Translate

Halaman

Selasa, 26 Mac 2013

Kayuhan ke Morib meraikan&uji pandu kemunculan RB Lp baru Azam..

As'salammualaikum dan salam ceria untuk semua..

Pg Ahad 24-03-2013 seperti yg dijanjikan kayuhan meraikan&uji pandu rb Lp baru en.Azam bakal dilangsungkan..

Seawal 5.30pg aku telah dikejutkan oleh lagu Al-Jannah dendangan MAWI yg aku setkan di alarm hpone aku..
Dengan mata merah bak 'mata hantu' aku mengagahkan diri yg x berapa gagah selepas malam td mengayuh event 60 Earth Hour untuk bangun dan mandi serta berkayuh ke port tmpat rider2 lain berkumpul..

Kira2 6.15 barulah nampak muka Amir disusuli oleh Hadi&abgnya,Azam,Pak Yogi,Basid,BB,Minami,Esman.Mas dan Yaki terakhir sampai maklumlah dia paling jauh,dtg dr KL..

Setelah sarapan lebih kurang kami pun mula bergerak dan bila masuk je Kesas mula le 'menyelap' depa ngayuh mgkin sbb fresh lg dpt le aku folo group depan..

Pit stop pertama di Petronas kerana Sharil dan Saad telah siap menanti utk ikut kayuhan ini..
Aku ambil kesempatan untuk check basikal sbb dr start kayuh td asik dengor org bertukang 'ktak ktung ktak ktung' tp lepas diperiksa x jumpe apa brg yg sangkut..

Setelah semua berkumpul perjalanan diteruskan tp bunyi tu masih ada lg,rasa macam nak check lg tp takut x terkejor yg lelain sbb derang dah balun habis..
Dapat le folo Azam yg kelihatan ckup selesa dengan jentera Lp baru nya x sia2 pelaburan dibuat..

Sesampai nya di pekan Banting sekali lg berhenti bg tujuan pengumpulan pengayuh,secara tetiba Ah Yik muncul dengan Kelisanya x dpat ngayuh jd support car pun sanggup dia ni..

Aku ambil kesempatan untuk mencari dr mana dtgnya bunyi-bunyian yg kurang menyenangkan itu, nasib baik Shahril perasan yg megnet meter bergesel dengan seat stay kiri..

Setelah alih sedikit kedudukan magnet tu br lah senyap tp meter dah kuar jam sahaja yg lelain x berfungsi dah aku pun x tau,nampaknya x berbaloi tuan tanah memberi pinjam basikal Kuota Kharma yg tujuan asalnya utk menguji heart rate nya yg x berfungsi sedangkan cadence,speed,average dan lelain ok.. Tangan aku gatai je nak ngusik tp manualnya pun x penah aku tengok jd aku batalkan je takut jd lain pulak..

Selepas melintasi salah sebuah stesen minyak aku ternampak Ben ada bersama Pak Yogi mungkin dia gerak dulu td..
Ben terus kayuh ke distanasi bersama Azam dan aku yg berjarak 5,6km je lg dan sempatlah aku bertanya perihal Treknya yg diiklankan di BBS ada org nak beli tp dngan harga rm5000 membuatkan dia menangguhkan penjualan nya..
Jadi pada member2 yg berkemampuan bolehlah membelinya,sbb groupset,rim semua hi-end dan kondisi ngetop..

Seperti biasa sampai je Morib BB memulakan langkah mencari nasi dan anak buah pun ngikut beramai-ramai..
Mas,Hadi,abg Hadi dan Ah Yik menuju ke tepi pantai utk bergambo,sempat juga berborak dua patah perkataan dengan pasangan Peranchis yg turut mengayuh ke Morib..
Sessi bergambo diteruskan didpan sign board pulak..

Makan udah berposing sudah tiba masa gerak pulang..
Semasa sedang berkayuh bersama Azam dan Esman,Esman minta time out tetapi Azam x dengar maka berhenti lah aku dan Esman yg mula terasa serangan krem dibetis..

Ketika memanjat jambatan Banting aku dah rasa lain macam sakit naik ke peha pulak tetapi tetap teruskan kayuhan yg semakin perlahan dan org dpan hanya sayup je kelihatan..
Tetiba aku nampak sesorang berhenti dibawah pokok rupa2nya Esman yg pada mulanya aku sangka menunggu untuk kayuh bersama tanpa disangka dia pun krem sekali lg..

Oleh kerana peha aku memerlukan pemulihan yg agak lama dan mental pun dah drop aku memanggil Ah Yik untuk mengambil kitaorg yg tersadai di dpan kilang sawit Teluk Panglima Garang kalo aku x silap..

Aku memilih utk duduk dibelakang Arena biar berpanas janji kaki dpat diluruskan org nak kata mcm Bangla ke apa ke 'lantak pi' asal aku selesa..

Dlm perjalanan 2,3x kena krem kat peha tp x berapa teruk tetapi sesampainya di Sri Muda ketika cuba membantu menurunkan basikal Esman baru lah betul2 krem yg teruk menyerang hingga nak bangun pun x boleh sampai lah ke kedai CMS dimana sambutan agak meriah dr kengkawan yg mengambil gambo dah cam artis aku rasa..
Agak lama juga aku ambil masa untuk turun dan terus menuju ke tandas bg merendam kan peha dan betis aku ntah berapa lama aku terperap kat tandas mgkin 30++ minit ada gamaknya br lah iega sedikit aku mandi terus sebaik boleh berdiri secara bebas..

Sepanjang penglibatan dlm bidang basikal ini lah krem paling teruk aku alami dan x pernah naik lori ataupun support car sebelum ni kiranya 'hari ini dlm sejarah' bg diri aku..

Kepada kawan2 janganlah kutuk sangat si Mus tu basikalnya mmg dah best cuma aku je yg x cukup training tp 'gatai jubo'nak ngikut kayuh jejauh,padan muka aku,org dpt 104km aku dan Esman dpt 86km je..

Keseluruhan nya kayuhan meraikan&ujipandu Lp Azam ni berjaya dr segi penyertaan dan route yg dipilih memenuhi matlamat yg dirancang bg menguji keselesaan dan ketahanan rb Lp..

Tq Ah Yik yg tolong membantu aku dan Esman walau pun pantang jumpe aku asik kutuk mengutuk tp minta tolong cepat je menghulurkan bantuan..

- Razi "Atan" Husin -

Sorry Atan aku tambah sikit gambar kat entry ko ni...
- AreJump-














60 Earth Hour ride Shah Alam 2013..

As'salammualaikum dan selamat sejahtera..

Entri kali ini aku nak bercerita tentang kayuhan earth hour yg dianjurkan MBSA..

Sebenarnya aku x lah beriya nak folo kayuhan ni tp dek kerana encik Norman bersungguh ngajak aku pun mendaftarlah secara online,ramai geng2 kami mendaftar bila aku tengok komen diaorg di dlm page Ug cycling club termasuklah Minami,Annuar vrg,Helmi,Pak Yogi dan lelain lg serta Puyau yg x pasal2 aku yg kene registerkan,mgkin depa ni nak dptkan t-shirt yg ditawarkan gamaknya tu yg ramai tu..

Terus terang aku katakan kayuh mlm minggu di Shah Alam agak sedikit menakutkan dngan mat2 motor dan mat2 kereta yg memenuhi pusat bandar terutamanya di dataran atas dan bawah,kerana melepak disitu adalah salah satunya tempat yg menarik untuk berhibur maklumlah kat sini xde panggung wayang,kelab mlm,disco dan tempt2 x senonoh utk dikunjungi..

Selepas maghrib kami(aku,Pak Yogi,Mas,Basid,Esman) pun gerak dr sri muda,manakala Helmi,Puyau dan Minami kul 6.30 dah lebuh dah..
Sampai di dataran atas timbul masalah nak cr depa yg gerak dulu td sbb kawasan sekitar dah di penuhi pengayuh, nasib baik ternampak Puyau lalu beliau menunjuk kan tmpt pendaftaran,jenuh gak membelek senarai nama yg daftar online lepas 2,3x semak br jumpa nama aku,daftar nama pendek cari nama penuh,pandai sangat pun nasib bro urusetia tu penyabor kalo x mau disuruhnya aku balik je,teringat kata org tua2 'kalo rezeki x kemana' walau dlm komen event pihak penganjur dah bg tau pendaftaran dr jam 6-7.45 mlm sahaja,yg ni patut kene ubah skit bior le lepas2 Maghrib dulu lg pun tengah2 senja tu Syaitan tengah berkeliaran,manakala Mas dan Basid dpt plate no cabutan bertuah je sbb penyertaan dah lebih 1000 peserta..

Berbagai peringkat umur,bangsa dan berbagai jenis basikal dr klasik smpai recumbent pun ada.
Peserta mgkin melebihi 1200 berdasarkan no plate yg aku nampak x termasuk 'pengayuh hantu' lg..

Selepas ikrar dan bacaan doa kayuhan bermula diketuai Datuk Bandar Shah Alam..
Sedang menunggu peserta depan2 lepas dahulu ternampak le geng girl power(mg,ct,aza)lalu jenuh melaung haram dipandang deme kira nak laju ke dpan aje..
Jarak kayuhan x lah jauh sangat tp ada sikit berbukit bg bebudak kecik susah le sikit dan x ketinggalan ada juge yg 'tergolek dog' dengar kabonya..

Semasa tngah ngayuh smpatlah jumpe beberapa org yg aku kenal seperti abg Brahim,abg Amir,abg Ghazali,Wak Jan dan ramai juga lg..

Setelah tiba digarisan penamat jumpe pulak Mus pada hal petang td kabor kat aku x dapat ikut sbb koje malam,monteng le gamaknya tu,Encik Norman yg beriya bercerita tentang kayuhan ini lngsung x kelihatan start dr mula hingga penamat kayuhan,apa cerita gamaknya?

Pihak MBSA juga menyediakan acara selingan iaitu persembahan pancaragam,silat gayung yg mendebarkan sampai berapi-api pedang yg digunakan dan persembahan nyanyian serta diselang selikan dengan cabutan bertuah..

Setelah asik mandang org je ngambik hadiah mlm itu nasib aku agak baik dpat le sebijik botol ayor,jadi le..
Selain aku Helmi juga dpt handle grip manakala Mas dapat yg mahai sikit iaitu sebuah helmet basikal manakala yg lelain kurang bernasib baik..

Sebaik berakhir cabutan bertuah kami pun bergegas pulang kerana seawal 6.45pg esoknya kami akan mengayuh ke Morib bg meraikan basikal baru Azam yg turut sama hadir di kayuhan Earth Hour ini..

Sebelum berakhir aku bg pihak geng UGCC ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur(MBSA) yg menjadikan event ini berjaya dan menarik dr segi pengawalan keselamatan pengayuh,penyediaan minuman(mineral&100+)makanan(waffles&pisang),persembahan selingan yg menarik,lucky draw dan yg TERBAIK nya penyertaan secara PERCUMA..

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan buat lg,
Pasti ratingnya bertambah tinggi..

Terima kasih juga pada yg nyinggah diblog ini..

Isnin, 18 Mac 2013

Lepierre lagi..

As'salammualaikum salam pg senayan..


Mutakhir ini jenama Lp telah menjadi popular dikalangan member2 UGCC..
Aku x tau menilai dimana 'kesedapan' dan 'kelazatan' menunggang jentera Peranchis ni sbb aku x biase naik basikal2 hi end..

Pemiliknya adalah salah sorang penulis blog ni iaitu saudara Ajump UMW..
Mengikut cerita yg aku dengar dia berminat untuk mengambil jenama EMC tetapi disebabkan lambat sangat tibanya lalu tumpuan beralih arah ke jenama Lp yg br tiba 2,3 hari yg lepas..

Lp Xelius 200 full 'kaben' bergroupset Ultegra kecuali brake caliper 105 yg mgkin 2,3 bln lg akan menjadi Ultegra juga tu,berseatpost,stem dan handle Ritchey serta bersadlekan Fizik dan bertayarkan Conti 4000s..

Retail price rm12k tp setelah ditolak itu ini x tau le aku harga yg dibayar oleh beliau..

Selamat dtg kepada En.Ajump ke geng2 pemilik Lp bersama BB,Ah Leong,Ah Fai dan Annuar Salehan,nampaknya seperti kata Norman tempohari 'bertambah jauh lah kita tinggal lepas ni Atan',mgkin menjadi kenyataan..haha

Kepada En.Ajump kalo nak rasmikan Lp tu ajak2 le aku sekali,serta jagalah basikal tu bebaik bak kata Kiah Propa 'ada mate memerati'...

Wassalam