Translate

Halaman

Ahad, 14 November 2010

Memperkenal kan kaki baru 'IMAM'...

As'salammualaikum..

Ape kabo semua?
Harap2 semua di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dan sentiasa dilindungi oleh Allah..

Wah dah agak bersawang blog ni setelah lama tidak di update kan..
Tiada banyak cerita2 menarik yg dapat di kongsikan..

Sebenarnya aku dan geng2 aku terutama nya Pokcik,Lokman dan Helmi masih berkayuh lagi pada tiap2 hujung minggu dan 2,3 minggu kebelangkangan ini aku kerap berkayuh mlm dari Sri Muda-Awan Besar-Sri Muda terutamanya bersama Hilmi..
Geng2 aku juge ada berkayuh melalui LKSA hingga ke Bukit Tinggi@Pendamar sebagai laluan baru yang bergerak terus dari taman Sri Muda supaya senang terus berkayuh tanpa perlu mengangkut basikal ke hulu ke hilir..

Dalam senyap2 ada org yg berminat untuk mengikut kami berkayuh.
Pada mula nya ingat kan sekadar saja2 bertanya rupa2 nya dia terus minta tolong beri kan pendapat basikal apa yg sesuai untuknya
Aku dan Helmi cadangkan ambil MTB je sebab pengendalian yg lebih mudah serta sesuai dengan umurnya...
Aku suruh ambil basikal murah2 je maka jenama Montana Elite menjadi pilihan beliau..

Pagi ini kali pertama beliau mengikut kami berkayuh maka sekitar Shah Alam lah menjadi pilihan sebabnya beliau masih baru lagi takut bawa jauh2 kepenatan maksimum pulak lngsung lain kali tak mau dah berkayuh,rugi je beli basikal..
Aku,Helmi,Puyau,Pokcik dan Lokman mengiringi kayuhan sulung Imam dipagi ini..

Kayuhan kami betul2 santai je pg ni sekadar mencari peluh 5,6 titik je..

Harap2 dengan kemunculan Imam ni maka ada lg le ahli2 surau yg berminat untuk berkayuh demi kesihatan yg lebih baik..

Hanya ini je yg dpat di update kan untuk kali ini..

Jumpe lagi di lain ketika..
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Selasa, 6 Julai 2010

Kayuh sambil merayau di Kuala Selangor..

Sabtu 03-july-2010

As'salam'mualaikum..

Ape kabar semua?semoga selamat dan di berkati Allah sepanjang masa..

Agak lame juge aku x meng'up- date' kan blog ni,bukan nya malas cume kebanyakan kawasan yg aku dan kengkawan aku kayuh telah aku ceritakan dalam tulisan2 yg lepas takut org menyampah lak nak baca,dah le blog ni x berape kerat je yg tgok..huhu

Seperti yg telah dijanjikan,aku,Helmi dan Pokcik telah berkumpul di Restoran Muneer seawal 7 pg..
Cuaca pg ni kurang memberangsangkan kerana hujan renyai2 serta langit yg gelap gelita menanti saat memuntahkan isi nya,akan tetapi cuaca bukan lah halangan untuk '3 selonggok' ni menjalankan misi yg telah di persetujui...
Setelah Pokcik menerima dompet dr wife nya kerana terlampau xcited nak berkayuh dompet pun leh tinggal,nanti di tahan Polis aku wat x kenal je br tau.,hehe..

Kami bermula kira2 jam 8pg.
Perjalanan pergi bermula dari Sri Muda-Gutrie Highway-Ijok-Kuala Selangor.
Perjalanan balik melalui Sg Buluh-Jeram-Kapar-Meru-Setia Alam-Sri Muda.
Hari ini jalan basah dan agak licin serta kenderaan yg bayak kerana ada kilang2 yg beroperasi 6 hari seminggu.
Kami juge berjumpe geng2 kayuh di Gutrie dan ada antaranya yg aku kenal seperti Zali serta Botak(nama sebenar x ingat sebab geng2 kayuhnya kebanyakan botak2 belaka)hehe,

Perjalanan xde masalah besar cuma tayar Pokcik 2x bocor..
Nasib le aku bawak 2 biji tiub kalo x kene panggil bini le ambik haha..

Sampai Kuala Selangor x cukup syarat ke kalo x panjat Bukit Melawati dan bergambar dengan meriam serta beramah mesra dengan lotong2 kat atas tu..
Sedar x sedar sampai azan Zohor baru kami turun...
Oh ye masa kat atas tu juge aku berjumpe rakan sekerja ku Shari yg melayan anaknya menaiki tramp..

Selepas tunai tanggungjawap,kami pun makan di Restoran Bagan yg berhampiran,sekali sekala kene kari ayam kg syok juga.

