Translate

Halaman

Ahad, 5 Jun 2011

Kayuhan Sempena Perasmian Kelab Basikal Shah Alam..

As'salam'mualaikum..
Ahad 5hb-jun-2011

Beberapa hari yg lepas Pak Imam ada tag ke fb aku tentang acara perasmian Kelab Basikal Shah Alam pada hari ini.
Katanya dari web resmi MBSA yg dilayari nya,mungkin nak tengok benda lain dapat benda lain yg juga antara minatnya lalu abis le kengkawan semua di kaborkan nya...
Bagus gak tu boleh gak kitaorg tumpang 'tuie' sekali mana2 acara yg dianjurkan pihak berkuasa tempatan yg berhampiran..
Setelah perbincangan di buat geng2 aku pun bersetuju untuk memeriah kan acara berkenaan walau pun tidak dijemput secara rasminya(buat sardin je le)..

Pagi ni cuaca mendung semacam je.
Dah dekat 7.30 baru aku keluar ke restoran mamak tapi hanya Pak Imam je yg ada,'hat' lain 'sekor' pun tak muncul2 lg..
Puyau dan Yus muncul 5 minit lepas aku siap meng'order' air..
Dalam ralit2 nyembang aku terima sms dari Helmi menyuruh bergerak dulu kerana dia baru je memula kan perjalanan balik setelah habis kerja malam,waktu ketika itu telah menunjuk kan jam 7.36 pagi sedang kan acara bermula 8.00 pagi..

Kira2 jam 8.00 baru lah mula bergerak ke tapak permulaan setelah Hilmi sampai,aku dah berkira-kira nak ngajak ke Gutrie je jika masa sampai ke Extreme Park seksyen 13 tempat kayuhan bermula dah lenggang..
Pak Imam yg asal nya ingin menyertai tiba2 menghilangkan diri entah kemana,begitu juga Lokman yg tak menjawab sms,maka tinggal lah aku,Puyau,Hilmi dan Yus meneruskan kayuhan..

Aku sebenarnya tak berharap sangat sebab dah lambat tetapi semasa melalui section 20 dari jauh kelihatan lampu siren Polis berkelip-kelip dan bila telah hampir rupa2 nya pengayuh2 turut melalui kawasan berkenaan..
Kami pun melintas jalan dan mula mengejar sehingga dapat menyertai kumpulan kayuhan tersebut..
Terimakasih kepada seorang marshall bermotor yg menanti dan mengiringi kami..

Kayuhan ini disertai oleh berbagai jenis basikal seperti mtb,road bike,fixie,tandeem bike serta pengayuh2 dari segala peringkat usia,jantina dan bangsa..
Kelihatan ahli kelab Pujmac serta geng2 Andalas dan geng2 section 7 turut menyertai kayuhan ini..
Ada juga muka2 yg aku kenal seperti Syami,Abg Wahid,Abg Faisal serta adik2 dari section 7 yg aku jumpa di kedai CMS semalam..

Kayuhan meliputi dari Extreme Park section 13 -section 15-section 21-section 20-section 19-section 18-section 17-section 16-section 2-section 7-section 6 dan berakhir di taman section 4 mengikut anggaran aku le sebab aku join pun dah kat section 20..
Jarak kayuhan di dalam lingkungan 20-25km serta berkelajuan 20km sejam..

Selain acara berbasikal acara melukis/mewarna bagi kanak2,menanam pokok turut diadakan,gerai menjual basikal dan alat ganti basikal turut kelihatan..
Pihak pengganjur menyediakan goodie bag,minuman 100plus,makanan(mee goreng,ayam goreng,kueh keria) dan minuman kopi panas untuk peserta yg menyertai kayuhan pg ni..
Lucky draw pun ada tetapi agak lewat diadakan jadi tak lalu le ndak nunggu nya..
Turut kelihatan wartawan dan juru kamera berada disini tak tau le kot2 masuk tv ke akhbar mana2 nanti..
Aku juga berkesempatan berjumpa pakcik Saharudin Jaafar yang bertindak sebagai penasihat kayuhan ini..
Kesihatan beliau bertambah baik dan cukup bersemangat bila bercerita tentang acara berbasikal ni maklum lah beliau pun bekas pelumba negara di era 60an dahulu jadi kecintaan beliau dlm arena berbasikal ini tidak pernah padam..

Akhir kata ribuan terima kasih di ucapkan kepada MBSA yang menjayakan acara ini..
Di harap program ini dapat diteruskan di masa akan datang dan tidak menjadi seperti Montly nite ride yg pernah diadakan dahulu dan menghilang tanpa khabar berita..
Oh ye aku juga mendapat flyers tentang acara kayuhan seterusnya anjuran MBSA iaitu 'Ayuh Kayuh ke Morib' pada 17hb& 18hb-june-2011 ini tapi yuran nya agak mahal sebanyak rm 100 sorang siap makan minun serta khemah sekali..
Memandangkan acara diadakan dipertengahan bulan di mana poket dalam keadaan senak, aku serta geng2 kemungkinan besar tidak dapat menyertai nya..

Setakat ini yg dapat di ceritakan dan maaf kerana agak terlewat artikel ini untuk di terbitkan dari hari sebenar kayuhan diadakan..

Wassalam... Sent using a Sony Ericsson mobile phone