Translate

Halaman

Isnin, 24 September 2012

SBCC MTB Jamboree XC 2012

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

Seperti yg diwar2 kan oleh saudara Razi "ATAN" