Translate

Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

Menjejak trek L2A 100km rentung/cram ride...

As'salam'mualaikum
Salam sejahtera dan salam bahagia buat semua yg nyinggah di sini..
Di harap semua nya sihat2 selalu..

Semalam 80km dah di lenjan,bukit sesaja ari ni ndak tambah 100++km pulak dgn tambahan ketinggian bukit dan pendakian terus menerus,lenguh x abis lg nak tambah lenguh baru,melecet semalam tambah beso le nampaknya..
Betul2 xde penyakit cari penyakit..
Harap2 penadol yg di telan mlm td dpt membantu melega kan sendi2 yg dah ketat ni..

Malam td semasa di update kan tentang kayuhan pg ni hanya 'Awak',Amir dan Abg Baha yg respon,pg ni tggu punya tggu hanya 'Awak',Amir,Abg Baha,Pyann,Minami dan Annuar je yg muncul,hak lain kalo x terlajak tido x larat bangkit le tu,jangan sampai ada yg demam urat udah..

Selepas selesai bersarapan kayuhan pun bermula kira2 kul 8 pg..
Cuaca pg ni terang benderang alamat rentung le semua org..
Seperti dijanjikan pit stop pertama di simpang Ijok/Sg Buloh..
X le lama sngat Minami pun muncul dan perjalanan di teruskan Jalan Ciku,Kg Bt 20(Kuang) hingga lah ke Batu Arang..
Perjalanan sungguh menyiksakan asik manjat bukit koje nya hingga membuatkan Minami x terikut rentak kayuhan yg di kepalai 'tekong darat' saudara Annuar..
Selepas pit stop kedua(Kundang Jaya) terus kan pendakian tp kali ini agak bersemangat sedikit kerana mendapat sokongan peminat yg berbaris di tepi jalan masalah nya depa tu
bukan manusia tapi sang kera,seriau juge takut di terokam nya naya...

Akhir nya sampai di Batu Arang dan menjadi tempat perhentian pertama bg menjamu selera..
Seperti biase Abg Baha terus mencari nasik tp kali ini bersama Pyann dan Annuar,elok aje depa pekena nasi tengah penat2 ni..
'Awak ngan Amir belasah kueh 'ketayap', Minami asik membalun pisang je nambah 'power' gamak nya..
Sebelum 'memblah' kan diri tapau pisang 2 sikat,wah x yah le nak berenti dah ada bekal..
Lepas numpang kencin kat balai Polis masing2 kelihatan amat bertenaga dan ceria bg mengharungi perjalanan seterus nya..

Perjalanan diteruskan melalui Bukit Nenas..
'Ku sangka panas sampai ke petang rupa nya hujan di tengahari' bukan berkenaan cuaca ye,cuaca tetap gak sama panas nya tp perumpamaan ini untuk Abg Baha yg tetiba 'di kokak mengkarung' aka cram benda nak jd terpaksa terima,setelah sedikit lega perjalanan di lanjutkan melalui jalan Batu Arang(bukit lg)..
Tengah syok turun naik bukit tetiba org dpan berenti,APE KE HAI NYE.?
Rupa2 nya sekeluarga babi hutan ndak melintas jalan,ada 7,8 ekor siap mak bpak dan anak2 nya sekali..
Nasib baik le ada yg perasan kalo x mau ada yg kene sondol,babi bukan tau bg laluan kalo ndak lalu dia lalu je apa ada abih di sondol nya..
Lepas babi membuat lintas hormat kami menerus kan perjalanan kali ini sessi menurun yg panjang dan laju hingga ada bacaan meter yg cecah 71kmj-79kmj...

'Tojang' lg melalui jln Kuala Selangor,kali ini laluan berkanopi dah abis sakan berjemur nampak gaya nya,berjemur satu hal bukit satu hal kalo mental x kuat mau aja nahan teksi..
Msuk pulak jalan Meru Tambahan/Puncak Alam menghampiri satu lg dugaan yg kuat..
Tu dia 'Awak' nampak dah Dragon Back,dengan sisa tenaga yg tinggal 'Awak' pun mengagahkan diri utk menakluki ke lima2 belakang naga tu dan akhirnya alhamdullilah berjaya..
Dalam masa yg sama 'Awak' tengok Abg Baha cram lg tp x dpt nak buat apa spray ada kat Pyann yg dah lesap ke depan,nak berenti nak start balik momentum dah xde,'ate tinggai lah ye'..
Lepas Dragon Back msuk persimpangan jalan Paip-jln Batu Arang menuju gerai air tebu persinggahan kedua seperti mana di persetujui sebelum gerak td..
Amboi lega kerongkong yg tengah kering kontang ni..
10 minit menanti br lah Abg Baha,Annuar dan Minami muncul.
Masing2 pun memenuh kan tank dgn air tebu sambil nyembang dan melawak bg menaik kan semangat untuk pendakian terakhir..
Udah penat nyembang mari teruskan penat dgn perjalanan di jln Batu Arang/Uitm Puncak Alam..
Bukit area sini amat menyeksakan,Abg Baha cram buat kali ke 3 tp beliau menyuruh 'Awak' dan Pyann terus kan kayuh dan tggu di puncak,dia menolak terus ke atas 'x boleh kayuh,ansur2 pun x lepas' kata nya..
Setelah susah payah ngayuh dengan nafas bunyi kerbau kene sembelih serta kelajuan dah hampir sama dgn org berjalan kaki sampai gak ke puncak di mana Annuar mengambil alih tugas menunggu ketibaan Abg Baha..
'Awak' bersama Pyann meredah mendaki 2,3 bukit lg dgn kelajuan 10-15kmj hingga bertemu Amir dan Minami di simpang ke Shah Alam..

Abis 2 btg gudang garam baru lah mereka muncul..
Setelah bernafas dengan sempurna br lah perjalanan diteruskan ke 'port' tanpa ada gangguan cram lg..
Sampai Sri Muda x sah kalo x nyinggah mamak.
Abg Baha sekali lg tala nasik berselera betul makan nasi dan buat julung2 kali nya nampak Minami makan makanan berat mi goreng..hehe

Jarak:110.57km
Av speed:22.9km
Mx speed:63.9km
Tm:4.48.58

Moral:
Kayuh seksa cam ni sblan skali cantik le kalo kerap nanti 'power' sngat pulak..hihi

Jumpa lg dan Terimakasih..

Was'salam

Ahad, 25 Disember 2011

Kayuhan pertama bersama Token Corsa 3..

As'salam'mualakum dan salam sejahtera semua..
Pada hari ini 'awak' dan member2 yg lain telah di pelawa oleh abg Baha untuk berkayuh 'mengetes' road bike nya...
Kami yg dulu meracun nya kene lah turut serta kalau tak ikut naya lah kene sumpah hehe..
Sebenor nya 'awak' pun idak le sihat beno baru je kebah dari demam tp mengenangkan upacara perasmian ni rogi le kalo tak merai kan kemenangan sessi meracun ni...

Selain 'awak' ,Pyann,Helmi,Minami Adzmi,John Labu aka Mas Fixie,Amir,Zizi,Pak Imam dan Ah Leong pun turut meneman kan sama..
Seawal 7.05pg 'awak' udah 'mengoder' teh 0 dan pekena 2 biji roti krim di mamak,tak lama
kemudian sorang2 pun sampai..
Paling x di sangka Zizi Chunkker dan Pak Imam pun turut ngikut sekali,kalau tiap2 minggu kehadiran macam ni kan ke best..
'Sifu Annuar' dan Darren x dapat join sbb menghadiri majlis perkahwinan,biase lah bulan 12 ni ramai le yg kawin aka 'berlaga lubang kencin' kata kengkawan 'teman' kat kg dulu...
Selepas semua sampai dan bersarapan kami pun memula kan perjalanan sekitar 7.55pg..

Laluan pg ni pun atas permintaan tuan punya Token Corsa 3 sendiri bermula dr Sri Muda-Seksyen 19,20,21-Batu 3-Gutrie Highway-Lata-Tasik Biru- Kuang-Gutrie Highway-Sri Muda..

Semasa perjalanan di Kuang banyak betul org menjual cempedak tp sayang x sempat ndak nyinggah,sebab ndak ngejor kan Puyau,Hilmi dan Pak Imam yg x ngikut terus stakat u-turn ke Ijok dan menanti di rnr arah selatan(Shah Alam)..kalo Pak Imam faham le aku mgkin stamina x ckup manakala Helmi pulak ndak masuk koje petang tp Puyau ape ke hai nya?