Lepas membuncitkan perut,kami gerak pulang kira2 jam 2.45ptg.
Cadangnya nak balik terus tetapi apabila melewati Jeram,aku terdengar suara sumbang mengajak singgah pantai Remis,aku on je..
Lepak dan bergambar lg..
4.05 ptg kami meneruskan perjalanan pulang..

Perjalanan kami menjangkau 135km dengan kelajuan average 22kmph dan memakan masa hampir 6 jam.

Setakat ini saje dapat aku catatkan dan aku harap aku dapat lg menulis dalam misi2 yg akan datang..

Jumpe lagi..


---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Sabtu, 3 Julai 2010

Sehari di Kuala Selangor..

Salam Sejahtera..

Agak lama aku x update blog ni kerana asyik lokasi n cerita yg hmpir sama je..

Hari ini aku,Helmi n Pokcik telah bersama-sama menjayakan kayuhan n lawatan ke tmpat2 menarik di Kuala Selangor..

Perjalanan kami bermula dr Sri Muda-Lebuhraya Gutrie-Ijok-K.Selangor dan balik melalui Jeram-Sg Buloh-Kapar-Meru-Setia Alam-Sri Muda.

Tepat 8.00 kami pun bergerak.
Perjalanan bermula dengan disertai hujan renyai2 serta jalan yg basah.
Nak tnggu hujan berhenti x tau bila jadi kitaorg main redah je..
Smpai di Gutrie x hujan plak..
Oh ye semasa kitaorg berkayuh rupanya ada org folow diam2 rupa nya sorang yg aku kenal tp nama x tau aku pnggil 'botak' sbb kbnyakan geng2 nya botak2 belaka.

Isnin, 17 Mei 2010

FW: Merida Pokcik menawan Gutrie..

- original message -
Subject: Merida Pokcik menawan Gutrie..
From: "atan sri muda" <atr_0424@yahoo.com.my>
Date: 16/05/2010 13:10

Salam 1 Malaysia...

Seperti yg telah dijanjikan pg ni kami akan berkayuh ke Gutrie bersama Merida br Pokcik..

Aku bgun dlam 6.50pg agak lewat ckit..
Jam 7.30 Lokman dah col bagitau dah nak mula gerak tp aku masih x nmpak di mamak.
Aku bgtau aku tggu jalan besar tp sblum tu aku singgah Shell beli air Gatorade dulu dan power bar versi aku..

Pg ni aku tgok ramai pengayuh2 di Gutrie,ada yg siap ber'escort',ada yg berkumpulan,ada yg solo,ada yg mtb ada yg rb,ada yg tua,muda dan wanita(aweks) pun ada..phewittt
Pendek kata ari ni aku rasa ckup meriah, dngan pengayuh2 yg semakin bertambah..

Pengayuh dari Bukit Jelutong yg paling ramai,ada juge dr Bukit Subang,Shah Alam dan aku sempat berkenalan dngan pengayuh dr Saujana yg br 2 bulan menceburi bidang pembasikalan ni..
Kami berhenti rehat di rnr menghala ke kl..

Sedang baik punye rilex dtg le seorang pengayuh memakir basikal willier dihadapan bsikal pokcik..
Set campagnolo chorus menghiasi willier tersebut dan diserikan dengan rim fulcrum,ni dah kira basikal mahal ni.
Owner nya trus menuju kearah kami dan Lokman tanpa segan silu mempelawa utk lepak skali,
Aku tgok org nya agak berumur mgkin dalam 50-55 melalui andaian aku..
Beliau memperkenalkan diri sbgai Shah org Sarawak..
Rupanya dia berkayuh dari TTDI KL ke Gutrie ni seorang diri..
Dahsyat juge otai ni,dan melalui perbualan seterusnya aku dapati dia ni seorang doktor dan skarang menjadi konsultan..
Aku masih x puas hati dngan bab umur sbenarnya abg Shah ni dan bila dia kata umurnya 67tahun aku amat kagum dengan beliau..
Dngan meniti usia emas Dr Shah masih aktif beraktiviti sebegini..
Sebelum uncle Shah gerak pulang smpat le bergambar bersama-sama sbgai kenangan dan kekaguman kami kepada beliau, bole jadi idola ni..

Setelah segar kembali dan air di tambah perjalanan pulang harus di teruskan.
Lokman laju je kayuh blik ni..
Sedang aku dan Helmi bersaing Helmi dpat col dr Pokcik yg Merida nya telah pancit kat blakang dan kami terus melawan arus untuk membantu pokcik menukar tiub,maklum le pokcik xde alat2 nak tukar tiub..
Dngan sdkit usaha akhirnya Merida dpat meneruskan perjalanan pulang..

