Translate

Halaman

Isnin, 26 Mac 2012

Hospital JHEOA-Genting Sempah-Bentong bersama jersey baru...

Salam sejahtera,

Minggu lpas recce jalan minggu ni terus jadi pojek kayuhan Genting Sempah-Bentong express betul derang..
Memandangkan jersey dah siap kayuh pg ni bergaya lah nampak nya..

Gerak dr port 6.15 disertai 10 org pengayuh dan seorg jurufoto merangkap support car iaitu saudara Fauzi..
Sampai hospital JHEOA jam 7.30++ terus salin pakaian dan memasang bahagian2 bsikal yg di tanggal sebelum nya untuk di muat kan ke dlm kereta semasa dtg td..

Sebelum start heboh pulak mencari tmpat membuang bila dah jumpa,bib menjadi pelambat proses pembuangan pulak(aduhai ada2 aje)..
Oleh kerana ramai pengayuhw lain dah berpusu-pusu naik,5 org dr geng UGCC x sabo lg sbb kaki dah merenyam-renyam lalu terus mula mengayuh tinggal lah aku dan amir yg setia menanti depa yg masih dlm tmpt pembuangan..

Perjalanan bermula,rilex je awal nya tp selepas 1 km dah mule berat dan semakin memberat terpaksa le menggunakan segala skil yg ada..
Ramai juga le pengayuh2 yg mula lebih awal berjaya di tapau tp geng UGCC yg gerak awal punggung pun x nampak lngsung bukan main pulun depa..
Akhir nya berhenti selepas roundbout Genting Sempah menanti Azam dan Darren yg belum tiba lg disamping sessi bergambor yg akan diadakan setelah semua nya berkumpul..

Lepas aje group foto perjalanan diteruskan ke Bentong kali ni agak rilex kerana menurun sesaja jd usah di kenang berdezup semua nya hilang,'awak' jugak le terkontang kanting sesorang kat belakang,sweeper terpaksa le berkorban..
Jalan ke Bentong banyak yg rosak dan berlubang,anjing pun bnyak dan monyet pun sibuk melepak sampai ke tengah jalan..
Separuh perjalanan br lah dpat tangkap Minami dan Azam lalu kayuh bersama hingga singgah mamak Bentong untuk ngisi perut(kul 10 dah melahap nasik)..
Lepas makan dan berehat dlm 45minit perjalanan balik pun bermula..

Sampai pertengahan jalan,berhenti air terjun untuk berendam sape punye idea pun x tau tp syok juga bdan merasa air sejuk,segor rasa nya badan..
Macam2 fesyen dpat dilihat bila otai2 berkubang,pecah perut nengok nya hehehe..
Lepas berendam terus kayuh sbb pendakian masih byk,perjalanan ke genting Sempah dah ramai yg mula koyak..

Berkumpul semula berdekatan roundbout Genting Sempah byk cerita yg di dengar,ada yg pening,ada yg krem,ada yg jatuh,ada di kejor anjing dan paling best ada yg sampai bertuam pakai teh ais hahaha..

Cabaran seterus nya mendaki bukit kejam nama jolokan yg diberi BB walau pun pendek tp dr 10 pengayuh 6 org terpaksa menolak tp time turun semua x ingat bukan main 'tabuh' lg dlm 15 minit dah sampai tempat parking kereta..

Keseluruhan perjalanan pegi balik sejauh 96.52km dengan laluan berkanopi serta pemandangan semulajadi yg menarik memungkin kan geng UGCC berkayuh lg disini jadi kepada member2 yg tertinggal harap boleh lah menjoin kan diri nanti..

Terima kasih pada ahli2 turut serta insya'allah 31hb/mac/2012 kita masuk race pula..

Terima kasih jumpe lg di lain cerita..

Selasa, 20 Mac 2012

Meninjau laluan dari Genting Sempah ke Bentong...

Selepas abis kayuhan di Usj 15 aku dan Mas di pelawa untuk meninjau laluan ke Genting Sempah hingga ke Bentong,mgkin nanti ada aktiviti kayuhan untuk ke sana kot..

Kami turut melalui kawasan kemalangan melibat kan ahli kelab lumba basikal Le Tua di kilometer 20.2 Jalan LingkaranTengah 2(MRR2) yg berlaku awal pg yg sama hingga mengorbankan nya..
Al-fatihah untuk allahyarham Rafizi Hamdan..

Kebiasaan nya kaki basikal akan parking berhampiran Hospital JHEOA sebelum mula kan kayuhan mendaki terus menerus hingga ke McDonald Genting Sempah selepas itu perjalanan menurun pulak hingga ke Bentong..
Sampai Bentong sempat pekena nasi pulak depa ni..layan
Perjalanan balik dr Bentong kene mendaki dulu hingga Genting Sempah pastu br le menurun sampai ke Hospital JHEOA..
Puncak tertinggi adalah 675 meter sahaja..

Kalau jadi kayuhan kesana kene alert dngan keadaan jalan yg berselekoh tajam dan kenderaan yg turun naik serta pokok2 hutan terutama nya buloh2 yg berjuntai kalo hinggap kat muka atau badan semasa turun pedih yop..

Jadi kepada geng2 UGCC siap sedia lah mana tau ada perancangan ke sana yer tapi buat yg hati besor je lah.

Isnin, 19 Mac 2012

Kayuhan 1 Malaysia 2012 USJ 15..

As'salam'mualaikum dan salam sejahtera...

Pg ni aku dan Puyau yg sanggup bangkit awai ndak ngejorkan pendaftaran Kayuhan 1 Malaysia yg bermula dr 6.30-7.30pg bertempat
di sekolah wawasan USJ 15..
Geng2 yg lain ada aktiviti memasing jd x payah kaco lah deme tu..

Seawal kul 7 dah mula kayuh,enjot lelaju smpai lampu isyarat Submit tersilap masuk ke ss15 jenuh pulak nak pusing balik dan melintas jalan yg sibuk..
Smpai di tempat pendaftaran jam dah melewati 7.30 nasib baik boleh daftar lg(agak nya depa kesian nengok kami yg udah berpeluh sakan)..
X lama kemudian Mas pun smpai dan turut mendaftar,wah berkilat rim depan baru nya yg berharga rm600,'selesai masalah selesai duit' katanya..
Apa nak buat ada rim tinggai2 kan jd terpaksa le rabak kan poket kalo x basikal x berjalan..

Peserta pg ni x ramai sngat dlm 200++ org ada lah gamak nya mgkin bertindih dengan event di tmpt lain contoh nya di Shah Alam sendiri ia itu Kayuhan Sinar Pagi anjuran MBSA..

Selepas ucapan VIP yg di jemput,perlepasan kayuhan di laku kan melalui sekitar USJ,Bukit Lancung,Kg Tengah dan kembali semula ke tapak permulaan di USJ 15..
Perjalanan lancar dan teratur dlm jarak 29-30km..
Sessi bergambar sebelum cabutan bertuah turut diadakan..
Pg ni kesemua pengayuh UGCC seramai 5 org (termasuk Annuar&anak nya)telah bernasib baik memenangi hadiah2 yg di tawar kan (3 hamper,1 botol air Giant dan 1 phone/gps holder)..
Alhamdullilah..
Habis acara cabutan bertuah ingat nak balik rupa nya penganjur ada menyedia kan makanan,kami ni yg mmg lapar terus memenuh kan perut dengan hidangan yg di sedia kan..

'Thumb up' untuk penganjur yg berjaya menjadi kan kayuhan ini antara yg terbaik dr aspek kawalan keselamatan yg ketat dr pihak Polis,Marsall2 serta anggota MPSJ yg berjaya mengawal lalu lintas dngan begitu sempurna,makanan yg sedap dan layanan yg baik dr pihak penganjur,ribuan terima kasih kami ucap kan dan kalau ada penganjuran di lain kali jemput2 lah geng2 UG CYCLING CLUB berkayuh lg..

Terima kasih!!

Khamis, 8 Mac 2012

Bertukar angin ke Morib dan Pulau Carey mencari pengalaman baru...

Salam ceria dan salam sejahtera semua..
Selalu kayuh arah ke Rawang kali ni ubah angin kayuh flat road ke Morib dan Pulau Carey..
Dengar flat road cam sdap je bunyi nya tp angin laut yg kencang boleh membikin semput dan kayuh jalan rata akan membuat kaki 'non stop' sepanjang masa,siksa juga lah senang cerita...
Setelah di bincang dlm page UGCC maka pagi ini aktiviti dpt di jalan kan selepas cabaran bro baha mendapat sambutan dr rider2 tetap yg berani mencuba laluan ini..
Oleh kerana jarak agak jauh kayuhan di mula kan awal sedikit dr biase iaitu jam 7.30pg sharp..

BB,,PUYAU,MAS,AMIR,MINAMI dan aku sendiri yg jd pengayuh, sementara Pojie ikut sbb memenuhi hobi DSLR nya selain menjadi support car x rasmi kami,ok gak attendance,ingat keletah ngomen je depa2 ni tp mau jua ikut serta mgkin tercabar dngan kata2 BB dlm page UGCC gamak nya..

Perjalanan pegi dr Sri Muda-Kesas-Taman Botanic hingga ke Morib berjalan lancar berkemungkinan cuaca masih redup dan kaki tngah fresh lg,jam 9.45pg kami dah sampai ke distinasi..
Pagi minggu pantai Morib org sentiasa ramai,terjumpe mat saleh dr Canada yg kayuh keliling dunia..
Lama jugak le membelek basikal dan bertanya pengalaman nya yg telah menghabiskan setahun setengah memenuhi impian tersebut bermula dr Peranchis hingga ke Malaysia dari badan yg Xl kini dah jadi M@S dari manager syarikat kepada org x bekerja,banyak pengorbanan kene di laku kan dan perlu ketahanan mental yg tinggi(setiap hari kayuh 100km tu)..
Sempat juge dia merasa pau@'dumpling' versi Malaysia yg tergantung dibasikal Minami sejak bermula kayuh dr Shah Alam lg,serta mencuba dan memberi komen basikal proton Amir yg kata nya stiff dan cantik serta murah.
Sempat lah begambor sesikit dengan mereka..
Pasangan Canada itu turut memuji org2 MALAYSIA yang friendly dan mudah membantu, antara yg terbaik dikalangan negara2 yg telah mereka lewati..
Di ketika ini juga bertemu seorg rider BCC bernama 'A wie' dan turut minum sekali selepas pasangan touring Canada teruskan kayuhan ke PD..
Terdapat juga group2 dari Bangi yg turut menjadikan Morib sbgai tmpat persinggahan kayuhan mereka..
Lama masa dihabiskan disini(lebih 1 jam) sebelum perjalanan di terus kan melalui laluan tepi pantai Kelanang yg di ketuai 'A wie' BCC yg sukarela menjadi guide kami,terimakasih kepada nya yg membantu hingga ke TUDM.. Selepas tukar tiub Puyau dan menikmati makan tngahari di Sg Buaya perjalanan menghala Pulau Carey di teruskan..
Semasa memasuki pulau Carey kami di hidang kan jambatan baru yg boleh tahan juga tinggi nya tp x lah membeban kan sngat semua boleh lepas x tau le Minami yg tertinggal di belakang,di jalan pulau Carey ni br keupayaan btul2 teruji dngan mengayuh menentang angin laut yg kuat,speed dari 33+kmpj drop sampai 22-25kmpj walaupun jarak hanya 15km je hingga ke penghujung nya dimana terdapat penjualan ikan segar yg br di darat kan dan aktiviti nelayan pantai..
Sampai saja terus mencari air tin yg dijual bg melegakan kehausan, x lama selepas itu Pojie pun smpai bersama Minami yg rupe2nya telah jatuh pitam sebelum menaiki jambatan Pulau Carey,nasib baik lah Pojie ada kalo x,x tau nak wat camner..

1:45 ptg bermula perjalanan pulang walaupun masih ada rintangan angin tp x le sekuat semasa msuk td,boleh lah cecah 30kmpj dan ke atas ckit..
Ketika menghala ke Telok Panglima Garang hari dah makin gelap dan apabila sampai je Sijangkang mencurah turun hujan di tambah angin yg kuat terpaksa nyinggah bus stop,x lama kemudian Pojie tiba kali ini penambahan seorg lagi 'pasengger' Mas yg td nya kami tinggal kan sbb hendak membuang kumbahan..
Setelah soal siasat dijalankan rupa2 nya tayar bocor x jauh dr tmpat mancut nya td nak kejor blik agak jauh tertinggal lalu menaiki kereta hingga tmpt kami berteduh..
Pengepaman angin tayar dibuat sbb selepas hujan berhenti dia akan ikut kayuh semula..
Ketika ingin memasang semula rim ke basikal nya baru disedari rim depan tiada didlm kereta lalu bergegas pegi semula ke Pulau Carey untuk mencari rim tersebut..

Nak tnggu hujan berhenti sampai mlm jawab nya jd terpaksa meredah untuk segera tiba ke Sri Muda..
Sampai 'pot' yg naik kereta pun masih x tiba..
Dlm cuaca hujan2 ni perut lapor sesaje,perlu sumbat dulu sementara menantikan kehadiran mereka..
Seperti yg diduga mmg x jumpa rim nya,apa nak kata kene redho je,ada rezeki beli yg lain..
Jarak x jauh mana dlm 140km tp mula 7.30pg smpai 4.30ptg menyudah kan nya..

Ada beberapa perkara kene perbetul di kayuhan seterus nya..
-mula tepat masa
-yg tertinggal kejar dan jumpa tmpt ditetapkan
-sarapan pg dngan kuantiti yg betul
-beritau kengkawan jika menghadapi masalah ketika sedang berkayuh
-jika melaku kan sebarang penggantian/'pengejasan' harus peka keadaan skeliling serta barangan dikumpul di tmpt berdekatan
-bawa penambah tenaga seperti power gel/bar
-krim/minyak panas dan spray utk sebarang kemungkinan kecederaan

Di akhiri ribuan terima kasih dan jumpa lg di lain masa..

Wa'salam