Translate

Halaman

Rabu, 24 Disember 2014

Sedikit cerita kayuhan kawan2 sebelum berakhirnya 2014..

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg terlepak kat blog yg dah berlalang ni..

Sebenarnya banyak kayuhan yang ahli2 UGCC sertai tetapi tiada yg berkelapangan untuk menulis mengenainya..

Secara ringkas ada beberapa ride yg telah disertai seperti Melaka century ride,otai mtb,trail blazer,Klang fun ride dan beberapa lg termasuk yang terakhir sekali bg tahun ini Internasional Wetlands Jamboree minggu lepas..

Kebanyakan aktiviti berkisar tentang mtb manakala Road bike dibiarkan berhabuk sementara waktu..

Antara yg aktif berjamboree ni adalah Abg Brahim,Azam Umw,Perel,One two zoom,Yaki,Halim,Adi,Amir,Esmann dan Azam Rantau..
Manakala Nuar,Wak Midi,Ah Fung dan Ah Fai aktif menyertai event2 Road bike dan yg tersangat aktif kayuh fun ride terutamanya disekitar Shah Alam adalah Ayom dengan touring bikenya...
TABIK KORANG

Nak tulis berjela pun aku xde idea jadi sebelum aku berhenti aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat semua dan harap2 nya anda semua bertambah aktif berkayuh bukan     nak menang Jamboree atau Century Ride pun tp untuk kesihatan diri sendiri maklumlah umur makin bertambah penyakit pun banyak datang menjengah...

KAYUH UNTUK KESIHATAN

sehingga bertemu lg tahun depan..
Wasallam...

Rabu, 25 Jun 2014

Kayuhan PDRM bersama IM4U...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Dalam pejam celik pejam celik Ramadan akan muncul beberapa hari lg dan sebelum berehat dari kayuhan di bulan mulia itu aku serta rakan2 telah menyertai kayuhan yg dianjurkan oleh PDRM Shah Alam ini sebagai penutupnya...

Seramai 24 org telah mendaftar secara online atas daya usaha Ajump yg bersenang hati menjadi tukang daftarnya manakala beberapa org lg melalui Ah Pow...

Pada hari Sabtu aku mempersiapkan basikal dan melepak di CMS bersama Uncle Tan yg turut mempelawa aku berkayuh ke 'Titi Kong' tetapi terpaksa di tolak walaupun betul2 teringin untuh kayuh disana..

Kerana sukarnya nak tumpang rumah kengkawan aku menumpangkan basikal dirumah kawan Bangladesh (Reza) manakala aku kembali ke Kl pada hari berkenaan,nasib baik jugalah kiranya kalo tak mmg tak berkayuhlah aku..

Ahad seawal jam 5 subuh aku dah bergerak dari rumah ke perhentian bas Kelang dan sebaik sampai bas pertama telah berlepas maka dlm otak aku berkata mmg takde harapan lah berkayuh pg tersebut..

Sampai Sri Muda kira2 7.20 pg lalu dengan pantas bertukar pakaian dan memulakan kayuhan menuju Dataran Shah Alam dimana tempat bermulanya acara..
Kawasan tersebut  telah penuh sesak dengan peserta yg menghampiri 3000 orang dan agak bernasib baik terjumpa geng2 aku yg sedang melepak..
Antara yg turun pg itu adalah Ajump,Amir,Awin,Perel,Adi,Shauki,Mus serta Halim dan selepas itu muncul Mun Kid,Ah Fung serta Soon Huat yg menjadi 'ghost rider' manakala yg lain2 ntah kemana hilangnya..

Acara dimulakan dengan ucapan Ketua Polis Selangor di ikuti acara memanaskan badan serta bacaan doa sebelum peserta dilepaskan kira2  jam 8.30 pagi...

Perjalanan bg peserta adalah sejauh 35km  meliputi Seksyen 9,6,8,7,16,17,24,23,19,20,15 dan kembali ke Dataran Shah Alam semula,bg VVIP hanya 5km sahaja..
Sempat lah berjumpa beberapa anggota yg dikenali tetapi tak dapat berkayuh kerana menjadi crew event seperti bro Lan,bro Madi,bro Zukhairi serta beberapa orang lagi..

Walaupun hanya sejauh 35km tetapi keadaan yg berbukit menyebabkan ramai yg agak ketinggalan jauh dibelakang...

Sebelum cabutan bertuah ada beberapa persembahan seperti sketsa Polis dulu2 menaggani jenayah,tempur tanpa senjata/bersenjata,silambam,rondaan berbasikal Polis,kungfu fighters dan pertujukan basikal2 yg berbagai bentuknya..

Makanan dan minuman serta buah-buahan disediakan untuk peserta disamping hadiah kepada kelab teramai menghantar peserta yang dimiliki oleh Rantau Panjang Cycling Team(90 pengayuh) dan bg anggota Polis dimenangi IPD SG BULOH(60 pengayuh)...

Tunggu punya tunggu nombor tak naik2 membuat geng2 aku malas nak menunggu dan menyerahkan no plat mereka pada aku padahal aku paling jauh nak kayuh balik dan memang jika rezeki  tak kemana akhirnya naik juga salah satu no tersebut dapatlah sebijik botol air,jadilah buat kenang-kenangan..

Akhir kalam diharap kayuhan ini dapat dijadikan acara tahunan bg merapatkan hubungan orang awam dengan pihak Polis bg memudahkan usaha pembenterasan jenayah yg semakin meningkat kebelakangan ini..

Terima kasih kepada semua yang singgah di blog dan membaca entri kali ini..

Jumaat, 11 April 2014

Earth Hour Ride 2014..

Assalam dan salam ceria buat yg tersinggah/terlayar  diblog hampir bersawang ini..

Aktiviti banyak tp yg tukang merapu nya agak sibuk tetapi untuk kali ini aku merajinkan diri untuk menulis cerita tentang kayuhan kali ini..

Kayuhan ini telah diadakan pada mlm minggu(29/3/2014) yg lepas..
Pada asalnya ramai yg ingin mengambil bahagian dan telah register online tetapi memandangkan pada petang tersebut telah hujan ramai yg tertunggu-tunggu untuk menyatakan mahu berkayuh ataupun tidak tapi masa tak menunggu dan lebih kurang 8.15 aku,Mas,Man Proton serta anaknya,Helmi, Ah Pow n the geng mula berkayuh walaupun hujan masih turun...

Sesampainya dilampu isyarat Seksyen 19 Ah Pow dan 2 orang kawannya berpatah balik kerana tak nampak jalan maklumlah mereka berkacamata serta boleh membahayakan jika meneruskan perjalanan...

Ketika melintasi flyover Seksyen 18 ke Seksyen 19 tayar depan Kuota Kredo pulak pancit nak tak nak aku pun menolong menukar tiub dan Mas tukang pam dlm hujan yg semakin lebat manakala Helmi dah tidak lngsung dpt dikesan,'menonong' jer peginya tak tengok2  belakang dah..

Saparuh hati ingat nak patah balik tp alang2  semua dah kuyup kami teruskan perjalanan hingga ke Dataran atas,masih ramai cyclist yg seperti memanaskan badan bila ditanya semuanya seangkatan geng2 aku terlambat sampai sedangkan yg lain dah berlepas..
Kami mencari tempat pendaftaran dan jika mmg dah rezeki tak kemana dapat juga t-shirt dan plat no..

Selepas itu kami hanya melepak sahaja sementara menanti peserta sampai ke Dataran semula nak dikejar tak tau jln mana yg dilalui..
Mujur juga ada Man Sawit yg menjadi penghibur dengan melakukan aksi kanggaro dan wilie..

Apabila peserta telah sampai persembahan pancaragam dan deklamasi puisi mengambil tmpat sebelum lucky draw menyusul dan kami mmg tak bernasib baik hanya jd tukang  tengok orang ambil hadiah,tak pe lah janji pisang,roti dan air mineral kami dah sesah...

