Translate

Halaman

Khamis, 24 November 2011

Kayuh cari penat ke PD..

As'salammualaikum dan salam sejahtera buat semua yg menyinggah di blog ini..

Pada tanggal 19-20hb nov 2011 yg lepas,geng2 Aku telah berjaya melakukan misi bertouring ke PD..
Idea asal nya daripada Helmi yg kebetulan telah mendapat cuti pada hari Sabtu dan Ahad tersebut lalu beliau memancing teman2 yg mana ada kelapangan..
Maka nak di jadi kan cerita Aku,Darren dan Minami Azmi telah tersangkut di pancing nya,manakala Amir dan Pyann telah terlucut dr pancingan nya kerana urusan kerja yg tak dapat di elak kan..

Pada hari Sabtu selepas minum kami bertolak dr Sri Muda melalui Kesas
menuju Bukit Tinggi dimana Darren sepatutnya menanti..
Agak lewat juga Darren tiba kerana beliau mencari tire tubular yg di pesan Minami tp tak ada di jual di Rodalink..
Alang2 seluk pekasam 'gamble' je lah berkayuh tanpa tayar spare untuk Minami,jangan jd apa2 pada tayar nya udah lah..

Perjalanan bermula agak lewat dan cuaca pulak ckup menyiksa kan tetapi itu antara asam garam bila bertouring demi mencari kepuasan diri..
Kalau tak silap kiraan 3 kali berenti akibat cuaca yg panas sebelum sampai ke Morib untuk rehat dan makan..
Kami terus kan perjalanan ke jeti yg menghubungkan Sg Pelek dan Tanjung Sepat tetapi sebelum tiba sempat juga lah merasa di kejar anjing di jalan ke Bagan Lalang..siot punya hanjing..
2,3 kali juga berhenti sebelum sampai ke tempat feri tu sebab Minami mengalami kecederaan selain dr kepanasan yg tak tertahan kan..
Feri yg digunakan rupa nya kelakar tp ia nya agak penting kepada org2 disana,tambang nya 50sen skali perjalanan,kalau pegi balik 80sen je,tiada tiket tp hanya melalui pengecaman wajah dia tau siapa yg byar pegi balik,hebat uncle tu..
Perjalanan ke seberang cuma 3-5 minit sahaja tetapi telah menjimatkan jarak sebanyak 10km jika berkayuh melalui Sepang..

Perjalanan di teruskan melalui Kg Chua,Kg Sg Nipah,Kg India,Bukit Pelanduk yg agak berbukit sedikit sepanjang perjalanan terdahulu flat sahaja jalan nya hingga sampai ke Lukut di mana The Guest Hotel menjadi tmpat bermalam kami..
Keseluruhan pengayuhan memakan masa 5 jam..
Setelah check in cdang nak terus ke pantai PD tp tak jadi sebab pasukan Malaysia akan melawan Myanmar separuh akhir sukan SEA maka mengadap tv lah ptg tu smpai perlawanan tamat.
Sokongan tak berbelah bg lah kata kan pada team Malaysia..

Pada malam nya br lah kami kayuh ke pantai tp sayang nya meter tinggal dibilik,jd pengiraan jarak kayuh setakat Sri Muda ke hotel di Lukut tu kurang 32km lg kalau tak silap..
Gambar pun tak dapat di snap kan keadaan keliling yg tak mengizinkan..

Pada hari Ahad selepas breakfast yg disediakan kami pun bergerak pulang..
Perjalanan pg ni sgguh menyeronok kan kerana cuaca yg redup dan kayuhan pun lebih pantas..
Bg menghadapi anjing kami telah bersiap sedia dengan batu dan botol minuman kaca yg di simpan khas untuk digunakan,baru smpai titi nak kejo kami,anjing2 tu 'mencacak ogit' lari kene baling..haha
Singgah Morib kene nasi lemak gerai awek yg Minami minati tapi harga nya 'potong leher' lah walau pun sejemput dua je juadah nya..

Ketika melalui Banting kami bertemu geng2 basikal yg menyertai 1001 Kayuhan Amal umno Kuala Langat..
Dari maklumat di terima lebih 1500 org menyertai kayuhan dr Sijangkang-Pantai Kelanang dengan jarak 80km pegi balik mengikut kata mereka..
Selepas meminta diri untuk bergerak lebih pantas ada seorg ahli Rela yg 'mengeskot' kami mngkin dia beranggapan kami pun menyertai kayuhan tersebut.
Pada setiap simpang dan lampu isyarat dia akan memberhenti kan kenderaan bg memberi laluan kepada kami..
Terimakasih 'aya' Rela berkenaan,jasamu ttap di kenang..hehe

Setelah melewati jambatan Banting Minami mengalami kecederaan semula dan terpaksa berehat seketika,2,3 kali juga kena berhenti disebab kan kecederaan nya itu..
Cuaca yg gelap akhirnya menurunkan hujan di Sijangkang tetapi kami tetap meneruskan perjalanan ke Sri Muda di dalam hujan lebat.
Masa yg diambil hanya 4 jam lebih pantas dr masa pegi semalam.
Syukur pada tuhan kami telah tiba dengan selamatnya..

Kepada Minami di ucap kan tahniah atas kejayaan mengikuti touring ini walau pun bdan sakit2 tp kepuasan nya tak dapat di nilai kan,tak gitu Mi..

Terimakasih pada yg membaca harap di panjangkan umur bertemu lg di coretan yg akan datang..
Wassalam..

Selasa, 15 November 2011

Ocbc Cycle Malaysia (14-16 Oct 2011)..

As'salam'mualaikum salam sejahtera buat semua yg melawat blog ini..
Berita terlambat tp masih tak lapok lg kot...
Setelah senyap beberapa lama akhir nya ada juga cerita untuk di tulis kan..

Hasil dr perbincangan demi perbincangan maka 'Teman' dan geng2 ambil keputusan untuk menyertai kayuhan ini,mgkin sbb tertarik dengan jersey yg di sediakan walau pun penyertaan nya menjangkau rm104(early bird) dan rm124(normal) mahal siot...

Darren,Iyus,Amir,Pyann turut sama mencuba kemampuan diri dlm acara The Challenge (52km)..
Minami Azmi pun turut serta,pada mula nya yg ditugaskan sebagai juru foto kami akhir nya terjebak juga untuk mengayuh secara haram dalam race ini,sempat juga lah menamatkan 3 lap..

Permulaan yg perlahan kerana penyertaan yg ramai membuatkan 'Teman' dan geng2 'Teman' terpaksa berhati-hati..
Lap pertama saja 'Teman' menghabiskan nya dlm masa 32 minit tetapi lap ke 2-ke 4 'Teman' berjaya melakukan secara konsistan 21 minit manakala lap ke 5 dlm masa 23minit mgkin sbb 4 kali di tahan oleh pihak Polis di persimpangan jalan bg melepaskan kenderaan yg beratur panjang...

'Teman' akhirnya berjaya mendapat nombor ke 456,Darren no 490,Pyann 300++,Yus 201,Amir 115,Annuar 154 daripada lebih 2000 peserta yg ikut serta,walau pun perbezaan masa antara 'Teman' dengan Yus dan Pyann sekitar 3 minit sahaja,sementara beza masa 'Teman' dan Darren 2 minit..
Perbezaan hanya 2-3 minit tetapi ranking nya jauh berbeza..
Ramai juga peserta yg hanya sempat menghabiskan 3,4 lap sahaja kerana perlumbaan terpaksa diberhentikan atas dasar keselamatan walaupun ramai peserta yg tidak berpuas hati dngan keputusan penganjur tp terpaksa terima hakikat demi keselamatan diri masing2..

Paling 'Teman' tak boleh lupakan semasa melalui kawasan Chow Kit penjual sayur dngan selamba nya melintas jalan dengan kereta sorong dan bakul sayur nya hampir2 saja 'Teman' menirap nasib baik sempat menggelak kalau tidak mgkin 'Teman' atau pun dia berangkat ke hospital..
Banyak juga peserta yg di timpa kemalangan seawal lap pertama lg pun dah ada yg ''tonggeng'',tetapi syukur Alhamdullilah 'Teman' dan geng2 semua nya selamat dr sebarang kemalangan..

Pada tahun depan dengar2 cerita akan di ada kan di Putrajaya 'Teman' setuju sangat kalau benar2 ia nya terjadi...
Terlalu banyak ketidak puasan hati dr peserta yg 'Teman' dengar tp tak perlu lah 'Teman' tuliskan disini sbb benda dah berlalu biarkan berlalu semoga penganjuran akan dtg dpt memuas kan hati peserta jika penganjur dpt mengambil iktibar dr penganjuran kali
pertama ini..

'Teman' pun x puas hati juga bayangkan dngan peserta menjangkau melebihi 4000 org dlm semua kategori serta yuran penyertaan yg tinggi 'Lucky Draw' pun boleh tak ada,apa nak kata bank mmg nak untung ke dia je..
Cuma yg menarik nya pengalaman mengayuh di tengah2 Bandaraya KL mmg tak boleh di lupakan..

Terimakasih pada kengkawan yg terlibat dlm menyediakan lori hinggalah yg meneman kan menyembang smpai 4pg pada mlm tersebut..
Jumpa lg di xpdc touring ke PD nanti kalo jd le..

Was'salam..