Translate

Halaman

Isnin, 24 September 2012

SBCC MTB Jamboree XC 2012

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

Seperti yg diwar2 kan oleh saudara Razi "ATAN" Husin dlm posting yg sblm ni, UGCC sekali lagi terlibat dgn dua acara yg berlangsung serentak pada tarikh yg sama.

Aku, Baha, SY, Kevin, Awin, Annuar dan Esman memilih utk bermain lumpur dan lecah di Sg.Buaya. Lama juga rasanya kami tak menyertai mana2 Jamboree atas sebab2 tersendiri melainkan saudara Esman yg buat masa ni boleh lah digelar "king of jamboree". Dan bagi aku pula secara peribadi kali terakhir aku menyertai jamboree adalah pada 1/1/12 yg lalu di UPSI.

Pagi 23 Sept.2012 selepas saudara Esman tiba, kami pun bergerak menuju ke RnR Rawang utk bertemu dengan rakan2 yg lain. Jam baru menunjukan angka 0630 tetapi RnR Rawang sudah agak meriah dgn pelanggan yg boleh aku katakan majoritinya rider2 mtb dan keluarga masing2 dari sekitar Lembah Kelang yg berhenti rehat dan menunaikan yg wajib dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke sg.Buaya.

Selepas mengalas perut secara ala kadar, kami pun mula bergerak ke lokasi. Sesampai kami di tapak permulaan ( Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya) persiapan pun dilakukan. Terima Kasih kpd saudara Annuar Salehan yg telah sampai sehari lbh awal utk pengesahan penyertaan dan mengambil goodies bag kami.Sementara menantikan flag off pada jam 0830 kami pun berborak2 kosong sambil mencuci mata. Disini lah Awin mula terperasan terdapat ramai top rider yg join jamboree ni. Lalu terpacul lah soalan dari beliau... "Ni jamboree ke RACE?" hehehe edisi kantoi no 1.

Jamboree kali ni disertai lebih dr satu ribu org penggemar MTB yg datang dr seluruh pelusuk semenanjung Malaysia dan djalankan secara two in one iaitu jamboree dan race. ( ini kesimpulan yg aku buat sendiri lah ya ) Jarak keseluruhan trek adalah sepanjang 36.5 km termasuk 6 km pertama on road sebagai pemanas badan. Keseluruhannya terdapat 5 check point termasuk 2 check point diawal dan penamat acara, dan 3 water station.( 5 CP + 3 WS ). Tahniah buat penganjur Sungai Buaya Cycling Club dan para Marshal yg menjalankan tugas dgn amat baik sekali dan yg paling aku suka ialah keunikan penganjuran event ni dgn pihak pengajur telah menjamu para peserta dgn air sirap ais dan pisang pada WS kedua dan cendul serta rojak buah pada WS ketiga disamping air mineral yg byk pada WS petama. Nampaknya para penganjur benar2 memahami kehendak para peserta walaupun rasanya cendul dan rojak buah pasti tidak akan "diusik "
oleh para Racer kecuali oleh leisure rider mcm aku ni....hehehe. Laluan yg dipilih juga menarik dan sesuai utk  mtb atau dlm erti kata lain "rideable".

Apa2 pun kesemua kami dari UGCC berjaya menamatkan kayuhan kali ini tanpa ada yg mengalami kecederaan atau pun kemalangan yg teruk, kecuali satu insiden dimana salah seorang dari kami telah jatuh "terbaring" dihadapan car wash waktu nk pi cuci basikal selepas selesai acara. hehe edisi kantoi no.2.
Seperti biasa acara sampingan yg dinantikan oleh para peserta selain berkayuh ialah Lucky Draw. Sekali lagi SBCC telah mencipta sejarah dgn keunikannya dengan menyediakan hadiah utama utk cabutan bertuah berupa 2 ekor kambing ( hidup ) dan hadiah kedua sebuah ATV.

Baiklah tuan2 dan puan2 sekalian itu lah sahaja yg dapat aku contengkan disini dah abis idea dah...........
Sebelum aku merapu dan meraban sebaiknya aku berhenti dahulu. Jumpa lagi di lain acara off road atau on road janji ada berkayuh hati senang badan pun sihat.

