Translate

Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

Putrajaya Inter Park Ride(MBR) 2012..

As'salam'mualaikum,
salam sejahtera untuk semua..
Harap semua nya sihat2 belaka..

Pipr ni dah lama dengar tp pg ni lah wat pertama kali nya turut serta,lebih2 lg nak di catat kan di dlm Malaysia Books of Record,semangat nya lain sikit untuk turut menyertai mana le tau dpt keluor tv..

Seawal 4.00 pg dah kena bngun sebab nak gerak dlm kul 5 seperti mana yg di janji kan bersama geng2 UGCC yg lain..
Agak beruntung pg ni ada van Puyau yg dpt di guna utk membawa basikal sementara kereta Azam untuk bawa rider2 nya..
Seperti biasa tnggu semua ahli2 tiba kul 5.30 br gerak ke Putrajaya dan parking kereta di presint 9..
Bagi event ini seramai 15 org pengayuh dr UGCC telah turut serta..

Sampai tmpat perlepasan org dah ramai berkerumun..
Pendaftaran dan pemberian baju menjadi kecoh kerana peserta x mengikut barisan dan berebut-rebut bg mendapatkan baju berkenaan..
Alangkah baik nya jika penganjur memberi terus baju semasa sessi pendaftaran bg mengelak kan penipuan sbb attitude org Malaysia ni lain,x cukup 1 abis saudara mara nak di kasi nya pada hal ada yg mendaftar x dapat pun baju sbb dah kehabisan,nasib baik msuk percuma kalo berbayor mau khemah kene bakor..

Peserta di lepaskan kira2 jam 8.30pg,nak nunggu org abis jalan macam x abis2 jd nyelit2 gak diantara mereka ketika keadaan agak lengang..
Perjalanan sejauh 35km meliputi jalan2 on road dan off road hingga ada geng2 UGCC yg bawa road bike x sanggup nak ikut laluan asal takut tayar pancit atau meletup lalu masuk ke jalan besar dan kene ikut laluan jauh,alhamdullilah semua selamat sbb penganjur x bertanggungjawab jika ikut jln lain dan semua nya atas risiko sndiri..
Smpai pit stop akhir yg tinggal hanya roti dan sijil sahaja sementara air kotak semua dah 'licin takor',mana x nya benda x berjaga sorang se kartun depa ngangkut nya x ingat org blakang dah(benda free le katakan)..aduhai
Di sini juga di umum kan penyertaan peserta ada lah seramai 3072, tercapai lah gamaknya matlamat dia orang(penganjur).

Setelah smpai di tmpat parking kereta sebahagian dr ahli2 UGCC terus gerak balik sementara Bro Baha bersama beberapa org lg pegi sambung layan PCP sbb masih x puas berkayuh lg,tegar betul depa2 ni..

Smpai Sri Muda terus cari nasik dan kemudian melepak kedai uncle dan di masa itu dtg seseorg dr syarikat 'air power' menawar kan penajaan kepada team UGCC..
Org kata rezeki jangan di tolak tp benda2 macam ni perlu diperhalusi cara terperinci..

Maklumat lanjut tentang penajaan berkenaan akan di ceritakan di lain kali tp td sempat gak lah merasa 'air power' keluaran syarikat berkenaan,ala2 Red bull perisa nya sesuai untuk memberi tenaga tambahan ketika berkayuh..

Cukup setakat ini sahaja laporan yg dapat di sampai kan..

Terimakasih dan wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan