Translate

Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Kayuhan malam Ramadhan 1434H IPD SHAH ALAM ke KLCC..

Jumaat 17~07~2013

Selamat sejahtera dan selamat berpuasa...

Puasa bukanlah penghalang kepada aktiviti kayuhan biarpun begitu kayuhan biasanya dilakukan pada sebelah petang sejam ataupun setengah jam sebelum berbuka puasa ataupun pada sebelah malam selepas bersembahyang Terawih..
Mana yang ada trainer dok atas trainer je lah tak payah susah2 nak membelah malam tp boring le sikit sesorang tak de teman..

Geng2 kayuh biasanya memilih malam Sabtu dan malam minggu bagi memenuhi naluri seorang Pengayuh,malam2 lain biasanya kalau ada yang kayuh boleh dikira dengan jari je bilangannya sebab keesokan hari akan bekerja...

Geng2 aku telah mengikuti kayuhan yang di anjurkan oleh geng KAYUHBEB cawangan Shah Alam diketuai abg Din aka DIN COP bermula dari hadapan IPD SHAH ALAM ke Petronas Twin Tower(KLCC)..

Kayuhan disertai Helmi,Nurazmy,Hisham,Yus,Pak Yogi dan tukang canang di wassapp Annuar Salehan..

Sekitar jam 10 mereka dah berada diperkarangan IPD mendengar sessi brieffing sebelum memulakan kayuhan yang agak meriah juga sambutannya melebihi 20 orang pengayuh turut menyertai dari berbagai kelab sekitar Shah Alam..

Paling menarik perhatian ialah Helmi yang menggunakan vest ambulannya yang cukup berkilauan bila terkena cahaya kalau pengguna jalan raya khususnya kenderaan bermotor tak  nampak lagi  tak tau nak kata apa..
Walaupun agak kurang selesa tetapi pemakaian vest amat bermanfaat bg keselamatan selain daripada penggunaan lampu kepada pengayuh beraktiviti di malam hari..

Perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan dan hentian rehat serta pengumpulan pengayuh adalah di NAZA automobile PJ sebelum meneruskan perjalanan ke KLCC..

Sampai di sana sessi bergambar berlangsung dengan rancaknya,berbagai gaya dilakukan sebagai bukti kukuh bahawa telah benar2 sampai ke tempat tujuan dan sebagai bukti kepada isteri bagi mereka dah berkahwin yang sang suami tak melencong ke tempat lain..
Pak Yogi dalam sakit2 dada pun tak ketinggalan dengan aksi trade marknya..

Selepas berehat serta bergambar dan minum2 di mamak perjalanan pulang dilakukan dan berjalan dengan lancar dan separuh daripada mereka terus bersahur sekali terutama yang bujang2 sebelum pulang ke rumah masing2..

Ada juga dari geng UGCC yang ikut kayuh dari MCD Puncak Alam ke Dragon Back bersama geng2 XL..

Diharap ada lg aktiviti di minggu depan,campur je geng2 mana pun apa ada hal janji dapat berkayuh serta keselamatan pula lebih terjamin bila berkayuh dalam jumlah yang ramai..

Terimakasih dan jumpa lagi

Selasa, 9 Julai 2013

Selamat Menyambut bulan Ramadhan.



Assalammualaikum... 

Saya mewakili  rakan-rakan Uncle Goh Cycling Club (UGCC) mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1434 Hijrah / 2013 buat semua followers blog UGCC yang beragama Islam semoga dapat kita mempertingkatkan amalan kita dibulan yang mulia ini.

Bagi yang bercadang untuk meneruskan latihan/kayuhan diwaktu malam selepas solat Tarawih pastikan keselamatan diri anda dan rakan kayuhan anda terjaga.

-arejump-

Khamis, 4 Julai 2013

Akhirnya ada yang bergelar juara..

Selamat siang teman2 walau dimana berada..