-are jump-

tgh bersiap

Esman bersama rakan2 PROTON

dr kiri Awin , SY dan Baha

Start n Finish

mcm biasa jem bila masuk off-road

tolak.......

1st water station

TQ bro...

2nd WS cendul spesial...

relax dulu

lucky draw

no plate yg takdak luck





Kayuhan Sinar Shah Alam edisi ke 6 2012

Salam Ceria dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini group UGCC terpecah kepada 2,yg power2 menyertai Sg Buaya Jamboree manakala yg lutut lembik menyertai Fun ride Kayuhan Sinar Shah Alam..

Kayuhan Fun ride berjarak lebih kurang 30km sahaja bermula dr Kompleks Karangkraf-Seksyen 16-Bukit Kuda-Kg Jawa-Stadium Kota Raja dan kembali ke Kompleks Karangkraf semula..

Peserta berdaftar secara on line seramai 163 org dan bila di campur peserta yg mendaftar secara walk in serta ghost rider mgkin mencecah 250 org keseluruhan nya..
Antara geng2 aku yg turut serta ada lah Minami,Norman,Yogi,Isham,Ah Yik,Mas,abg Zainal PGA yg br di kenali seminggu yg lepas serta Cha,Siti dan Mg pun ada..
Ramai juga member2 luar yg aku kenal turut kelihatan pg ni seperti cikgu Wan KAKIKUSA,Wak Jan 24,Abg Brahim,Abg Wahid dan lain2 yg kalo aku tulis penuh pulak ruangan kat dlm ni..

Perjalanan pg ni x lah mencabar sangat walau pun ada bukit agak tinggi seperti di seksyen 16 tetapi tidak lah mendatangkan masalah kepada geng2 aku,mgkin kerana kekerapan berkayuh banyak membantu memberi stamina yg diperlukan..

Ada juga kemalangan2 kecil terjadi akibat perlanggaran sesama sendiri antara peserta manakala 2 org telah pitam semasa perjalanan ke Stadium Kota Raja..

Nasihat aku kepada pengayuh2 br yg hendak turut serta aktiviti sebegini perlu lah punya stamina mencukupi,makan sedikit sebelum memula kan kayuhan dan sentiasa alert semasa menunggang supaya x terlibat dengan masalah pitam serta kemalangan,nama pun fun ride jangan lah ubah jd pain ride pulak, bunyi nya pun dah x sedap di dengar..

Penganjur juga ada menyedia kan mineral water,roti,goodies bag(terlampau sedikit hingga ada yg berebut)..
Cabutan bertuah pun ada tp seperti biasa balik2 tngok org je yg ambil hadiah manakala tiada penyediaan makanan kali ini mgkin x mendapat sponsor gamak nya..

X banyak cerita yg dpt dituliskan,kepada pengayuh yg mencari glamer patut ikut kayuhan ini sbb gambar  akan keluar paper Sinar kebiasaan nya..
Jika nak lihat gambar2 yg lain sila pergi ke page facebook UGCC..

Terima kasih dan teruskan mengayuh demi kesihatan..

Best regards

Razi Atan Husin




















Tak Sempat Habis Raya Dah Manjat Genting Sempah



As'salam'mualaikum dan salam sejahtera..

Minta maaf agak terlewat lebih seminggu cerita ni diperamkan dan baru sekarang dpt di terbitkan,al maklum lah open house x abis lg masa tu sibuk melantak bila dah kenyang malam membongkang je koje nya..

Misi kayuhan kali ini untuk mengangkut ahli2 UGCC yg x pernah menjejak kan kaki ke sana(Genting Sempah)..
Ramai juga yg ikut buat pertama kali nya seperti Pak Yogi,Isham,Mus,Ah Yik,Ah Leong,Nuar VRG,Siti Mariam dan kawan nya Mg Mirae kalo aku x silap nama nya..
Cha dan Azmy buat kali kedua sementara Aku,Minami,Mas dan Amir telah acap kali ke sini..

Hujan lebat pada pg tersebut menjadi pembakar semangat untuk kami mengharungi misi yg di rancang walau pun pemergian nya agak lambat dr biasa..
Kayuhan bermula agak lewat melebihi jam 8 pg kerana cuaca yg tidak begitu baik di tambah pula basikal2 yg di tumpangkan di dlm Proton Arena Ah Yik lambat tiba  setelah tersesat jalan...
Orang suruh ikut belakang x mau asik nak laju jer,nasib baik x terlajak ke Kuantan kalo tidak dengan dia,Ah leong,Pak Yogi,Isham dan Minami kempunan..hehe

Walau pun cuaca x .memberangsangkan tetapi masih ramai pengayuh2 tegar membanjiri laluan ini..
Alang2 dah dtg dr jauh kayuh tetap kayuh..
Suasana laluan di sana begitu menarik sejuk dan berkabus se olah2 berkayuh di luar negeri pulak rasanya..
Pagi ini Team Malaysia pun training di sini menggunakan Tendeem bike semasa kami sedang bertukar pakaian dan pengejasam basikal,sempatlah tngok diaorang lalu..
Ketika pertengahan perjalanan pelumba Olimpik negara Adiq Husaini Osman muncul tetiba dr belakang,aje yg kuat selambe je memepah Genting Sempah seperti jalan flat road je dibuatnya pada hal kami udah hampir habis nyawa nak nyampaikan kepuncak,tp bila difikirkan semula itu bidang cr makan dia semua kepelikan serta kehairanan berlalu begitu sahaja..
Selepas Adip berlalu geng2 MSN pulak memotong aku dan geng2 bila semakin menghampiri puncak..
Sempat lah kengkwan yg tiba terdahulu diatas bergambar dan berbual dengan Adiq dan adik2 pengayuh MSN tersebut..
Mereka juga memberikan makanan(sandwich) kepada member2 UGCC sebelum meruskan kayuhan pulang ke Bukit Jalil..

Ketika berehat di atas bila di kira2 jumlah ahli hanya Ah Yik yg belum tiba dan masa menanti di penuh kan dengan berborak tentang pengalaman mereka2 yg pertama kali mendakh laluan ini serta aktiviti utama iaitu bergambar..
Tnggu punya tnggu Ah Yik x smpai2 setelah lebih setengah jam berlalu dan kebanyakan berpeodapat beliau x mampu untuk mengayuh smpai ke atas lalu memutuskan untuk bergerak ke rnr Genting Sempah pekena sarapan pg,manakala Siti Mariam dan Mg Mirae terus balik untuk menghadiri rumah terbuka..
Lama jugak lah lepak di rnr tu baru lah Ah Yik pun tiba x sangka betul dia tetap meneruskan kayuhan hingga berjaya sampai ke atas walau pun keadaan fizikal diri nya yg 70% terbakar(kategori OKU)..
Jenuh jugak lah dia menerima ucapan tahniah dr kengkawan yg lain
yg kagum dan menghormati kemampuan diri nya sbb mati2 ingatkan dia x mampu dan berpatah turun semula..

Selesai menanti Ah Yik melepaskan penat dan makan minum kami pun bergerak pulang ke hospital JHEOA..
Perjalanan turun Mas,Mus dan Cha mengalami kebocoran tiub nasib baik mereka menyedari nya cepat dan berjaya menyelamatkan diri dr mengalami kemalangan yg boleh mencederakan,waktu turun bukit kelajuan nya agak tinggi dan jln licin akibat hujan ketika itu..

Dengan izin yg di atas kami berjaya mengharungi misi kali ini dengan jaya nya..

Kepada kengkawan yg masih belum mencuba laluan ini seperti Norman,Helmi,Yus,Ah Pow,Uncle Sim dan lelain lalu ke dengor ayat power Ah Yik ketika berjumpa 'Ayam la,OKU pun boleh sampai lu olang x boleh ka?',jadi fikir2 kan lah yer..

Terima kasih dan selamat berkayuh buat semua..


Best regards
Razi Atan Husin