Semasa di sini(Kuang) juge Azizi dah mula koyak kesian pulak nengok nya tp apa nak buat kalo nak rehat kene smpai ke rnr selatan lah bukan apa takut berjanggut pulak depa 3 org nunggu kami..
Di sini juga Token dan tuan nya tergolek bersama,salam perkenalan lah gamak nya,nasib baik basikal dan tuan nya ringan kalo x macam cempedak busuk le jawap nya hehehe..

Akhir nya smpai ke rnr tp depa semua udah leboh lama nor nunggu gamaknya..
Ingat kan minum aje tp tuan punya Token dan Ah Leong menerkam nasi terus,udah lapo makan je kang x lalu ngayuh sape pulak ndak menunda smpai Sri Muda..

Azizi nampak nya koyak teruk sampai x boleh nak kayuh dan terpaksa member dtg ambil dengan motor,basikal terpaksa di pikul jangan sampai 'rebeh' bahu udah le ye jauh gak nak smpai Sri Muda 20km ada tu..
X kisah lah mission failed bg diri nya tp berani ngikut tu satu pencapaian yg baik dan beroleh pengalaman berharga lain masa cuba lg bila betul2 dah bersedia kita org ada apa gaduh ckap je bila..
Di rnr ni juga ada sorang Pak Aji sibuk nanya fixie John Labu macamana nak brek le dan macam2 lg minat benor nampak nya jangan dia balik nanti beli nya sbijik udah le,umur2 45thn ke atas x sesuai le takut menirap tengah jalan je,kalo org muda lain le cerita..

Makan udah minum udah bergerak le ke port terakhir dengan di payungi sinar matahari terik atas kepala..
Sebelum lupa terimakasih pada leong yg membelanja,kat Putrajaya dia juge kekadang segan gak dibuatnya..

Alhamdullilah akhir nya kami tiba di port dengan selamat nya,
Terimakasih buat semua yg sanggup cari penyakit bersama-sama,lain kali kayuh tempat lain pula..

Jarak kayuhan-80.35km
Average speed-24.0
Max speed-58.0
Mengikut meter 'Teman' je org lain x tau le dan pasti nya berbeza..

Setakat ini dpat karang berita panjang umur pasti bersua yg penting nya kita semua rajin membaca...

Terimakasih
Wassalam..

Sabtu, 24 Disember 2011

Token Corsa 3 sedia beraksi...

As'salam'mualaikum dan salam sejahtera..

Setelah menanti beberapa bulan akhir nya Token Corsa 3 telah berjaya siap sepenuh nya..

Tuan punya nya pasti berpuashati dengan pemilihan setiap part untuk menjadikan basikal ini sebagai aset terbaru dalam simpanan nya..

Selepas ini maka terpaksa lah membahagi masa untuk mengayuh antara mtb dan roadie..
Dengan berat sekitar 8.3-8.5kg antara teringan dlm kategori basikal alloy di antara kami pasti membuat kan member2 lain sedikit jeles...haha

Buat bro Baha,selamat menerjunkan diri di dalam arena road bike..

Wassalam..

Khamis, 24 November 2011

Kayuh cari penat ke PD..

As'salammualaikum dan salam sejahtera buat semua yg menyinggah di blog ini..

Pada tanggal 19-20hb nov 2011 yg lepas,geng2 Aku telah berjaya melakukan misi bertouring ke PD..
Idea asal nya daripada Helmi yg kebetulan telah mendapat cuti pada hari Sabtu dan Ahad tersebut lalu beliau memancing teman2 yg mana ada kelapangan..
Maka nak di jadi kan cerita Aku,Darren dan Minami Azmi telah tersangkut di pancing nya,manakala Amir dan Pyann telah terlucut dr pancingan nya kerana urusan kerja yg tak dapat di elak kan..

Pada hari Sabtu selepas minum kami bertolak dr Sri Muda melalui Kesas
menuju Bukit Tinggi dimana Darren sepatutnya menanti..
Agak lewat juga Darren tiba kerana beliau mencari tire tubular yg di pesan Minami tp tak ada di jual di Rodalink..
Alang2 seluk pekasam 'gamble' je lah berkayuh tanpa tayar spare untuk Minami,jangan jd apa2 pada tayar nya udah lah..