Jam 11 mlm kami pun bergerak pulang    dan sampai kesudah tak jumpa2 dengan si Helmi yg ntah kemana  'menyasornya'...

Cukup setakat ini jika ada kayuhan lain yg aku sertai mungkin akan menulis lg tetapi  agak sukar untuk berkayuh sekarang ni kerana telah tinggal di KL  dan kesukaran menumpang teduh semalam dua di Seksyen 25 seakan membantotkam keinginan berkayuh malah selepas  kayuhan Earth Hour ini aku bermalam di kedai mamak sampai ke pg...

Wassalam

Khamis, 27 Februari 2014

Criterium Shah Alam 2014

Assalammualaikum dan bersua kembali..

Penulisan kali ini berkisar tentang Criterium Shah Alam yg telah berlangsung pada 22-02-14(Sabtu) yg lalu..
Bagi team UGCC kebanyakan yg terlibat adalah ahli2 junior kami yg sememangnya berani dan berhati waja,kalah menang belakang yg penting bertanding dahulu..

Antara pencapaian terbaik adalah daripada Hisham yg berjaya menempatkan diri ditempat ke6 dlm acara mtb dan ke 9 dlm acara rb serta Amni dikelompok 15 terdepan kesemuanya bg acara dibawah 15 tahun..

Biarpun x berjaya menaiki podium sekurang-kurangnya berjaya mencelah diantara pelumba Terengganu dan Selangor yg mendominasi kedua-dua perlumbaan,manakala bg yg lain2 walaupun pencapaian tidak memberangsangkan tetapi boleh menimba ilmu yg berguna apabila turut serta bersaing bagi memajukan diri sendiri jika berlumba lg di kejohanan yg lain...
tahniah untuk semua..

Bg kategori yg lain hanya Pak Yogi dan Nuar vrg (junior veteran) serta Yus dlm acara terbuka lelaki tetapi semua tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana masalah pada basikal masing2 (bocor/gear melompat/kesihatan-heart rate)..

Acara ini disertai pelumba2 negeri seperti dari Johor,Terengganu.Pahang,Perak,Kedah,Serawak juga Pro rider dari OCBC SINGAPURA,TSG dan Team Malaysia sendiri mungkin sebagai persiapan LTDL yg bermula tidak berapa lama lg..

Lama x menulis idea pun cepat kering kita layan gambar je lah ye..

Kepada team Malaysia dan team TSG yg bakal membawa cabaran di LTDL kami mengucapkan selamat maju jaya dan buat sehabis baik untuk negara bukan sekadar menjadi penganjur tersohor sahaja...

Go Malaysia  Go

Rabu, 12 Februari 2014

Konvoi Berbasikal Sempena Hari Wilayah

Lama dah tak menulis di blog ini.. Bila vitamin M banyak membeku dalam badan ini lah jadinya.
Bukan kami tak aktif, sebenarnya byk juga event yg disertai disamping aktiviti kayuhan hujung minggu yg kami anjurkan sendiri tp oleh kerana masing2 sibuk dgn tugasan maka blog ni dibiarkan sepi buat sekian lamanya.
Okay.. Berbalik kpd tajuk entry kali ini, rakan2 UGCC telah menyertai event tersebut yg berlangsung pada 9 Feb.2014 yg lalu. 
Bermula dr Putrajaya ke Bkt.Jalil dan berpatah blk ke Putrajaya sejauh lbh krg 49km. 
Kami seramai 30 org adalah merupakan sebahagian dr seramai 6200 org peserta acara kayuhan ini yg telah berjaya menempatkan diri dalam Malaysia Book of Record.
Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan kesemua kami berjaya menamatkan kayuhan.
Tahniah buat penganjur kerana berjaya menganjurkan event ini dgn baik sekali dan juga rakan2 UGCC atas kerjasama dan sokongan anda semua.
p/s: gambar2 kredit buat bro Azmie, bro Yaki dan Pak Yogi.