Translate

Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

Putrajaya Inter Park Ride(MBR) 2012..

As'salam'mualaikum,
salam sejahtera untuk semua..
Harap semua nya sihat2 belaka..

Pipr ni dah lama dengar tp pg ni lah wat pertama kali nya turut serta,lebih2 lg nak di catat kan di dlm Malaysia Books of Record,semangat nya lain sikit untuk turut menyertai mana le tau dpt keluor tv..

Seawal 4.00 pg dah kena bngun sebab nak gerak dlm kul 5 seperti mana yg di janji kan bersama geng2 UGCC yg lain..
Agak beruntung pg ni ada van Puyau yg dpt di guna utk membawa basikal sementara kereta Azam untuk bawa rider2 nya..
Seperti biasa tnggu semua ahli2 tiba kul 5.30 br gerak ke Putrajaya dan parking kereta di presint 9..
Bagi event ini seramai 15 org pengayuh dr UGCC telah turut serta..

Sampai tmpat perlepasan org dah ramai berkerumun..
Pendaftaran dan pemberian baju menjadi kecoh kerana peserta x mengikut barisan dan berebut-rebut bg mendapatkan baju berkenaan..
Alangkah baik nya jika penganjur memberi terus baju semasa sessi pendaftaran bg mengelak kan penipuan sbb attitude org Malaysia ni lain,x cukup 1 abis saudara mara nak di kasi nya pada hal ada yg mendaftar x dapat pun baju sbb dah kehabisan,nasib baik msuk percuma kalo berbayor mau khemah kene bakor..

Peserta di lepaskan kira2 jam 8.30pg,nak nunggu org abis jalan macam x abis2 jd nyelit2 gak diantara mereka ketika keadaan agak lengang..
Perjalanan sejauh 35km meliputi jalan2 on road dan off road hingga ada geng2 UGCC yg bawa road bike x sanggup nak ikut laluan asal takut tayar pancit atau meletup lalu masuk ke jalan besar dan kene ikut laluan jauh,alhamdullilah semua selamat sbb penganjur x bertanggungjawab jika ikut jln lain dan semua nya atas risiko sndiri..
Smpai pit stop akhir yg tinggal hanya roti dan sijil sahaja sementara air kotak semua dah 'licin takor',mana x nya benda x berjaga sorang se kartun depa ngangkut nya x ingat org blakang dah(benda free le katakan)..aduhai
Di sini juga di umum kan penyertaan peserta ada lah seramai 3072, tercapai lah gamaknya matlamat dia orang(penganjur).

Setelah smpai di tmpat parking kereta sebahagian dr ahli2 UGCC terus gerak balik sementara Bro Baha bersama beberapa org lg pegi sambung layan PCP sbb masih x puas berkayuh lg,tegar betul depa2 ni..

Smpai Sri Muda terus cari nasik dan kemudian melepak kedai uncle dan di masa itu dtg seseorg dr syarikat 'air power' menawar kan penajaan kepada team UGCC..
Org kata rezeki jangan di tolak tp benda2 macam ni perlu diperhalusi cara terperinci..

Maklumat lanjut tentang penajaan berkenaan akan di ceritakan di lain kali tp td sempat gak lah merasa 'air power' keluaran syarikat berkenaan,ala2 Red bull perisa nya sesuai untuk memberi tenaga tambahan ketika berkayuh..

Cukup setakat ini sahaja laporan yg dapat di sampai kan..

Terimakasih dan wassalam..

Ahad, 19 Februari 2012

Kayuhan Mega Hot.fm

As'salam'mualaikum salam ceria,salam bahagia,salam sejahtera buat pembaca2,yg tetap atau pun yg x sengaja tersinggah di blog ini..

Kali ini teman nak 'melabun' tentang kayuhan mega yg di anjurkan oleh Hot.fm,antara saluran tersohor yg punye ramai penggemar2 serta pendengar2 setianya..

19-02-2012
Jam 6 pg udah terjaga dikejutkan alarm hpon di kiri kanan kepala.mandi dan buat yg mana utama,sarung jersey baru ngisah kan member2 udah bangun ke belum gamak nya depa..
Mesej kengkawan tnggu kengkawan kul 7.30 gak br mula ngayuh ke extreme park seksyen 13 di mana menjadi tmpat pengumpulan serta permulaan dan pengakhiran kayuhan ini diadakan..

Ingat kan x ramai le org sbb depan lorong masuk agak lengang,bila belok ke dalam dah penuh org, sampai nak daftar pun skit punye payah,siap ada yg datang sjak mlm td lg,usah le kata nak dpt baju yg hanya 200 helai tu nak dpt plastik bngkus nya pun x mandang,nampak nya idak le dpt bergaye ngan bj Hot.fm pg ni,x ngape xde rejeki dpat kayuh pun jadi ler..
Di Extreme Park ni juga dpt kumpul dngan semua geng2 UGCC yg lain yg kebanyakan nya membawa keluarga masing2,meriah sungguh suasana di samping celoteh Kiran yg semua dah tau kepoweran nya..

Sebelum bermula sessi bersenam atau memanaskan badan diadakan tp mandangkan awk dtg dah ngayuh apa lg ndak diregangkan pakat2 berlonggok masing2 capai rokok,lepas bersenam ala2 org nak bertumbuk,doa pun dibaca,pelepasan di laku kan di ketuai oleh Dj2 Hot.fm yg turut mengayuh sama seperti Faizal dan Usop Welcha yg teman tau tp yg lelain x berape ndak kenai sngat sbb banyak muka2 baru nama deme pun x tau..
Kayuhan hanya di sekitar shah alam dngan jarak 13.5km sahaja..
Jd lah untuk recovery ride sbb dah blasah yg jauh semalam bersama beberapa org geng UGCC yg turut hadir lg pg ni...

Ramai yg tergolek pg ni mgkin faktor jalan licin lepas ujan,mungkin faktor kurang pengalaman menyertai kayuhan reramai seperti ini dan mungkin faktor budak2 fixie sbb bnyak nor teman dengor org menyalah kan geng2 fixie..

Mgkin ada mat2 fixie yg marah tp cara dia org berkayuh dan kebanyakan yg tiada penggunaan brek berkabel mmg memuncakan byk masalah...
Contoh mudah nya bila mencilok-cilok x tentu arah dan semasa membrek secara skidding tiba2 menyebabkan org belakang terlanggar mereka kerana secara sedar atau tidak tayar basikal nya telah memasuki laluan org sebelah atau pun di belakang...
Kekurangan disiplin pun ketara at least pkai le helmet selain untuk bergaye,keselamatan kepala pun agak terjamin dan dpat membezakan dngan org Bangladesh,Vietnam,Nepal,Pakistan yg kayuh nak pegi koje...

Teman tulis lebih2 kang ada yg terasa tp cuba le contohi geng Fixie yg berdisiplin siap baju,seluar,helmet dan kasut br lah nampak bergaye dan selamat,ni harap beg sandang je melintang-lintang tp kayuh lintang pukang..
Kalo nak tunjuk skil pun jangan ditengah2 kelompok kayuhan buat di masa yg lain yg sesuai x mengganggu keseronokan pengayuh2 yg lain..
Kalo rasa tulisan teman mengganggu emosi mat2 fixie teman minta maaf lah bukan nak kutuk dan menggata cume nak nasihat2 kan sahaja sbb dlm group UGCC ada juga yg pakai fixie tp disiplin dia cukup baik dan boleh di puji,ajak ke mana pun jadi 100-200km tiap ujung minggu cukup suka tp sayang 13km krem pulak dia mgkin jarak pendek sngat kot..

Tamat kayuhan tggu pulak lucky draw tp seperti biasa teman mmg memanjang x bernasib baik nya,nasib jugak isteri Annuar sangkut sebiji Ipod Nano jenuh boleh dengor lagu dan yg penting geng UGCC xde pulang dngan tangan kosong.
Masa nak gerak ke kedai mamak lepak pulak dngan Wak Jan yg berkenan nengok basikal touring Helmi,lama jugak sessi Q&A nya..

Lepak mamak dlm 30 minit dan terus kayuh balik ke Sri Muda...
Alhamdullilah walau bnyk eksiden geng UGCC sorang pun x terlibat dan semua smpai ke destinasi dngan selamat..

Sehingga kita bertemu lg di Putrajaya Inter Park Ride(26-02-12) nanti diharapkan semua nya dpat menjaga kesihatan diri maklum sahaja cuaca x menentu buat masa kini kejap panas kejap ujan penyakit2 senang menghinggapi..

Terimakasih dan wassalam..

Jumaat, 10 Februari 2012

Tengok group berjersey UGCC ndak juge...

As'salammualaikum serta salam ceria..

Kali ni teman ndak cerita tentang jersey UGCC..
Setiap kali kayuh atau menyertai mana2 race dan jamboree kerap nor bertembung ngan group2 yg pakai jersey sedondon bila di amat-amati semart jugak maka ada le yg mula gatai ndak nyuruh buat gak..

Kerap nor nanye maka di wakil kan Amir untuk membuat logo,mencari tukang jahit dan sebagai nya manakala BB tukang kutip nama dan pembayaran nya..
Kalo di ikut kan yg jenis gold kain cntik tp rega nya cecah rm300 sepasang x berapa mampu kitaorg jd ambik le gred silver rm190,jadi lah dari pada x merasa bergaye..

Penempahan bermula ujung february mana yg x sempat bg nama jengah2 le kedai Uncle Goh mgkin ada tp x byk le dlm 10pasang je sape cepat dia dapat sape lambat kumpul 10 org tempah lain..

Bila udah siap sok jngan le hanya simpan dlm lemari,pakai le mana2 race atau jamboree nak menang tu jangan harap sngat le mana tau ada terselit gambo dlm Cycling Asia,Cycling Malaysia,Roda Pantas atau pun Baik Bike boleh jugak le yg lelain ni numpang tui..

Takat ni je dpat teman labun kan kali ni..

Ahad, 5 Februari 2012

KL MIDNIGHT CHALLENGE 2012

Salam sejahtera semua..

Perlumbaan ini di jalan kan bersama dngan kejohanan remaja sport excel kebangsaan,bermula di depan veledrom cheras menggelilingi tasik permaisuri sejauh 40km dipendek kan dr 60km atas faktor keselamatan.1 loop 4km bermakna sbanyak 10 loop diperlu kan untuk peserta menghabiskan perlumbaan..

Wakil UGCC turut menyertai perlumbaan ini diwakili oleh saudara Annuar Salehan dan Mr Amir..
Agak malang ke dua-dua peserta di minta berhenti sebelum di lap oleh peserta di hadapan kerana faktor keselamatan mgkin marshall x mencukupi bg mengiringi setiap kelompok pelaton..
Annuar hanya sempat 2 pusingan manakala Amir hanya 3 pusingan..

Annuar menduduki tangga 23@32 x pasti manakala Amir berkedudukan tmpat ke 17..
Perlumbaan di menangi oleh pelumba kebangsaan Amir Mustafa Rosli dan tmpat kedua oleh Anuar Manan..
Nama kedua mereka pun dah sama ngan peserta UGCC dpt lah numpang glamer sikit..

Annuar juge berjaya memenangi Garmin A200 iaitu tmpt ke dua cabutan bertuah at least ada jugak le yg boleh di senyum kan..

X bnyak dpt aku catit kan sbb aku ralit sngat menyaksi kan perlumbaan hingga bnyak benda yg aku dah x ingat..

Akhir kata Selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat berkayuh untuk semua..