Translate

Halaman

Khamis, 6 Jun 2013

Seorang pelumba muda terkorban ketika menjalani latihan

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Berita sedih peminat sukan basikal..
diterima dari teman2 di fb bahawa seorang pelumba junior Terengganu telah terkorban ketika sedang menjalani latihan..

Menurut laporan Harian Metro Online pelumba tersebut telah dilanggar oleh treller selepas terjatuh dan tercampak kelaluan bertentangan bg mengelak kan diri dari melanggar rakan yg terjatuh dihadapan ketika melalui sebuah jambatan menuju Bukit Besi Dunggun Terengganu..

Ketika kejadian allahyarham bersama 44 pelumba yg lain sedang berlatih bg menghadapi satu kejohanan di Perlis pada 17-jun nanti..

Lebih menyedihkan allahyarham telah diseret sejauh 1.5meter dan masih bernafas dan menyebut-nyebut kedua ibu bapanya sebelum dibawa ke hospital Tengku Zahirah Kuala Terengganu dan meninggal dunia beberapa minit selepas sampai menurut salah seorang rakan allahyarham yg turut terjatuh namun sempat bangun semula..

Suatu kehilangan besar bg pasukan Terengganu dan Malaysia am nya..

Kepada rakan2 kayuhan di luar sana berhati-hatilah memilih laluan aktiviti kayuhan anda dan sentiasa alert dgn keadaan sekeliling agar kejadian begini tidak berulang lagi..
Buat pemandu2 diluar sana berikan lah sedikit ruang kpd kami para cyclist bg memenuhi tuntutan minat kami dan buat Menteri Belia dan Sukan.. "KJ" tolonglah usahakan lorong khas basikal kepada pengguna2@pengiat basikal dengan seberapa segera..

Sesama kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham Muhammad Syafiq Imran semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

AL FATIHAH