Translate

Halaman

Rabu, 18 Mac 2015

LTDL STAGE 7 SHAH ALAM-BUKIT FRASER

Assalammualaikum dan salam ceria..

LTDL muncul kembali dan aku serta Ajump,Puyau dan Helmi telah berjaya menghadirkan distarting Point diShah Alam..
Agak ramai yg hadir pada pagi Sabtu tersebut di Dataran Shah Alam dan ramai juga rakan2 kayuhan yg kami temui untuk menyaksikan perlumbaan tersebut..

Yg bestny kat Shah Alam ni agak mudah untuk bergambar dan meminta tanda tangan dari pengayuh samada team tempatan atau pun dari luar negara.

Puyau yg dah terover exited terus menerus bergambar dan meminta tanda tangan dari setiap pengayuh yg ditemui(mentang-mentanglah rambut dah tumbuh semula)..

Alang2 dah ada peluang aku pun tumpang sekali,dapatlah bergambar dengan Annuar Manan dan seorang pelumba dari team Dubai Sky Dive jadilah jangan tidak kata orang nak bergambar dengan Guardini dia dah bad mood ketika itu sebab terlampau ramai yg dok kerumun sampai dia tak tahan,nak cari Caleb Evan tak jumpa pulak tp yg bagus nya semua pelumba agak sporting pg tersebut walaupun stage tu agak jauh(180.8km) dan amat mencabar mental fizikal kerana mereka bakal melalui pendakian yg panjang.

Tepat jam 12 tengahari perlumbaan bermula dalam cuaca yg begitu panas..

Isyam dan Amni terus mengikut dari belakang hingga ke Frazer manakala aku dan yg lain2 terus balik..