Translate

Halaman

Rabu, 27 Jun 2012

Seorang lg penunggang basikal maut di langgar kereta terbabas...

As'salam'mualaikum dan salam sejahtera..

Berita sedih bg penggemar sukan berbasikal dan pengguna basikal am nya tentang kemalangan maut yg melibat kan seorang penunggang basikal di lebuh raya DUKE pada pg Ahad(24-06-2012)..

Selepas PK dan RAFIZI HAMDAN kini seorang lg menjadi mangsa allahyarham AZMI dr Taman Samudera Batu Caves ketika sedang mengayuh dari Gombak ke Ampang untuk menyertai program gateh yg diadakan di Ampang pd pagi minggu berkenaan..

Seramai 11 org berkayuh ketika itu dan allahyarham tidak bernasib baik apabila sebuah kereta yg terbabas melanggar nya sehingga tercampak ke bawah(Kg Awah) dengan ketinggian kira2 70 kaki dan mengakibat kan allahyarham terkorban..

Bg pengayuh2 di harap kemalangan yg berlaku tidak melemah kan semangat untuk meneruskan aktiviti tetapi cuba lah untuk elak kan jalan2 dan lebuh raya yg terlalu sibuk demi menjaga keselamatan diri..

Mungkin ada yg akan kata main MTB dlm hutan selamat tp adakah kemalangan2 yg mengakibatkan kecederaan dan kematian tidak pernah berlaku???

Kita x dapat nak elak kan kemalangan walau pun telah memenuhi segala keperluan dan aspek keselamatan yg di perlukan selagi sikap pemandu2 kenderaan berkuasa kuda masih di takuk lama dan tidak langsung menghargai nyawa org lain tidak sama seperti sikap pemandu2 di negara maju..

Di harap kan agar tiada lg berita2 kemalangan maut mengakibatkan penunggang basikal terjadi lg selepas ini dan sebagai pengakhiran penulisan kali ini mari lah kita sama2 sedekah kan Al-FATIHAH kepada allayarham saudara Azmi..

Ahad, 24 Jun 2012

KAYUHAN SINAR SHAH ALAM EDISI KE 4 ANJURAN MBSA (DATARAN SHAH ALAM-TAMAN ALAM KUALA SELANGOR)...

Salam sejahtera semua..

Pg ni aku dan geng telah menyertai kayuhan Sinar Shah Alam edisi ke 4 dr Dataran Shah Alam ke Taman Alam Kuala Selangor..

Penyertaan kali ini x di rancang walau pun telah lama mengetahui tentang nya sebab x de geng yg mengajak atau pun berkeinginan untuk menyertai kayuhan ini,masing2 dah ada perancangan sendiri seperti kayuhan di Kiara dan menyertai Raub 140km dan mendaki Genting Sempah pada hari yg sama..
Memandangkan tangan aku ni gatai menulis dan mewar-war kan ttg event ni di dlm page UGCC 2,3 hari sebelum hari ini ada plak yg memberi respon maka tanpa menoleh ke belakang lg aku mengarahkan semua yg ingin turut serta utk berkumpul dan bergerak ke tapak permulaan seawal 6.45pg bg urusan pendaftaran dan sebagai nya..
Janji kul 6.45 tp jam 7.15 gak br gerak nya..

Sampai je sana member br Nuar dan Mi Proton dah smpai..

Dlm kelam kabut nak mendaftar dan taklimat dr pihak Polis tentang ciri2 keselamatan sempat lg menggantikan tiub Mi Proton yg bocor,nasib baik tiub aku ada lg,semalam punya lama lepak di CMS tiub x teringat nak beli,bahaya kalo jalan jauh ni..
Ramai gak yg turut serta dlam 3-4 ratus org,bah kan yg dtg dr Kuala Kubu ia itu Assakinah CC pun turut serta..

Ada jugak muka2 yg biase nyembang dan berborak seperti abg Wahid,abg Brahim 24,abg Faizal serta adik2 section 7 turut menjoin kan diri dlm kayuhan pg ni..

