Translate

Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

Putrajaya HOT ride-LTDL 2013..

As'salammualaikum dan salam sejahtera..

Kayuhan pertama yg disertai oleh ahli UGCC dan ahli bersekutu pada tahun 2013 ini..

Kayuhan ini adalah pada 27-01-2013 yg berjarak 60km mengelilingi kawasan Putrajaya bersempena LTDL yg akan bermula tidak lama lagi..

Ramai juga yg menyertai nya termasuklah Team TSG yg akan berlumba di LTDL nanti dan kenderaan yg membawa maskot2 penaja pun ada bg memeriah kan acara tersebut..

Hanya Nuar vrg yg ikut mengayuh,itu pun masuk haram kerana pendaftaran telah ditutup,berkemungkinan juga menjadi punca yg lelain tidak ikut serta takut kena halau urusetia gamaknya..

4 dara/mak pingitan(siti,mg,azah,cha) turut serta sepatutnya tp yg hadir berkayuh hanya 3 orang(siti,mg,azah) manakala seorang lg terlajak lena..

Diatas kesungguhan ditunjukan saudara Nuar vrg walaupun join secara haram agak berbaloi kerana berjaya bergambar dengan Team TSG dan mendapat sijil penyertaan yg menjadi bukti untuk ditunjukan kepada anak cucu dibelakang hari nanti..

Cukup lah takat ni labunan aku,kang panjang sangat takut jd pembohongan kerana aku tiada ditempat kejadian,gambar2 pun aku cilok dr album2 korang..

Cukup sampai disini lain kali bertemu lg.

Bujang tua

Khamis, 10 Januari 2013

Homemade Energy Bar.

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Dah masuk minggu kedua tahun 2013 barulah tergerak hati aku ni nak mengupdate blog kesayangan kita ni.
Apa-apa pun rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Dah tercapaikah azam korang semua tahun lepas dan apa pula azam untuk tahun ni ya?

Untuk entri kali ini aku nak bercerita tentang suatu perkara yang lain sedikit dari biasa tetapi masih lagi berkisar dan berkaitan dengan sukan berbasikal.
Pasti korang semua biasa melihat, membeli dan makan energy bar atau ramai dari kita biasa meyebutnya sebagai 'power bar'. Mungkin kerana jenama Power Bar ni agak popular jugak dikalangan ahli sukan di Malaysia maka rata-rata kita semua memanggil energy bar ni sebagai power bar, macam filem untuk kamera dulu-dulu yang biasa kita sebut sebagai KODAK walhal yang dibeli jenama FUJI...hehehe

Dari tinjauan aku di beberapa kedai dan farmasi di sekitar Shah Alam, energy bar ni dijual dalam lingkungan harga RM11 - RM12 satu. Tapi kalau korang rajin mencari dan bertanya pada "pakcik' GOOGLE dan YOUTUBE pasti korang akan terjumpa dengan cara-cara membuat sendiri energy bar ni di rumah.
Jadi untuk brother2 dan sister2 aku yang rajin makan energy bar ni, kat sini aku nak kongsi resipi dan cara membuat sendiri energy bar ni dirumah yang aku ambik dari internet. Moh kita try....

Mula-mula Cik Nun sekelian perlulah sediakan bahannya dulu ya dak?? hehe

1 chocolate bar. ( apa2 jenama pun boleh ikut kesukaan korang lah, sebaiknya yg mengandungi 70% koko atau lebih)
1 cawan mentega kacang (peanut butter)
1 cawan madu
3 cawan oatmeal

Potong / cincang / hiris ????? apa2 je lah... chocolate bar menjadi ketulan - ketulan kecil. Dalam satu bekas yang lain panaskan campuran mentega kacang dan madu dengan api yang sederhana, kacau campuran tersebut sehingga agak cair sedikit. Kemudian masuk kan oatmeal dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika. Bila campuran ni dah agak - agak suam masukan ketulan coklat korang tadi dan kacau rata. Tuang campuran ni tadi ke dalam dulang pembakar ( 9" x 13" ) dan ratakan. Simpan dalam peti ais dan biarkan sampai sejuk.  Selepas itu boleh lah dipotong ikut saiz yang korang suka.

Amacam?? Susah jugak lagi? Takut main api dapur? OK kita cuba kaedah yang satu lagi ni pulak.

Sediakan :

230 g campuran kismis dan kurma. ( lebih sikit pun takpe korang jgk yg nk makan...hehehe)
1 cawan almond butter
1/2 cawan peanut butter

Masukan kesemua bahan diatas kedalam blender dan blend lah sampai sebati. Awas campuran ni agak pekat sikit, so.. kot overheat blender korang tu jangan salahkan aku pulak ya.........
Tuang campuran ni tadi kedalam dulang pembakar dan ratakan. Biarkan sampai dia sejuk betul dan lepas tu boleh lah korang potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Dah siap dah energy bar korang. Kan tadi aku dah kata senang je cara membuatnya. Jadi apa lagi cuba lah korang buat sendiri nanti kat rumah dan lepas tu jangan lupa hantar sikit kat si Penulis Blog ni ya...hehehe

Ada banyak lagi resepi semacam ini di Internet tapi yang ini aku rasa yang paling mudah aku pernah jumpa. Untuk lain - lain resepi atau korang nak baca versi asal resepi ni boleh lah klik link yang aku sertakan ni ya.

http://www.roadcycler.com/2007/10/screw-powerbar-make-your-own-energy-bar/

Okay selamat mencuba dan Happy Cycling semua.

-arejump-