Perjalanan bermula agak lewat dan cuaca pulak ckup menyiksa kan tetapi itu antara asam garam bila bertouring demi mencari kepuasan diri..
Kalau tak silap kiraan 3 kali berenti akibat cuaca yg panas sebelum sampai ke Morib untuk rehat dan makan..
Kami terus kan perjalanan ke jeti yg menghubungkan Sg Pelek dan Tanjung Sepat tetapi sebelum tiba sempat juga lah merasa di kejar anjing di jalan ke Bagan Lalang..siot punya hanjing..
2,3 kali juga berhenti sebelum sampai ke tempat feri tu sebab Minami mengalami kecederaan selain dr kepanasan yg tak tertahan kan..
Feri yg digunakan rupa nya kelakar tp ia nya agak penting kepada org2 disana,tambang nya 50sen skali perjalanan,kalau pegi balik 80sen je,tiada tiket tp hanya melalui pengecaman wajah dia tau siapa yg byar pegi balik,hebat uncle tu..
Perjalanan ke seberang cuma 3-5 minit sahaja tetapi telah menjimatkan jarak sebanyak 10km jika berkayuh melalui Sepang..

Perjalanan di teruskan melalui Kg Chua,Kg Sg Nipah,Kg India,Bukit Pelanduk yg agak berbukit sedikit sepanjang perjalanan terdahulu flat sahaja jalan nya hingga sampai ke Lukut di mana The Guest Hotel menjadi tmpat bermalam kami..
Keseluruhan pengayuhan memakan masa 5 jam..
Setelah check in cdang nak terus ke pantai PD tp tak jadi sebab pasukan Malaysia akan melawan Myanmar separuh akhir sukan SEA maka mengadap tv lah ptg tu smpai perlawanan tamat.
Sokongan tak berbelah bg lah kata kan pada team Malaysia..

Pada malam nya br lah kami kayuh ke pantai tp sayang nya meter tinggal dibilik,jd pengiraan jarak kayuh setakat Sri Muda ke hotel di Lukut tu kurang 32km lg kalau tak silap..
Gambar pun tak dapat di snap kan keadaan keliling yg tak mengizinkan..

Pada hari Ahad selepas breakfast yg disediakan kami pun bergerak pulang..
Perjalanan pg ni sgguh menyeronok kan kerana cuaca yg redup dan kayuhan pun lebih pantas..
Bg menghadapi anjing kami telah bersiap sedia dengan batu dan botol minuman kaca yg di simpan khas untuk digunakan,baru smpai titi nak kejo kami,anjing2 tu 'mencacak ogit' lari kene baling..haha
Singgah Morib kene nasi lemak gerai awek yg Minami minati tapi harga nya 'potong leher' lah walau pun sejemput dua je juadah nya..

Ketika melalui Banting kami bertemu geng2 basikal yg menyertai 1001 Kayuhan Amal umno Kuala Langat..
Dari maklumat di terima lebih 1500 org menyertai kayuhan dr Sijangkang-Pantai Kelanang dengan jarak 80km pegi balik mengikut kata mereka..
Selepas meminta diri untuk bergerak lebih pantas ada seorg ahli Rela yg 'mengeskot' kami mngkin dia beranggapan kami pun menyertai kayuhan tersebut.
Pada setiap simpang dan lampu isyarat dia akan memberhenti kan kenderaan bg memberi laluan kepada kami..
Terimakasih 'aya' Rela berkenaan,jasamu ttap di kenang..hehe

Setelah melewati jambatan Banting Minami mengalami kecederaan semula dan terpaksa berehat seketika,2,3 kali juga kena berhenti disebab kan kecederaan nya itu..
Cuaca yg gelap akhirnya menurunkan hujan di Sijangkang tetapi kami tetap meneruskan perjalanan ke Sri Muda di dalam hujan lebat.
Masa yg diambil hanya 4 jam lebih pantas dr masa pegi semalam.
Syukur pada tuhan kami telah tiba dengan selamatnya..

Kepada Minami di ucap kan tahniah atas kejayaan mengikuti touring ini walau pun bdan sakit2 tp kepuasan nya tak dapat di nilai kan,tak gitu Mi..

Terimakasih pada yg membaca harap di panjangkan umur bertemu lg di coretan yg akan datang..
Wassalam..