Pada tanggal 30-06-2013 yang lepas bertempat di Putrajaya telah berlangsung pertandingan perlumbaan basikal anjuran CEKAL..
Sekali imbas jika dilihat pada posternya seperti semua acara mtb seperti yang berlaku di Shah Alam tempohari rupanya ada terselit satu acara rb bawah 17tahun..

Hisham dan Reza telah mengambil bahagian dalam acara tersebut dan usaha itu membuahkan hasil apabila  Hisham telah berjaya menjadi juara manakala Reza di kedudukan kelima..

Tak tau pulak Standard mereka yang ikut bertanding tetapi kejayaan ini menjadi pendorong terutamanya kepada geng2 junior untuk menyerlahkan bakat mereka keperingkat lebih tinggi..

Tahniah atas kejayaan tersebut moga akan berjaya lagi jika bertanding lagi di Dataran Merdeka selepas hari Raya nanti..

Pada junior2 yang lain x teringin ke nak turut serta?
Amni Faiz lepas ni nak tengok kamu pulak naik podium...

Tu dia sekali kerajinan tiba 3 post aku bantai dalam sehari..

Terimakasih pada yang nyinggah disini,sampai jumpa lagi di lain ketika..

Ronda Riadah bersama Polis Kota Kemuning

Salam ceria semua..

Ahad 16-06-2013

Pagi tadi dah menyesah ke Kuang penat masih x hilang petang ni nak kayuh lagi,kalo ikutkan hati baik tido je tetapi memandangkan dah berjanji dengan Encik Mustafa Misdi maka kena gagahkan diri lagi pun program bertujuan baik x patut pulak kalo x pegi..

Kumpul punya kumpul sejak 3-4 hari yang lepas dapatlah kira2 13org,jadilah sebagai permulaan..

4.45ptg bergerak ke Kota Kemuning dan sesampainya disana pihak Polis  dah bersiap sedia..
Selepas membasah tekak dengan air mineral sessi bersuaikenal pun berlangsung dan x ketinggalan acara kegemaran ramai iaitu majlis bergambar..

Lebih kurang 5.30ptg kayuhan bermula bersama beberapa orang anggota Polis  yang beruniform lengkap serta diiringi kereta peronda dan motosikal bg memudahkan perjalanan ke Tasik Kota Kemuning..

Bagai di jangka kawasan sekitar tasik dipenuhi warga2 setempat dengan berbagai aktiviti seperti beriadah,memancing,bermain bot kawalan jauh,bermain layang2 dan x kurang juga sekadar membawa keluarga menghirip udara petang..
Tanpa membuang masa pihak berkuasa  pun mengedarkan risalah2 pencegahan jenayah sambil beramah mesra dengan penduduk setempat..

Kami dipelawa untuk meronda keliling tasik bersama dan disalah satu bahagian tasik tersebut kami berjumpa pasangan pengantin baru yang turut mengabdikan gambar kenangan berlatarbelakangkan kawasan tersebut dan mereka turut berposing bersama kami..

Selepas tamat acara kami telah dijemput minum petang sebelum  bergerak pulang ke Sri Muda..

Kami amat berbesar hati kerana telah dijemput membantu program yang julung2 kalinya diadakan diBandaraya Shah Alam  ini dan akan terus membantu  jika diperlukan  sehinggalah acara Ronda Riadah ini mencapai matlamatnya serta se gah Ronda Riadah yang dikendalikan oleh Tuan Hasbullah di Johor,cuma ada lah lebih baik kiranya geng basikal Kota Kemuning dapat turut serta diacara seterusnya berkemungkinan besar selepas Hari Raya Aidilfitri nanti agar ianya benar2 menepati matlamat sebenar program ini,kami dari UGCC bertindak sebagai back up sahaja..

Dengar cerita ada sponsor yg sudi menaja program ini di masa akan datang,kalau dapat  baju sponsor cantik juga tu..

Apa2 pun program sebegini amat baik bagi memberi kesedaran kepada penduduk bagaimana menanggani masalah jenayah dan memupuk kerjasama polis dan masyarakat agar keamanan sentiasa terpelihara..

Kayuh roti canai Kuang

Assalammualaikum..

Siaran terlambat  lg,x tau la apa punya hantu malas dah menyampuk kat aku akhir2 ni,dah nak bersawang baru le terheggeh-heggeh nak update..

Actually aku dah dua tiga kali update cerita ni tp malangnya cerita ada gambar ntah mana hilangnya..

Di pendekkan cerita.idea kayuhan  ini dicetuskan oleh Ajump,aku folo je mandangkan xde apa projek pada pg Ahad(16-06-13) ni tetapi sebelah petang dah ada program ala2 Ronda Riadah bersama Polis Kota Kemuning..

Aku,Yus,Pak Yogi gerak dr Sri Muda manakala  Minami sepatutnya menanti di Batu Tiga..
Oleh kerana kami  melepasi jam 7 ketika sampai  ke  Batu Tiga Minami telah memblahkan dirinya ke Bukit Jelutong secara solo,punctual betul dia sekarang ni..

Sampai car park belakang Petronas Ajump,Amir,Azmy,Yaki dan Esmann dah siap menanti dan turut kelihatan Ben dan rombongan Musang King yang juga berkayuh di Gutrie tetapi x diketahui arah tuju seterusnya..

Perjalanan pun bermula dan ketika sampai hentian rehat tmpat menunggu kengkawan yg tertinggal kami menerima berita Minami telah kebocoran tayar sebelum memasuki jalan motosikal lagi patutlah x nampak2 kawan tu,mujur juga Yaki dan Azmy ada bersama kalo x naya abg Kecik sesorang..

Semasa  di LATAR highway Amir  pulak pancit tayarnya,selepas siap berganti tiub kami teruskan perjalanan ke kedai Pak Sarip Kuang untuk memenuhkan hasrat perut serta tujuan utama kayuhan pg ni nak pekena roti canai dikedai ini..

Sebagai mana biasa kedai ni sentiasa penuh setiap kali kami singgah sejak pertama kali mencanai dulu..
Agak lama juga menunggu siapnya oder kami sampaikan Ajump terpaksa mencari cok keria dulu sebagai lapik perut dan aku pun tumpang menambah lipatan perut dengan membaham seketul dua..
Akhirnya yg di tunggu pun tiba dan sessi membalun berjalan dengan meriahnya hingga yang pelayan tersalah hantorpun 'sapan' dikerjakan depa,betul juga  nak mintak lain x tau bila tibanya mana dah ada depan mata sesah dulu le..

Perut dah kenyang rehatpun dah lama jadi perjalanan pulang berjalan lancar sbb hajat dah tercapai..
Sampai Petronas basikal di tumpangkan dikereta untuk dibawa ke Sri Muda,dtg menggayuh balik naik kereta  bukan  sebab penat,krem atau sebagainya tp atas faktor keselamatan kami yang dititik beratkan oleh kengkawan semua..

Sampai 'pot' dengan  selamat serta dijamu pula   dengan pisang goreng oleh Puyau,syukur Alhamdulillah..

Sebelum menamatkan catatan ini ada laporan dipage Kelab Basikal Shah  Alam bahawa ada 4-5org cyclist telah disamun secara total hingga tinggal seluar baju sahaja oleh segerombolan PARIAH yg menggunakan parang serta van berwarna putih dan memang aku perasan van putih tu ada tepi highway pada pg itu dengan org2 di dalamnya berpura-pura sedang berehat..
Kepada sesiapa yang berkayuh diarea Gutrie kena  lebih berhati-hati dan jangan  tinggal kawan bersendirian atau berduaan di belakang sbb setan2 Hitam ni sentiasa menanti peluang..

Kayuh terus kayuh keselamatan harus dijaga dan senantiasalah berwaspada..