Translate

Halaman

Khamis, 26 Disember 2013

D'PAYA INDAH WETLAND JAMBOREE 2013..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Sekali lg aku telah dipelawa oleh BikeAway untuk menjadi crew bg Jamboree yg di kendalikan mereka dan aku berbesar hati menerimanya bg menambah pengalaman dlm bidang penganjuran sesebuah event..

Seawal hari Rabu aku telah berada di markas BikeAway untuk memulakan tugasan dan tugasan pertama aku adalah membuat no plat peserta yg berjumlah 1410 peserta semuanya tetapi kali ini ianya dibuat secara berperingkat-peringkat kerana masa yg masih panjang disamping kesukaran mendapatkan plastik laminit A-5..

Aku juga telah dibawa berjumpa bos Cyclomotion untuk mengambil hadiah2 bg lucky draw Jamboree tersebut dan mereka merupakan sponsor uta
ma acara kali ini..

Pada hari Khamis aku menyambung kembali tugasan meliminate plat no disamping turut mengikuti petugas yg lain mencari beg bg  mengisi goodies untuk peserta...

Hari Jumaat
Pada sebelah pg telah bergerak ke Wetland bg menerima air mineral dan t-shirt peserta juga crew dari pembekal..
Pada sebelah petang mula mengangkut hadiah dari markas BikeAway menuju ke Wetland jenuh juga dibuatnya nasib baik ada bantuan dari Khairi,Sham dan pegawai2 MDKL yg menjadi teraju utama Jamboree ini,penuh selori dengan hadiah lucky draw dan lucky dip...
Kami sampai ke wetland selepas maghrib..
Pada mlm harinya mengangkut meja dan kerusi untuk kegunaan petugas bg pengambilan goodies bag peserta dan juga bg sponsor2 yg mula membuka booth ditempat pengambilan goodies...
Aku meneruskan kerja2 pembuatan plat pada mlm tersebut manakala petugas2 yg lain sibuk mengisi goodies bag peserta dan kerja2 tersebut berakhir kira2 jam 3.30pg dan aku mengambil keputusan untuk tidur di dewan tersebut bersama Khairi bg menjaga peralatan dan hadiah serta memudahkan kami bertugas keesokan harinya...

Hari Sabtu(14/12/2013)
Baru lena beberapa jam matahari dah cerah dan aku dapati ada gerai diluar dewan telah dibuka dan tugas pun bermula iaitu memasuk kan kabel tie kedlm goodies bag dan apabila peserta mula tiba aku membantu petugas yg lain membahagikan goodies bag dan berterusan hingga ke jam 7 petang....
Pada mlm tersebut aku juga diajar oleh bos Cyclomotion saudara Azahari bagaimana untuk menaikkan pintu gerbang distarting point...
Pada mlm tersebut aku bersama Sham dan Haitsan mendirikan pagar pembahagi jln dan menyiapkan lorong2 mengikut kategori digaris penamat...
Sekali lg kerja2 itu berakhir agak lewat sekitar 4 pg juga baru dapat untuk berehat...

Hari Ahad(15/12/2013)
Jam 5.30 dah kena bangun dan dah Ada peserta menunggu untuk mengambil goodies padahal sepatutnya jam 6.30pg ianya bermula dan nasib baiklah kak Sakura serta abg Jo dah sampai pembahagian goodies dpt dilakukan walaupun secara manual..
Apabila petugas2 lain tiba aku bergerak ke tapak permulaan dan membantu Shu dan Khairi serta Mamu memotong tag lucky draw juga menampal check in sticker...
Sempatlah bertemu kengkawan yg menyertai Jamboree ini seperti Ustad Dzul,geng2 Kakikusa,Cha dan tunangnya dan beberapa orang lg Pengayuh yg aku kenal...
Selepas pelepasan aku bertugas untuk membetulkan pagar2 yg ditumbangkan peserta serta mengubah kedudukan nya bg laluan ke garis penamat tp yg x bestnya xde pun crew yg nak menolong padahal ramai yg berhampiran depa pakat tengok saja aduhai...
Setelah siap bergegas pula kesimpang 200m dari penamat bg mengawal peserta supaya tidak melalui jalan berturap dan hanya melalui laluan atas rumput yg dipisahkan dengan pagar penghalang,nasib baik Ijad pun ada disitu jd mana2 peserta nak guna jln bertar berjaya disuruh masuk kelaluan yg sepatutnya kembali..

Jamboree kali ini dimenangi oleh Annuar Manan,tempat kedua Meon dr Cyclomotion dan tempat ketiga Wan Muhd Najmee yg mewakili Proucell kalo x silap aku..

Apabila semuanya selesai feedback yg diterima agak memberangsangkan dan memberi semangat yg lebih buat aku dan team BikeAway khasnya bg penganjuran Jamboree dimasa akan dtg..

Terimakasih buat semua crew2 dan marshall yg terlibat seperti Zulkh,Feera,Shu,Khairi,Wan,Sham,Haitsan,kak Sakura,Opah,abg Jo,Muhadzir,Temasya Crancker,KnR,Huruhara serta semua peserta yg mengambil bahagian dari dalam dan luar negara juga semua yg terlibat secara langsung atau tidak lansung didalam Jamboree ini..
Semoga kita dapat berjumpa lg dimasa akan dtg..
ANDA SEMUA HEBAT