Translate

Halaman

Ahad, 21 Ogos 2011

Kayuh minggu ke 3 ramadan 2011 di Putrajaya...

antara gambo2 yg dapat aku snapkan mlm ni walau pun malam tadi dah lencun semasa ngikut geng2 Shah Alam berkayuh ke Klang tp geng2 aku ni tak serik2 nak kayuh lg malam ni..

Ada member2 tanya apa lah yg best nya kayuh basikal ni,aku sendiri pun x tau apa nak di katakan tp kalo ndak tau ceburi lah bidang pembasikalan ni baru le tau kick ke idak atau pun gian atau x gian jika tak ngayuh dlm sehari..

Hari ini rombongan cik Atan ke putrajaya di bantu oleh Yus yg berbesar hati menyediakan lori untuk membawak semua basikal ke sana,ada dalam 7 org semua nya terdiri daripada Helmi,Pyann,Darren,Amir,Yus dan aku sendiri,manakala Afiq menanti di sana..
Amir mlm ni siap bwak bakal mem sekali sebab dia nak tengok kemeriahan org2 mengayuh di putrajaya..
Memang meriah mlm ni sbb ramai betul yg berkayuh termasuk lah Wak Jan yg sempat aku angkat tangan je kerana beliau berada di laluan bertentangan dengan geng2 aku,entah baru sampai atau pun nak balik tak tau le aku..

Target mlm ni 50km je dan berhasil terlaksana walaupun Yus cram sekejap,kerap pulak cram sekarang ni apa yang tak kena gamaknya,mngkin di sebabkan permakanan atau pun basikal yg membuat ragam dengan gear tak mau masuknya atau pun nak kene pakai basikal baru dah kot..

Terimakasih pada ibu angkat Yus yg susah payah menyiapkan jamuan minuman dan makanan,maaf lah terlewat sampai sedikit tadi..
Terimakasih juga pada sepupu Yus yg jadi driver lori malam ini,
Malam ni merupa kan malam terakhir geng2 aku beraktiviti ramadan tahun ini,jika panjang umur kita kayuh lagi di ramadan tahun depan..

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada geng2 aku jika ada salah dan silap, Selamat Menyambut Hari Raya yg bakal kunjung tiba kira2 seminggu lebih je lg,
ucapan diatas juga aku tuju kan kepada semua para pelawat blog ini..

Jumpa lg di penulisan mendatang..

Was'salam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kayuh malam minggu ke 2 Ramadan 2011..

Setelah tak dapat nak ngayuh di Kotaraya Kuala Lumpur semalam geng2 aku melepas geram untuk berkayuh malam ini..
Keseluruhan perjalanan malam ini mencecah 70km dengan average kelajuan 23kmj..

Penat memang lah penat,asik manjat je tp kerana nak mencari peluh serta memaintainkan kesihatan badan di dalam cuaca yg tidak menentu di bulan ramadan tahun ni terpaksa lah kepenatan itu di campak jauh2 dari kotak fikiran.
Ia lah kalau di ikut kan malas asik makan je lah bergantang-gantang jadi x guna lah puasa siang nya tiada memberi keinsafan dan kesan positif kepada kesihatan..

Sampai di Sri Muda jam dah menunjuk kan kul 3 pagi maka aku n geng2 pun terus bersahur takut selepas mandi kang terbongkang sampai ke siang,sahur ke mana puasa pun hilang..
Terimakasih pada Puyau,Helmi,Yus serta Afiq(kawan Yus) yg memungkinkan aktiviti dapat dijalankan pada mlm ini walaupun dlm keadaan hujan renyai2..
Kalau ada kelapangan minggu depan kita blasah lg.
Setakat ni yg dapat di ceritakan jumpa lg dipenulisan aktiviti mendatang..

Wassalam...

Khamis, 11 Ogos 2011

Mengimbau kembali basikal yg pernah di pakai dari mula aktiviti hingga kini...

Banyak juga basikal yg pernah aku gunakan tp semua nya chap ayam je sekarang yg tinggal hanya look dan schwinn fastback sahaja..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Selamat berpuasa semua..

As'salammualaikum dan salam sejahtera..

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadan yg penuh dngan kemuliaan dan keberkatan buat semua member2 kayuhan dan pelawat2 blog ini tak kira di mana anda semua berada walau pun agak sedikit terlewat..

Setakat blog ini ditulis masih belum ada sebarang aktiviti kayuhan malam yg aku sertai malah member kayuh pun senyap sunyi je mungkin semua nya bersara sementara bagi melipat ganda kan amalan di bulan yg mulia ini..

Dalam pemerhatian dan pemahaman aku mungkin ia nya akan berubah bila malam sabtu dan malam minggu menjelma dari pengalaman tahun2 yg lepas..
Kalau ada pelawaan untuk berkayuh aku folow je dan kalo nak berehat pun ok bagi aku..

Pengakhiran kata aku harap semua nya mendapat keberkatan diatas segala amal ibadat yg di laksana kan di bulan ini..

Cukup lah aku merapu untuk kali ini panjang umur kita bertemu di penulisan yg akan datang insya'allah..

Was'salam...