Translate

Halaman

Ahad, 17 Januari 2010

Dragon Back part II

Salam Sejahtera..
Ketika aku dok melayan bola African Cup antara Mesir dan Nigeria tetiba lagu 'Her Sleeping Majestic' dari Rotting Crist berkumandang dari handset aku..
Sapa plak tengah2 malam ni..o ooh Arip yang msj aku.
'Minggu ni kita layan Dragon Back lagi le',singkat je mesej nya,tak puas aritu banyak berenti-renti gamaknya..
Aku pun terus 'meng ok kan' je sebab tak tau nak kemana lagi minggu ni..
Aku seperti biasa terus memesej Helmi dan suruh ajak Lokman sekali..


7.30 pagi aku dah kuar dah,aku nmpak Helmi sedang meng 'warm up' kan kaki,tanpa berlengah lagi terus mengajak dia 'mengeteh' dulu di kedai wak Sri Bernam.Sarapan penting sebelum aktiviti bermula kang pengsan tengah jalan sapa nak jawap?
Dari kejauhan nampak Arip plak sampai,cantik sangat le tu tapi mane pulak si Lokman tak muncul2 lagi ni..
Setelah habis membaham karipap dua ketul baru le Lokman muncul rupanya dia baru balik keje malam tak boleh nak marah le pagi ni hehe....


8.10 pagi baru le kami mula bergerak..
Cuaca pagi ni amat cantik sekali,'hmm ada harapan berbelang kulit kang ni'ujar ku dalam hati..


Pagi ini banyak pulak kenderaan di jalan-jalan yang kami lalui..
Di kesempatan ini aku bagi pihak kawan2 dan pengayuh2 yang lain memohon agar pemandu2 memberi sedikit ruang dan peluang untuk kami beraktiviti dengan selamat..
Aku puji pemandu2 kenderaan berat,contoh nya trailer dari jauh dah bunyikan hon memberikan amaran untuk kami berada di laluan yang betul supaya tiada benda buruk yang boleh terjadi..


Sampai jalan Batu Arang bermula lah pendakian yang dihajat-hajat kan..
Aku tengok Helmi dan Arip berdezup pergi nya apa yang di kejo aku pun tak tau..
Aku seperti biasa menemankan Lokman yang agak ketinggalan maklum le kawan baru kali ke dua mencuba Dragon Back ni..
Kami masuk ke jalan paip dan setia menanti bukit yang tinggi disitu..
Setelah mengetap-ngetap gigi dengan nafas seperti kerbau yang baru lepas di sembelih sampai jugak aku ke puncak bukit tu..
Aku tengok Lokman dah melencong ke pagar Kem Bina Negara Meru aku pun follow le dia...
Aku tengok kawan dah bertinggung penat sangat gamaknya jangan pengsan sudah..
Kami berehat di depan Kem Bina Negara tersebut..
Sedang best2 lepak aku tngok ada rider yang naik dari Meru..
Ada lebih kurang 6 orang semuanya.
Salah sorang dari pada nya lepak dengan kami sementara menunggu kawan2 nya sampai mereka dari Bukit Subang..


Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan melalui Meru-Setia Alam-Seksyen 8-Uitm-Seksyen 16-Seksyen 17-seksyen 18-seksyen 19 hinggalah sampai ke Sri Muda.
Alhamdullilah semua nya selamat..


Sebelum bersurai Helmi cadang kan ke Puterajaya pada minggu hadapan..
Kepada Puyau,fogi,Aril,Din kalau nak ikut kami alu2 kan..
Sekian yang dapat aku rapu kan untuk kali ini,agar dapat merapu lagi di minggu hadapan,
Kayuhan ari ini gambo aku ada gak terselit hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan