Translate

Halaman

Ahad, 10 Januari 2010

fixed gear di Dragon Back..

Aku dan geng2 aku mendapat jemputan dari Azizan Fixie untuk menemankan kan nya mencuba Dragon Back aka Jalan Batu Arang dan Puncak Perdana dengan menggunakan fixed gear nya..ada bran!

Aku apa lagi terus memesej kat geng2 yg sudi dan akhirnya Helmi,Arip,Aril dan Lokman telah menyudikan diri untuk ikut sekali ..
Ada seorang geng baru bernama Amir pun turut serta dia baru pindah dari Ipoh ke Shah Alam pertukaran tmpat kerja katanya.

Jam 7 pagi aku dah smpai kat Muneer untuk pekena dulu,tak lama lepas aku, Helmi, Arip dan Aril pun sampai cuma Lokman je lewat sebab terlajak tido..terlajak selalu Lokman ni,org dari Jalan Kebun pun smpai dulu dari dia yg dok sebelah restoran je...

7.45 kitaorang mula bergerak dari Sri Muda melalui seksyen 20 terus Batu 3,Amir menanti di simpang TTDI,kami terus kan perjalanan melalui Gutrie hingga lah smpai ke Dragon Back..
Pada mulanya aku ingat dah terlewat mesti Azizan berjanggut menunggu kita orang dan ntah berapa bakul le kena maki ngan dia sebab kelewatan aku dan geng2 tu..
Sedang baik punye kayuh di Bukit yang pertama selepas 'mengescort' Aril yg tercabut rantai, tetiba terdengar suara disebelah aku 'laju lagi aku tunggu kat mamak Alam Budiman' rupanya Azizan yang lalu dengan motor nya sambil fixed gear nya di ikat dibelakang dengan kedua-dua tayar nya di cabut terlebih dahulu..o oh dia pun 'terkantoi' juga..
Sampai kat mamak azizan dah settle sekeping roti canai,sedangkan kami tercunggap-cunggap baung nak menyampaikan ke mamak tu..chiss chiss dan chiss lagi..

Setelah abis air teh o ais aku segelas aku pun cadangkan supaya kayuhan bermula sebab matahari pun cntik punye terik dah,oh ye.. masa kita org minum Azizan memasang tayar dan 'mentuning' basikalnya...

Maka dengan lafaz Bismillah penggembaraan fixed gear menakluk Dragon Back pun bermula..
Walau pun telah mencuba sedaya upaya hingga pedih mata dibasahi peluh tetapi hanya 3/4 dari ke tiga-tiga bukit yang di cuba dapat ditakluki azizan.
Bagi aku sebagai percubaan pertama Azizan aku kira misi telah berjaya,ingat senang nak panjat bkit lanjut dan tinggi ngan fixed gear?aku yang ada 8 gear pun rasa tak cukup lagi gear nya, hehe..
Harap2 ada percubaan seterusnya dari beliau dan jangan lupe ajak kiteorang skali..


Sebagai pengakhir cerita, ini le kayuhan pertama bg tahun 2010,aku harap geng2 semua rajin2 le turun kayuh minggu2 seterusnya bukan nak jadi pro sekadar nak cari peluh untuk kehidupan yang lebih sihat..
Di sini ada aku selitkan sedikit gmbar untuk tatapan korang(geng2) semua dan seperti biasa gmbar aku tak de..huhu

1 ulasan:

  1. terima kasih la teman aku test dragon back...huh tak pernah lagi aku tolak fixed gear ni. tapi kali ni kecundang...hehe. InsyaAllah aku cuba lagi next time.

    BalasPadam