Prestasi Merida agak memuaskan cume masih perlu lg latihan dngan jarak yg sesuai supaya x mudah letih serta kepenatan..
Selain itu pengendalian gear pun kene ditingkatkan dan lepas tu mgkin bole lebih pantas dan power dr kami atau dngan erti kata lain makan asap le kitaorg nanti..

Buat pokcik jangan serik training dan jangan lupe adjust handset btul2 supaya gambo ditangkap x hilang lg haha
Semasa minum setelah smpai td pokcik mencadangkan untuk ke Gutrie lg minggu dpan kerana teruja dngan cabaran dan kemeriahan disana.
Kepada member2 yg x dpat ikut td minggu dpan dpat le folo kitaòrg kalo ada masa dan kalo ada bran le..

Ckup stakat ni coretan aku kali ini...

Jumaat, 14 Mei 2010

ibu jari terangkat untuk pokcik...

Salam sejahtera..

Rabu
12/05/2010

Hari ini keje seperti biase tiada yg menarik pun melain kan keje keje keje selagi aku terdaya...
Keje ari ni dipenuhi maki hamun je sbb produk x jadi paper asik putus memanjang sehingga target yg di tetapkan pun x dpat2 lagi,

Sedang dok melayan panas hati tu msej berbunyi..
Aku pun menyorok blakang mesin utk tgok sape yg antar bkan ape takut di nmpak dek Jepun yg berkeliaran mencari salah dan yg melayu pun lebih kurang sama bkan nak minta tolong naik kan gaji tp asik mencari salah org je(opps teremosi lak aku)..
Rupa2 member aku Helmi yg antar MMS,gambar Pokcik sdang memegang sbijik roadie..
Argh apa nak di pelik kan Pokcik biase le mensurvey dr sebuah kedai ke sebuah kdai yg lain TETAPI sangkaan aku meleset apabila terbaca ayat dibwh gmbor tu,'DAH CONFOM'
Serta merta keterujaan menjelma mengatasi kepenatan dan kepanasan menyambung paper dlm oven td..
Yes yes yes akhirnya Pokcik teracun jua..

Dikesempatan ini aku mengucapkan tahniah kepada Helmi yg x jemu2 meracun,diri aku sndri yg x abis2 membakor dan Lokman yg x letih2 me war2 kan tentang model2 basikal2 mahal..
Akhirnya Pokcik melangkah ke alam roadie dan mgkin akan berkayuh kembali bersama kitaorang kalo x asik kayuh sorang je,bkan x bole cume ape2 hal payah x de kawan ndak nolong..

Kepada Pokcik slamat dtg ke arena roadie dan harap2 pojek yg dirancang dpat di laksanakan bersama nanti..

Kepada group aku nantikan kemunculan Merida merah hitam modèl road race 903 bersaiz 48 dan bersetkan Tiagra(walaupun x berpuluh ribu harganya)beraktiviti sihat bersama kita semula..

Thumb Up Pokcik..

Jumpe lg cau cin cau..

Jumaat, 23 April 2010

Kayuh malam ke I-City..

- original message -
Kayuh malam ke I-City..

Salam sejahtera..


rabu-14/04/2010

Hari ini keje keras dikilang..
Target x achieve lg ni terpaksa lah aku ngan geng2 memerah tenaga untuk mencapai target yg ditetapkan oleh bos..

Sedang tunggang langgang bekerja tepon aku menyalak-nyalak mengngaborkan ada mesej msuk,'Lokman ajak kayuh malam ni' pendek je msj nya dari Yan(Helmi).
Aku blik kul 9 kataku tp drang snggup tggu..
Nmpaknya ndak x ndak terpaksa lah aku 'mengauk kan'..
Sampai depan umah depa dah siap tggu dah,dan aku pun dngan x mandi nya trus sarung jersey alamat ada le bau kambing gurun sepanjang jalan ni kang..
'moh nengok lampu kat I-City kata Yan..'moh lerah' spontan je aku jawap maka dngan bismillah kami pun membelah malam..

Sepanjang perjalanan Lokman jadi tukang tarik laju je mamat ni mgkin rmbut bru potong, tu yg laju tu..hehe
Setengah perjalanan aku dah rasa macam nak 'tumpo' dah, mane ada kayuh last skali ahad aritu pas2 ot je..
Tp aku kuat kan smangat dan akhirnya smpai le kami di I-City yang terang benderang,pehh lega n penuh kekaguman aku pada keindahan cahaya di malam yg gelita..
Apa lagi aku snap le gambo pkai hpon chap ayam aku ni dan ada aku paparkan di sini..

Ramai org yg datang x kira bangsa melawat serta mengambil gmbr disini.
Setelah puas melayan mata kami pun gerak blik tp singgah mamak dulu untuk membasah kan tekak..
Jam 1.15 smpai Sri Muda.

jumpe lg di lain ketika..