Perlepasan dlm kul 7.30pg dan mempunyai 4 CP..
Kayuhan dlm kelajuan 20km sejam sempat lg aku pam power stik atas basikal..
Di CP 1 ada di sediakan air mineral dan pisang manakala di CP yg lain2 hanya berehat sahaja..

Ada juga terjadi kemalangan kecil di sebab kan pengayuh2 asyik mengushar awek motor yg memotong deretan pengayuh manakala di CP 4 seorang pengayuh wanita telah pengsan mgkin faktor cuaca yg amat terik hari ini menjadi punca nya..

Pengayuh2 dr KSCC dan Sabak Bernam menyertai kelompok pengayuh bermula dr Jeram..

Sampai di Taman Alam kira2 jam 11.30pg..

Pengacara majlis sempat lah mempromosi kan tmpat2 pelancungan yg terdpat di sekitar Kuala Selangor seperti Bukit Melawati dan Kg Kuantan yg terkenal dengan kelip2 nya..

Terdapat juga acara cabutan bertuah dan 2 org dr geng UGCC telah mendapat hadiah berupa jersey iaitu saudara Annuar dan Minami..
MBSA juga menyedia kan makan minum kepada pengayuh2 berupa nasi ayam dan air sirap..

Bagi perjalanan pulang pihak MBSA menyediakan lori untuk membawa basikal dan bas untuk pengayuh2 kembali ke Shah Alam..

Aku,Annuar,Minami,Yus dan adik Yus memilih untuk berkayuh pulang..

Perjalanan pulang menjadi agak lambat kerana cuaca yg amat panas terik hingga beberapa kali terpaksa mencari tempat teduh dan refill air,selain dr itu basikal adik Yus juga mengalami 2 kali kebocoran hingga terpaksa memanggil ayah Yus yg telah smpai ke rumah(naik bas) untuk mengambil nya di ICT Seksyen 7 kerana telah kehabisan tiub baru..

Sampai Sri Muda jam 4.40 ptg dan terus melepak di mamak bersama geng2 yg sampai terlebih dahulu..
Jarak kayuhan 132.++km tp masa yg diambil agak lama..
Semasa balik juga Minami x dpt ikut rentak dengan member2 yg lain mgkin kerana dah lama x training dek kerana kesibukan bekerja untuk mencari modal bg mendapatkan Kuota Kharma pro idaman nya..

Terima kasih MBSA yg menganjurkan kayuhan Sinar Shah Alam ini dengan jaya nya..

Isnin, 18 Jun 2012

Bermain 'LODEH' di KIARA..

Amboi seronok benor gambor2 deme beraksi di atas tu ye..

Sebelum celoteh panjang Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yg merayau dan lepak sebentar di blog ini..

Ape kabor semua nya?

Di harap semua nya sihat2 belaka walau pun keadaan cuaca yg kurang sihat di sebab kan jerebu akibat pembakaran terbuka di tanah seberang sehingga kita di sini pun menerima tempias nya..

Udah teman melalut sampai ke peringkat antarabangsa pulak pada hai cerita yg bakal di cerita kan di dlm Malaysia je x jauh mana pun dr Shah alam ni..

Kiara memang x asing lg pada pengemar2 aktiviti mtb(xc dan downhill) kerana trek nya yg mencabar dan perlu kan skill teknikal yg tinggi bg menawan nya..

Banyak juga acara mtb dan downhill peringkat antarabangsa pernah dan bakal diadakan disini kira fames juga le Kiara di peringkat Asia Tenggara ni..

Sesudah di gembar gembur kan keseronokan dan keasyikan berkayuh di Kiara oleh BB di dlm page UGCC maka pg ni Amir,Azam,Suhaimi bike terbang dan muka baru Mus the Cop bersama BB telah menerjah ke trek ini..

Mengikut cerita nya Kiara juga telah menerima hujan pg ni dan kayuhan di trek baru disirami ujan mmg menambah kan kesengsaraan bg pengayuh2 yg beraksi..

Dengor cerita juge Azam 1 loop udah tersandor Mus dpt 2 loop manakala yg lelain x tau berapa loop yg deme buat..

Bila kayuh dalam 'LODEH' ni mesti ada tergolek,tertirap,terduduk,terlentang dan terkangkang cuma x tau siape yg kene sebab yg pegi cukup pandai berahsia..

Apa2 pun yg terjadi semua nya selamat dan tiada kecederaan yg serius terjadi terhadap pengayuh2 UGCC yg penting semua nya nampak happy,x tau le pulak kalo hari Isnin ada yg MC..

Teman x boleh nak cerita panjang2 kali ni sbb teman x pegi cuma dpt serba sedikit info lalu karang kan sebagai aktiviti minggu ini lg pun blog dah x ber update 2,3 minggu sebelum berlalang dan bersawang baik tulis kan sesuatu cerita..

Sebelum berenti nak bg tau sikit tentang maksud LODEH.LODEH sama erti dengan becak,lecah atau pun berlumpur..

Terima kasih semua

Jumaat, 1 Jun 2012

Baju Raya dah siap...

Salam sejahtera Yop dan Yong semua..

Melawak je tajuk di ataih tu tp kalo di buat pakai masa lebaran pun boleh juga x salah x gitu mengkome semua..

Setelah tertengok di dalam fb banyak benor depa berkempen tentang Share Our Roads,maka tergerak lah idea untuk tolong berkempen sama(sekadar sumbangan kecik pihak UGCC) bg menyedor kan pemandu2 di jalan raya tentang keujudan penunggang2 basikal yg menggunakan jalanraya sebagai riadah atau sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja atau pun kemana-mana sahaja bg yg kurang berkemampuan atau pun yg memang obses mengayuh,pemandu2 yang mana sedor terima kasih di ucap kan yg mana2 x sedor2 lg tu x boleh buat apa udah dari azali mmg 'kayei ngono' kata org jawa..

Idea buat baju t-shirt ni dtg dr Otai dan penambahan2 tulisan tu perbincangan bersama BB,Azam dan teman..

Azam yg menjadi sukarelawan untuk menempah dan mengutip duit dr kengkawan yg berminat..

Pemilihan warna pada mula nya agak kontroversi sikit,ada ndak hitam ada ndak putih,merah dan pink pun ada kalo org pempuan teman faham ni yg jantan pun ndak warna pink seriau teman di buat nya..

Akhir nya pilihan warna kuning telah di pilih walau pun ada yg takut di kait kan dengan perhimpunan Bersih 3.0 tetapi semua nya akur setelah mendapat penjelasan panjang lebor dari BB di dlm page UGCC tentang kebaikan dan sejarah warna kuning itu sendiri..

Bg t-shirt leher bulat dibuat sebanyak 50 tempahan dapat lah dlm rm22 sehelai manakala yg berkolar dan berzip 10 helai je atas tempahan khas Otai berharga rm26..

X smpai sehari je baki 9 helai yg di simpan Otai di kedai nya 'licin takor' di beli dek org yg berminat sampai kan yg special order 10 helai dia(Otai) punye pun tinggal 2 helai je,oii mak macam goreng pisang panas walau pun x semua pembeli nya berkecimpung dlm sukan berbasikal jangan deme bawak ke perhimpunan Bersih 4.0 pulak udah le x memasal Otai kene soal siasat dah jd kes naya..

Dengor2 kabo ada repeat order pulak lepas ni jd yg mana x dpt lg tu ikuti perkembangan di page UGCC..

Udah le Yop dan Yong semua ingat nak citer sempoi2 je last2 panjang juge karangan teman ni jadi nya..

Di sini teman nak ucapkan terima kasih terutama pada Azam yg susah payah menjayakan projek t-shirt ini dan kepada pembeli2 t-shirt berkenaan..

Mana2 yg x faham perkataan pelik kat atas tu rujuk kat bawah ni ye..

Bahasa/loghat Perak/Jawa ke Bahasa Malaysia

Ataih-atas
Mengkome-anda/awak
Benor-benar
Menyedor-menyedar
Kayei Ngono-macam itu
Teman-saya/aku
Seriau-gusar/risau/takut
Licin Takor-habis
Deme-mereka
Dengor-dengar