Translate

Halaman

Isnin, 19 November 2018

The Legend is back!


Syhhhhh..... Dengar kata tok penghulu kita dah mula kayuh blk.. nantikan kemunculan dia...

Isnin, 9 Julai 2018

Dunia berubah, Roda berputar & Teknologi semakin maju.



Assalamualaikum wbt...
Amacam semua...Dah abis beraya ke blm ni? Udah ke bergerak meter mahal kat basikal korang tu.. Ke tgh menyusun jadual open house mana lg yg nak dituju...😜 
Yg bertanya ni pun apa kurangnya, blm mula berkayuh pun lagi... Nnti lah kot dtg mimpi Siti Nurhaliza ngajak aku kayuh baru le aku kayuh blk kot... 😆

Sementara tgh "bercuti" kayuh ni,layan2 la dulu tgk apa barang baru yg ada... Nak beli tak mampu jd kita layan mata je la... Secara peribadi aku rasa yg teknologi basikal ni cepat benar berubah, rasa mcm baru je smlm aku beli basikal, tau2 dah keluar plak mcm2 barang baru.
Yg ketara benar skrg ni dah ramai geng2 RB yg guna 11speed dan geng MTB guna basikal 29er.. 
Tu blm kira disc brake kat RB yg aku dgr kata UCI dah approve utk guna dlm race2 diaorg sikit hari lg. Group set 12 speed utk RB? Sikit hari lg sampai lah tu.. DI2..?apa barang...! ROTOR dah keluar hydraulic group set kot.. Kat rumah kayuh guna trainer.. boring kau kata.. skrg dah ada smart trainer boleh layan kayuh sambil tgk monitor dan berangan mcm ko kayuh kat Le Tour de France siap boleh ajak jiran sebelah kampung race sama2 lagi...😁😆 Dan byk lg lah... Sampai aku pun dah xreti apa benda nye tu.

Tapi tak kira apa pun yg korang guna... Mahal ke murah, baru atau lama.. tapi dalam dunia 2 roda yg kita minat ni kot mcm mana pun tetap kita jgk yg kena kayuh. Lain la kalau korang guna basikal elektrik... 😁 "Your legs are the engine" 
Jadi apa lg.. Moh le kita kayuh!!! 😂









Jumaat, 22 Jun 2018

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin semua. Lambat lagi pos kali ni.. maklum lah sibuk beraya di kampung kan... mcm mana suasana raya rakan2 semua? ada ke yg bakar lemang sampai rentung mcm ni? 😂😂😂 harap2 tak lah ya... kalau mcm ni rupa lemang korang mmg jawapnya jadi kayu api je laaaa... 😂😂😂

Tapi ada satu jenis bakar yg mmg kalau boleh lg rentung lg bagus kan... hahah rasanya semua pun dah tau apa dia. Jadi apa tunggu lg moh le kita kayuh reramai supaya terbakar habis semua lemak2 raya tu... tak kira la jauh ke dekat ke road ke offroad ke janji kayuh.

Aku pun lama dah tak ngayuh ni... kot2 ada yg nk plan tu rojer2 lah ya.. #jarangtakon... hehehehe

Selasa, 5 Jun 2018


Assalammualaikum semua rakan2...
lama dah tak bernyawa blog kita ni, 😝 Rasanya belum terlambat kot untuk aku ucapkan Selamat berpuasa dan selamat memburu malam Lailatul Qadar di 10 terakhir puasa kita ni.  Dah tak lama lagi dah nak beraya, pada yang balik beraya di kampung, ber hati2 di jalanraya ingat orang yang tersayang, biar lambat asal selamat.

Ok... itu je yg aku nak bagitahu kat sini, bukan apa saja nak bagi blog ni bernyawa sikit lepas lama sangat rehat.

Lastly aku nak ucap juga lah SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada semua rakan2 harap kalau ada yang termakan terminum tu mintak dihalal kan lah ya... dan selamat berkayuh semula lepas raya ni nanti... ✌️

Khamis, 9 April 2015

LTDL STAGE 8(KUALA KUBU-DATARAN MERDEKA)

Salam sejahtera keatas kamu,bertemu lg kita yob..

Sabtu dah layan kat Shah Alam tp setakat permulaan macam x puas pulak arini berjemur lg di Dataran Merdeka untuk aksi penamat LTDL bg tahun 2015 ni..

Seawal jam 9 aku dah terconggok di Dataran,ada race pulak rupanya kriterium junior LTDL u15 sedang dijalankan tp peringkat saringan yg kedua,dapat le layan 2,3    lap..
Toleh kiri kanan sekor pun xde geng2 biasa yg kelihatan tetiba ada org panggil rupenya Shauqi pun ada dtg at least adalah kawan.
Ternampak pulak Amni yg baru habis saringan, td nya x perasan pulak dia ada bertanding..
Temankan dia mendapat rawatan dr medik sbb *tertonggeng* dlm race berkenaan tp nasib baik masih dapat no 6 dan layak ke peringkat akhir,boleh tahan gak lukanya dilengan dan peha tp budak2 muda tengah bersemangat macam xde ape2 jer aku tngok..
Selain beliau sorang lg yg layak adalah Aiman mewakili kelab Mercury Exitway,ni lah dua org yg pernah bersama dengan kami dulu,ok lah dah berjaya mewakili KL dan kelab yg kuat seperti MERCURY agak pelik gak kelab ni fokus mtb tp kali ni mencuba nasib dlm rb..

Lupa nak cerita anak Jejai dan abg Tuah pun ada dan turut layak ke final mewakili pasukan Selangor..

Aku acah2 Mas utk datang kebetulan mmg dia pun mmg dlm perjalanan elok sangatlah baru best sikit..

Dalam acara akhir pemenangnya dari Johor dan ank abg Tuah dpt tmpt ketiga berbaloi hadiahnya rm1000 dtg jauh cuma yg x sedapnya rakan pasukan budak Johor terlibat dlm accident yg agak teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan yg paling bestnya ketiga-tiga pemenang utama ada sessi press conference sebijik macam pemenang sebenar LTDL.

Aiman dapat tmpt kesepuluh dan memenangi rm100 manakala Amni tempat ke12 dapatlah rm50 jd lah,untuk pengetahuan hadiah sehingga tmpat ke20 sayang bg ank Jejai jatuh tmpat ke21 xde rezekinya pg tu..

Sementara menunggu ketibaan pelumba ada beberapa acara sampingan diadakan seperti perlawanan bola berbasikal dan persembahan tatoo dr ATM dan persembahan live buskers terkenal di ibu kota ntah apa ke nama aku dah lupa maklumlah penulisan ni main ingat je bkn ada rujuk kat apa2 nota pun..

Akhirnya yg dinantikan telah tiba kemunculan pelumba2 di Dataran Merdeka yg perlu membuat lima loop lg sebelum penamatnya,didahului oleh empat peserta yg kemudian nya berjaya ditangkap oleh peloton dipusingan terakhir dan bunch sprint telah dimenangi oleh Andrea Guardini dari Astana manakala Caleb Even ditempat kedua tetapi masih menjadi raja pecut keseluruhan(Jersey putih).
Pemegang Jersey kuning keseluruhan dr MTN,Jersey merah dr UHC manakala pelumba AISAN sebagai pelumba terbaik Asia,sorang pun tak ingat nama pemegang jersey2 yg lain tu..

Tapi aku tumpang bangga team PEGASUS INDONESIA telah muncul sebagai team terbaik Asia serta team terbaik keseluruhan,sukses sukses semuanya dan dlm kepala hotak aku dok ingat bila lah team tempatan boleh bolot kedua ketegori berkenaan dlm tempoh 20 tahun penganjuran belum lg rasanyalah..

Cukuplah kot buat kali ini kita jumpa lg LTDL tahun depan jika dipanjangkan usia dan selamat berkayuh semua serta sentiasa berhati-hati senantiasa..

Rabu, 18 Mac 2015

LTDL STAGE 7 SHAH ALAM-BUKIT FRASER

Assalammualaikum dan salam ceria..

LTDL muncul kembali dan aku serta Ajump,Puyau dan Helmi telah berjaya menghadirkan distarting Point diShah Alam..
Agak ramai yg hadir pada pagi Sabtu tersebut di Dataran Shah Alam dan ramai juga rakan2 kayuhan yg kami temui untuk menyaksikan perlumbaan tersebut..

Yg bestny kat Shah Alam ni agak mudah untuk bergambar dan meminta tanda tangan dari pengayuh samada team tempatan atau pun dari luar negara.

Puyau yg dah terover exited terus menerus bergambar dan meminta tanda tangan dari setiap pengayuh yg ditemui(mentang-mentanglah rambut dah tumbuh semula)..

Alang2 dah ada peluang aku pun tumpang sekali,dapatlah bergambar dengan Annuar Manan dan seorang pelumba dari team Dubai Sky Dive jadilah jangan tidak kata orang nak bergambar dengan Guardini dia dah bad mood ketika itu sebab terlampau ramai yg dok kerumun sampai dia tak tahan,nak cari Caleb Evan tak jumpa pulak tp yg bagus nya semua pelumba agak sporting pg tersebut walaupun stage tu agak jauh(180.8km) dan amat mencabar mental fizikal kerana mereka bakal melalui pendakian yg panjang.

Tepat jam 12 tengahari perlumbaan bermula dalam cuaca yg begitu panas..

Isyam dan Amni terus mengikut dari belakang hingga ke Frazer manakala aku dan yg lain2 terus balik..