Translate

Halaman

Ahad, 31 Januari 2010

Plan X Jadi...

Assalammualaikum...

Dah dekat 2 minggu tak update blog aku ni..
Mungkin kekecewaan minggu lepas yang tak jadi kayuh ke Putrajaya tu gamaknya..
Mana tak kecewa cantik punye plan tetapi di cacat kan dengan kelewatan member..

Kelewatan itu telah menyebabkan terpaksa merubah haluan ke Usj,Sunway,Ttdi,Stadium,Tasik sahaja...

Ada beberapa gmbar yang telah di'snap'kan tetapi atas tanda protes aku tak nak siarkan..

Bukan marah,bukan geram tapi cume mengingatkan supaya lebìh punctual dimasa depan maklum le aku kerja kilang Jepun ketepatan masa telah terbiasa dengan aku...

Boring le tulisan aku kali ini..
Opps nanti dulu sebab aku ada berita nak kasi tau korang(geng2 kayuh aku)yang aku telah meng'trade in'kan basikal touring aku tu..(hah! suspen sudah)

Nanti kita ketemu lagi di coretan yang bkal mendatang..

Ahad, 17 Januari 2010

Dragon Back part II

Salam Sejahtera..
Ketika aku dok melayan bola African Cup antara Mesir dan Nigeria tetiba lagu 'Her Sleeping Majestic' dari Rotting Crist berkumandang dari handset aku..
Sapa plak tengah2 malam ni..o ooh Arip yang msj aku.
'Minggu ni kita layan Dragon Back lagi le',singkat je mesej nya,tak puas aritu banyak berenti-renti gamaknya..
Aku pun terus 'meng ok kan' je sebab tak tau nak kemana lagi minggu ni..
Aku seperti biasa terus memesej Helmi dan suruh ajak Lokman sekali..


7.30 pagi aku dah kuar dah,aku nmpak Helmi sedang meng 'warm up' kan kaki,tanpa berlengah lagi terus mengajak dia 'mengeteh' dulu di kedai wak Sri Bernam.Sarapan penting sebelum aktiviti bermula kang pengsan tengah jalan sapa nak jawap?
Dari kejauhan nampak Arip plak sampai,cantik sangat le tu tapi mane pulak si Lokman tak muncul2 lagi ni..
Setelah habis membaham karipap dua ketul baru le Lokman muncul rupanya dia baru balik keje malam tak boleh nak marah le pagi ni hehe....


8.10 pagi baru le kami mula bergerak..
Cuaca pagi ni amat cantik sekali,'hmm ada harapan berbelang kulit kang ni'ujar ku dalam hati..


Pagi ini banyak pulak kenderaan di jalan-jalan yang kami lalui..
Di kesempatan ini aku bagi pihak kawan2 dan pengayuh2 yang lain memohon agar pemandu2 memberi sedikit ruang dan peluang untuk kami beraktiviti dengan selamat..
Aku puji pemandu2 kenderaan berat,contoh nya trailer dari jauh dah bunyikan hon memberikan amaran untuk kami berada di laluan yang betul supaya tiada benda buruk yang boleh terjadi..


Sampai jalan Batu Arang bermula lah pendakian yang dihajat-hajat kan..
Aku tengok Helmi dan Arip berdezup pergi nya apa yang di kejo aku pun tak tau..
Aku seperti biasa menemankan Lokman yang agak ketinggalan maklum le kawan baru kali ke dua mencuba Dragon Back ni..
Kami masuk ke jalan paip dan setia menanti bukit yang tinggi disitu..
Setelah mengetap-ngetap gigi dengan nafas seperti kerbau yang baru lepas di sembelih sampai jugak aku ke puncak bukit tu..
Aku tengok Lokman dah melencong ke pagar Kem Bina Negara Meru aku pun follow le dia...
Aku tengok kawan dah bertinggung penat sangat gamaknya jangan pengsan sudah..
Kami berehat di depan Kem Bina Negara tersebut..
Sedang best2 lepak aku tngok ada rider yang naik dari Meru..
Ada lebih kurang 6 orang semuanya.
Salah sorang dari pada nya lepak dengan kami sementara menunggu kawan2 nya sampai mereka dari Bukit Subang..


Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan melalui Meru-Setia Alam-Seksyen 8-Uitm-Seksyen 16-Seksyen 17-seksyen 18-seksyen 19 hinggalah sampai ke Sri Muda.
Alhamdullilah semua nya selamat..


Sebelum bersurai Helmi cadang kan ke Puterajaya pada minggu hadapan..
Kepada Puyau,fogi,Aril,Din kalau nak ikut kami alu2 kan..
Sekian yang dapat aku rapu kan untuk kali ini,agar dapat merapu lagi di minggu hadapan,
Kayuhan ari ini gambo aku ada gak terselit hehe..

Ahad, 10 Januari 2010

fixed gear di Dragon Back..

Aku dan geng2 aku mendapat jemputan dari Azizan Fixie untuk menemankan kan nya mencuba Dragon Back aka Jalan Batu Arang dan Puncak Perdana dengan menggunakan fixed gear nya..ada bran!

Aku apa lagi terus memesej kat geng2 yg sudi dan akhirnya Helmi,Arip,Aril dan Lokman telah menyudikan diri untuk ikut sekali ..
Ada seorang geng baru bernama Amir pun turut serta dia baru pindah dari Ipoh ke Shah Alam pertukaran tmpat kerja katanya.

Jam 7 pagi aku dah smpai kat Muneer untuk pekena dulu,tak lama lepas aku, Helmi, Arip dan Aril pun sampai cuma Lokman je lewat sebab terlajak tido..terlajak selalu Lokman ni,org dari Jalan Kebun pun smpai dulu dari dia yg dok sebelah restoran je...

7.45 kitaorang mula bergerak dari Sri Muda melalui seksyen 20 terus Batu 3,Amir menanti di simpang TTDI,kami terus kan perjalanan melalui Gutrie hingga lah smpai ke Dragon Back..
Pada mulanya aku ingat dah terlewat mesti Azizan berjanggut menunggu kita orang dan ntah berapa bakul le kena maki ngan dia sebab kelewatan aku dan geng2 tu..
Sedang baik punye kayuh di Bukit yang pertama selepas 'mengescort' Aril yg tercabut rantai, tetiba terdengar suara disebelah aku 'laju lagi aku tunggu kat mamak Alam Budiman' rupanya Azizan yang lalu dengan motor nya sambil fixed gear nya di ikat dibelakang dengan kedua-dua tayar nya di cabut terlebih dahulu..o oh dia pun 'terkantoi' juga..
Sampai kat mamak azizan dah settle sekeping roti canai,sedangkan kami tercunggap-cunggap baung nak menyampaikan ke mamak tu..chiss chiss dan chiss lagi..

Setelah abis air teh o ais aku segelas aku pun cadangkan supaya kayuhan bermula sebab matahari pun cntik punye terik dah,oh ye.. masa kita org minum Azizan memasang tayar dan 'mentuning' basikalnya...

Maka dengan lafaz Bismillah penggembaraan fixed gear menakluk Dragon Back pun bermula..
Walau pun telah mencuba sedaya upaya hingga pedih mata dibasahi peluh tetapi hanya 3/4 dari ke tiga-tiga bukit yang di cuba dapat ditakluki azizan.
Bagi aku sebagai percubaan pertama Azizan aku kira misi telah berjaya,ingat senang nak panjat bkit lanjut dan tinggi ngan fixed gear?aku yang ada 8 gear pun rasa tak cukup lagi gear nya, hehe..
Harap2 ada percubaan seterusnya dari beliau dan jangan lupe ajak kiteorang skali..


Sebagai pengakhir cerita, ini le kayuhan pertama bg tahun 2010,aku harap geng2 semua rajin2 le turun kayuh minggu2 seterusnya bukan nak jadi pro sekadar nak cari peluh untuk kehidupan yang lebih sihat..
Di sini ada aku selitkan sedikit gmbar untuk tatapan korang(geng2) semua dan seperti biasa gmbar aku tak de..huhu

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010...

As'salam'mualaikum... Dengan keizinan Allah dapat kita menghirup udara tahun 2010 ini.. Lazim nya setiap kali tahun baru menjelma berbagai azam disemat untuk dijaya kan pada tahun berkenaan,malang nya hanya 1,2 sahaja yang berjaya di capai atau ada yang lebih malang lagi 1 pun tak tercapai..huhu Aku juga ada menanam beberapa azam pada tahun 2010 tetapi satu sahaja yang aku boleh kongsi dengan kengkawan semua ia itu aku akan cuba menjadi insan yang lebih baik dari segi tutur kata,adap sopan,pekerjaan,kesihatan dan hubungan sesama insan.. Azam-azam yang lain terpaksa aku diam kan takut-takut akan menjadi bahan lawak jenaka kelian jika tidak kesampaian...hehe Aku juga dapat merasakan setiap seorang dari kengkawan semua ada menanam azam pada tahun ini dan aku harap semua nya berjaya menunaikan azam masing-masing,apa yang penting 'KAYUH TERUS KAYUH'. Akhir kata buat semua kawan-kawan kayuh serta semua yang kenal aku tak kira rapat ke renggang,jauh atau dekat serta pembaca blog ini(jika ada le) Selamat Tahun Baru 2010 dan selamat berjaya dalam segala yang di usaha kan, kerjaya,alam rumah tangga dan kehidupan anda semua di tahun baru ini.. IN'SYA'ALLAH