjang walaupun x tinggi tp ckup mencabar,selekoh2 tajam nak masuk terowong2 yg gelap gelita tp yg bestnya jalan motor di Gutrie ni agak lenggang.
Disarankan kalo nak kayuh disini elok le 3,4 org takut di 'pow' penjenayah yg sentiasa mengintai peluang.

Kami berhenti dihentian Rawat n Rehat Elmina tp sebuah kedai pun x bukak..
Lepas rilex jap kami teruskan perjalanan dan melintas highway untuk memasuki lorong ke Shah Alam semula di laluan menghala Kuala Selangor.
Masa blik ni Amir n Sharil laju btul mgkin nak smpai cepat ke RnR untuk menambah air yg dah abis..
Kami pun lepak minum dulu n pekena pau,Fogi pekene mee goreng trus lapor katanya pg td x makan apa.
Kelihatan juge satu group bsikal mahal smpai n lepak gerai hujung skali nak tegur pun segan..
Selepas tmbah air n rehat jap kami meneruskan perjalan pulang.

Buat Amir aku minta maaf le agak terlambat pg td.
Sharil tu walau pun br tp kuat mgkin ckup training gamaknya.
Tahniah buat Fogi pertama kali ikut tp bole gayanya.
Tercicir kat belakang sekali sekala tu biase le yg penting semangat tu..

Kepada Amir,Sharil,Arip,Helmi,Fogi terimakasih semua lain kali kita layan sama2 lg,kepada yg lain2(Ayom,Pokcik,Din,Puyau) nanti ada masa folo le kayuh,asik koje je bersukan pun penting gak..

Jumpe di lain ketika...


---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

1 ulasan:

  1. Ai senyap je lepas pojek kayuh ni,semua nak bersara ke?
    Feedback please...

    BalasPadam