Translate

Halaman

Khamis, 9 April 2015

LTDL STAGE 8(KUALA KUBU-DATARAN MERDEKA)

Salam sejahtera keatas kamu,bertemu lg kita yob..

Sabtu dah layan kat Shah Alam tp setakat permulaan macam x puas pulak arini berjemur lg di Dataran Merdeka untuk aksi penamat LTDL bg tahun 2015 ni..

Seawal jam 9 aku dah terconggok di Dataran,ada race pulak rupanya kriterium junior LTDL u15 sedang dijalankan tp peringkat saringan yg kedua,dapat le layan 2,3    lap..
Toleh kiri kanan sekor pun xde geng2 biasa yg kelihatan tetiba ada org panggil rupenya Shauqi pun ada dtg at least adalah kawan.
Ternampak pulak Amni yg baru habis saringan, td nya x perasan pulak dia ada bertanding..
Temankan dia mendapat rawatan dr medik sbb *tertonggeng* dlm race berkenaan tp nasib baik masih dapat no 6 dan layak ke peringkat akhir,boleh tahan gak lukanya dilengan dan peha tp budak2 muda tengah bersemangat macam xde ape2 jer aku tngok..
Selain beliau sorang lg yg layak adalah Aiman mewakili kelab Mercury Exitway,ni lah dua org yg pernah bersama dengan kami dulu,ok lah dah berjaya mewakili KL dan kelab yg kuat seperti MERCURY agak pelik gak kelab ni fokus mtb tp kali ni mencuba nasib dlm rb..

Lupa nak cerita anak Jejai dan abg Tuah pun ada dan turut layak ke final mewakili pasukan Selangor..

Aku acah2 Mas utk datang kebetulan mmg dia pun mmg dlm perjalanan elok sangatlah baru best sikit..

Dalam acara akhir pemenangnya dari Johor dan ank abg Tuah dpt tmpt ketiga berbaloi hadiahnya rm1000 dtg jauh cuma yg x sedapnya rakan pasukan budak Johor terlibat dlm accident yg agak teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan yg paling bestnya ketiga-tiga pemenang utama ada sessi press conference sebijik macam pemenang sebenar LTDL.

Aiman dapat tmpt kesepuluh dan memenangi rm100 manakala Amni tempat ke12 dapatlah rm50 jd lah,untuk pengetahuan hadiah sehingga tmpat ke20 sayang bg ank Jejai jatuh tmpat ke21 xde rezekinya pg tu..

Sementara menunggu ketibaan pelumba ada beberapa acara sampingan diadakan seperti perlawanan bola berbasikal dan persembahan tatoo dr ATM dan persembahan live buskers terkenal di ibu kota ntah apa ke nama aku dah lupa maklumlah penulisan ni main ingat je bkn ada rujuk kat apa2 nota pun..

Akhirnya yg dinantikan telah tiba kemunculan pelumba2 di Dataran Merdeka yg perlu membuat lima loop lg sebelum penamatnya,didahului oleh empat peserta yg kemudian nya berjaya ditangkap oleh peloton dipusingan terakhir dan bunch sprint telah dimenangi oleh Andrea Guardini dari Astana manakala Caleb Even ditempat kedua tetapi masih menjadi raja pecut keseluruhan(Jersey putih).
Pemegang Jersey kuning keseluruhan dr MTN,Jersey merah dr UHC manakala pelumba AISAN sebagai pelumba terbaik Asia,sorang pun tak ingat nama pemegang jersey2 yg lain tu..

Tapi aku tumpang bangga team PEGASUS INDONESIA telah muncul sebagai team terbaik Asia serta team terbaik keseluruhan,sukses sukses semuanya dan dlm kepala hotak aku dok ingat bila lah team tempatan boleh bolot kedua ketegori berkenaan dlm tempoh 20 tahun penganjuran belum lg rasanyalah..

Cukuplah kot buat kali ini kita jumpa lg LTDL tahun depan jika dipanjangkan usia dan selamat berkayuh semua serta sentiasa berhati-hati senantiasa..