Translate

Halaman

Selasa, 20 Mac 2012

Meninjau laluan dari Genting Sempah ke Bentong...

Selepas abis kayuhan di Usj 15 aku dan Mas di pelawa untuk meninjau laluan ke Genting Sempah hingga ke Bentong,mgkin nanti ada aktiviti kayuhan untuk ke sana kot..

Kami turut melalui kawasan kemalangan melibat kan ahli kelab lumba basikal Le Tua di kilometer 20.2 Jalan LingkaranTengah 2(MRR2) yg berlaku awal pg yg sama hingga mengorbankan nya..
Al-fatihah untuk allahyarham Rafizi Hamdan..

Kebiasaan nya kaki basikal akan parking berhampiran Hospital JHEOA sebelum mula kan kayuhan mendaki terus menerus hingga ke McDonald Genting Sempah selepas itu perjalanan menurun pulak hingga ke Bentong..
Sampai Bentong sempat pekena nasi pulak depa ni..layan
Perjalanan balik dr Bentong kene mendaki dulu hingga Genting Sempah pastu br le menurun sampai ke Hospital JHEOA..
Puncak tertinggi adalah 675 meter sahaja..

Kalau jadi kayuhan kesana kene alert dngan keadaan jalan yg berselekoh tajam dan kenderaan yg turun naik serta pokok2 hutan terutama nya buloh2 yg berjuntai kalo hinggap kat muka atau badan semasa turun pedih yop..

Jadi kepada geng2 UGCC siap sedia lah mana tau ada perancangan ke sana yer tapi buat yg hati besor je lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan