Translate

Halaman

Khamis, 30 Mei 2013

Genting Ride 2013

Assalam dan salam ceria..

Kali ini aku nak cerita tentang Genting Ride bersempena Hari Belia yg telah berlangsung pada mlm minggu yg lepas(25-05-2013)..

Terlebih dahulu aku nak ucap tahniah pada penganjur Breakingaway yg diketuai oleh M.K,Musairi Musa serta dibantu oleh Annuar Salehan,Fauzi,SJ dan lain2 lg yg masih sanggup mengadakan kayuhan
ini walau pun pada tahun lepas teruk dikritik dan dicemuh oleh peserta2 yg lebih mementingkan t~shirt dari memartabatkan aktiviti atau budaya berbasikal dikalangan masyarakat Malaysia..

Pada mulanya hanya aku sorang yg mendaftar sebagai memberi sokongan kepada Annuar dan Fauzi yg x boring2 menjemput geng UGCC menyertai fun ride/jamboree yg mereka anjurkan tetapi tidak mendapat sambutan,jd sebagai menjaga hati kengkawan aku pun mendaftar,jika x dapat kayuh pun x pe janji ada nama wakil UGCC yg tersenarai sebagai peserta..
Dalam diam2 ada yg lain pun ikut mendaftar sekali dan semuanya seramai 10 org..

Kami bergerak ke Putrajaya kira2 jam 5.30ptg agak lewat kerana ada yg baru pulang kerja..
Aku bersama Esmann dan Pak Sugiyo yg berhimpit diseat belakang bersama basikal,Puyau bersama Azmy manakala Darren,Pin,Hossien,Amni,Isham bergerak berasingan..

Sesampainya disana puas pulak mencari parking kerana Putrajaya dipenuhi pengunjung2 sempena perayaan hari Belia yg turut mengadakan berbagai acara sampingan yg lain..
Selepas puas berpusing keliling akhirnya dapat juga parking berhampiran masjid,terimakasih pada kebijaksanaan Puyau..

Dengan pantas basikal diturunkan untuk dipasangkan tayar yg telah dicabutkan semasa hendak dimasuk kan kedalam kereta ketika datang..
Sedang cantik meletak kan tayar diposisi sepatutnya bg tayar belakang Puyau didapati quick releasenya tiada
rupa2nya tertinggal di kedai uncle tatkala membuang pelapik plastik cassette sebelum datang td..
Ada sahaja hal yg melambatkan,baru puji sikit dah terpaksa kutuk balik..

Kayuh tetap nak kayuh jadi terpaksalah mencari QR baru nasib baiklah Roda Link masih buka lagi tp nak sampai kedai tu makan masa kerana jln sesak maksimum..
Lebih 30minit juga masa yg diambil untuk kembali ke tempat kami menanti dan selepas rm50 melayang basikal dapat digunakan semula..

Dalam keadaan tergesa~gesa kami pun menuju Mahkamah Keadilan dimana tempat pengutipan goodies dan permulaan&pengakhiran funride..
Sekali lg kepakaran Puyau diperlukan untuk membawa kami melalui jln pintas supaya dapat sampai tepat sebelum perlepasan dan ketika melalui salah satu longkang dengan yakin dia meredah bersama 29er nya tetapi apalah malang akhirnya jatuh terkangkang naslb baik x berapa ada orang,kengkawan je jd tukang gelak kan..

Sesampainya di tapak permulaan peserta dah penuh dan goodies pun x sempat mau diambil..
Dalam gelap2 terjumpa juga Cha Peace dan 2,3org kengkawan geng Puchung gamaknya..
Selepas doa dibaca kayuhan pun bermula..

Ramai juga peserta2 yg turut serta melebihi 5,600 org barangkali dari yg muda(kanak2) sampai org tua..
Kanak2 agak ramai juga tetapi pengawasan org dewasa tidak berapa ketara jd aku sendiri terpaksa lebih berhatl-hati ketika berkayuh berhampiran mereka kerana budak2 kayuh x ingat apa, ke tepi ke tengah dia belasah je silap hari bulan aku makan tar dibuatnya..

Dalam gelap malam ada yg berwillie rupa2 nya pelumba Avanti&Xds kalo dikata poyo kang marah pula,budak2 ada ramai kalau dia org nampak dan cuba melakukan aksi yg sama mungkin akan mendatangkan bahaya/ kecederaan keatas diri mereka..
Sepatutnya sebagai peiumba yg mewakili kelab2 besar@jenama antarabangsa,apa lah salah curahkan sedikit pengalaman kepada peserta2 yg sesama mengayuh bagaimana cara penggunaan gear yg betul di flat road atau ketika mendaki contohnya ada lah lebih bermanfaat dari asyik nak tunjuk hebat je..

Ada beberapa kali sessi rehat bg mengumpulkan peserta yg tertinggal bg memudahkan pengawalan dan penutupan jalanraya oleh pihak Polis&Marshall..
Setiap kali itu jugalah ada terdengar suara2 rungutan pengayuh yg mempertikaikan tentang ketiadaan bekalan air dan pisang kepada mereka..
Pendapat peribadi aku dengan yuran sebanyak rm20 yg dikenakan xkan semua benda hendak disediakan penganjur sedang kan ditempat penamat 100 plus,red bull serta makanan memang telah dijanjikan lg pula jarak kayuhan 28km je,air aku sebotoi pun x habis..

Bagi aku apa yg di terima agak berbaloi dengan bayaran dikenakan kerana sebelum ini pernah aku hanya mendapat medal plastik dan t-shirt Castrol sahaja sedang kan bayaran nya berkali ganda serta penganjur punya nama besar dlm acara berbasikal ketika itu..

Di pertengahan kayuhan salah seorang geng UGCC terlibat kemalangan,koyak gak lutut nya dan berdarah,terlampau gelak kan Puyau akhirnya Pak Sugiyo terima padah,katanya calar sikit je tp masa balik ke parking kereta sebelah kaki je yg diguna mungkin pedih mula terasa..

Sessi cabutan bertuah,Man wakil yg naik ke pentas kutip hadiah,jadilah dapat teko air sebijik manakaia yg lain dok harapkan tv hanya mampu bermimpi..

Kami bergerak pulang kira2 jam 11.30malam selepas selesai acara lucky draw..