Translate

Halaman

Isnin, 8 Mac 2010

LTDL STAGE 7

Salam 1 Malaysia..


Ahad

Seawal kul 6.30 pagi aku dah bangun mungkin excited terlebih nak tgok Le Tour De Langkawi final stage gamaknya..
Aktiviti kayuh pagi ni telah dibeku kan dan akan diganti pada sebelah petang kalo tiada sebarang hal..

Lepas bersiap lebih kurang aku pun 'menonong' ke Muneer untuk pekena dulu sekeping dua roti canai untuk lapik perut maklum le mgkin kalo x makan dulu mau kebulur kat Dataran Merdeka nanti sbb perlumbaan tengah rancak ketika waktu makan tengahari..

Lepas pekena dan baca paper jam telah menunjuk kan kul 9 pagi waktu yg aku dan Lokman janji untuk gerak ke KL.
Memandangkan Lokman x mesej atau call lg aku memanjangkan masa untuk terus melepak smbil melayan internet(Muneer restoran dah ada wifi).
Jam telah menunjuk kan kul 10pg tapi x terima apa2 berita lg jadi aku pun blik ke rumah smbil nyumpah2 mgkin x jadi le pegi nih..

Sampai rumah aku layan stage 6 Putrajaya-Genting yg di ulang tayang Astro.
Sedang layan ada mesej masuk ingatkan dari Lokman rupanya dari Pokcik yang dah smpai di Kl(haram bekabo ndak pegi pun ye)..
Jam 10.45 br le Lokman mesej rupanya br bngun tido lepas antor bini nya keje tadi pg..
Kurang lebih kul 11.20 br le gerak ke KL setelah usaha mengajak Helmi x berjaya kerana terlampau mengantuk setelah keje keras menguruskan 2 mayat mlm tadi.
'Mayat'?, Oh ye Helmi tu keje hospital biasalah mayat2 n kecederaan2 parah yg kene uruskan sbb dia ni ngikut ambulan..


Smpai PJ, highway dah mula melekat nasib baik boleh gerak sikit2 lagi dan kami smpai dalam 12.20 tghari setelah memakir kereta di sebelah masjid negara...

Agak ramai juge peminat2 tempatan n luar negara yg membanjiri Dataran waktu itu.
Terdapat gerai2 menjual baju,makanan,basikal dan sebagainya..
Aku dan Lokman terus menuju gerai pameran Giant serta Polygon.
Tgok bole beli x mampu harga terendah Giant rm17 ribu dan yg termahal menjangkau rm30ribu lebih..hmm setahun gaji aku yg keje kilang ni huhu..

Lepas layan Giant layan Polygon plak, kat sini mampu milik punye harga contohnya polygon helios dalam rm2 ribu lebih je serta tawaran paling menarik colnago berharga rm4100 sahaja ..
Kalo le 'kutu'(nama sebenar di rahsiakan) tu bayar duit aku blik merasa pakai Colnago le aku taun ni..hampehh tul.


Antara acara lain adalah persembahan dr ex af, qaut dan toi serta pertandingan bmx(expert&novice).

Aku beli sehelai jersey Le Tour De Langkawi sebagai kenang-kenangan dan untuk buat berkayuh asyik pkai baju lama je x best gak,hehe

Aku berjumpa dengan pokcik di gerai Power Bar..
Sedang leka menemankan Lokman memilih jersey tetiba bahu aku di tepuk dari belakang rupa nya Najib TLG.
Berbekal kan kamera mahalnya gaya Najib persis wartawan je aku tengok,mngkin nak masuk gambar2 ke facebook kot(jangan lupa masuk kan gambar kiteorg skali yg kamu snap tu ek)...

Akhirnya Lokman angkat sehelai jersey Power Bar berharga rm150..
Sedar x sedar telah 'seround' pelumba2 membuat pusingan.
Untuk mengelak dari terlepas lagi aku dan Lokman serta pokcik terus menjemurkan diri ditepi laluan pelumba hingga perlumbaan berakhir..
Setelah perlumbaan berakhir sedang aku berjalan menuju ke tmpat team2 berkumpul aku terjumpa Anuar Manan sedang Warm Down sesorang rasa nak bergambo tapi tgok dia cam keletihan chat 2,3 kerat dan tepuk bahu sbagai tanda tahniah aku dan Lokman meneruskan perjalanan untuk melihat-lihat basikal pelumba2.
Sampai kat tmpat pelumba Africa Selatan aku dngan x malunya minta botol Milo dan yes dapat..hehe
cadang nak ambik gambo pemenang2 tapi xde ruang untuk mencelah, salah tmpat kene halau ngan polis plak..
Setelah puas melihat dan menilik basikal pelumba kami pun bergerak untuk pulang..
Lokman dngan x sabo nya telah memakai jersey yg baru di beli semasa perjalanan menuju ke kereta,x nyempat2 hehe

Lebih kurang pukul 4 ptg kami pun selamat pulang ke sarang...
Sekali lg tahniah buat Anuar Manan yg telah mengungguli kategori jersey hijau(raja pecut) serta pemenang2 lain untuk Tour De Langkawi edisi 2010..


Akhir kata maju lah sukan untuk negara dan buat pokcik cepat2 le angkat roadie asik dok tengok2 n belek2 je bila nak pakainya.. hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan