Translate

Halaman

Khamis, 27 Februari 2014

Criterium Shah Alam 2014

Assalammualaikum dan bersua kembali..

Penulisan kali ini berkisar tentang Criterium Shah Alam yg telah berlangsung pada 22-02-14(Sabtu) yg lalu..
Bagi team UGCC kebanyakan yg terlibat adalah ahli2 junior kami yg sememangnya berani dan berhati waja,kalah menang belakang yg penting bertanding dahulu..

Antara pencapaian terbaik adalah daripada Hisham yg berjaya menempatkan diri ditempat ke6 dlm acara mtb dan ke 9 dlm acara rb serta Amni dikelompok 15 terdepan kesemuanya bg acara dibawah 15 tahun..

Biarpun x berjaya menaiki podium sekurang-kurangnya berjaya mencelah diantara pelumba Terengganu dan Selangor yg mendominasi kedua-dua perlumbaan,manakala bg yg lain2 walaupun pencapaian tidak memberangsangkan tetapi boleh menimba ilmu yg berguna apabila turut serta bersaing bagi memajukan diri sendiri jika berlumba lg di kejohanan yg lain...
tahniah untuk semua..

Bg kategori yg lain hanya Pak Yogi dan Nuar vrg (junior veteran) serta Yus dlm acara terbuka lelaki tetapi semua tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana masalah pada basikal masing2 (bocor/gear melompat/kesihatan-heart rate)..

Acara ini disertai pelumba2 negeri seperti dari Johor,Terengganu.Pahang,Perak,Kedah,Serawak juga Pro rider dari OCBC SINGAPURA,TSG dan Team Malaysia sendiri mungkin sebagai persiapan LTDL yg bermula tidak berapa lama lg..

Lama x menulis idea pun cepat kering kita layan gambar je lah ye..

Kepada team Malaysia dan team TSG yg bakal membawa cabaran di LTDL kami mengucapkan selamat maju jaya dan buat sehabis baik untuk negara bukan sekadar menjadi penganjur tersohor sahaja...

Go Malaysia  Go

Rabu, 12 Februari 2014

Konvoi Berbasikal Sempena Hari Wilayah

Lama dah tak menulis di blog ini.. Bila vitamin M banyak membeku dalam badan ini lah jadinya.
Bukan kami tak aktif, sebenarnya byk juga event yg disertai disamping aktiviti kayuhan hujung minggu yg kami anjurkan sendiri tp oleh kerana masing2 sibuk dgn tugasan maka blog ni dibiarkan sepi buat sekian lamanya.
Okay.. Berbalik kpd tajuk entry kali ini, rakan2 UGCC telah menyertai event tersebut yg berlangsung pada 9 Feb.2014 yg lalu. 
Bermula dr Putrajaya ke Bkt.Jalil dan berpatah blk ke Putrajaya sejauh lbh krg 49km. 
Kami seramai 30 org adalah merupakan sebahagian dr seramai 6200 org peserta acara kayuhan ini yg telah berjaya menempatkan diri dalam Malaysia Book of Record.
Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan kesemua kami berjaya menamatkan kayuhan.
Tahniah buat penganjur kerana berjaya menganjurkan event ini dgn baik sekali dan juga rakan2 UGCC atas kerjasama dan sokongan anda semua.
p/s: gambar2 kredit buat bro Azmie, bro Yaki dan Pak Yogi.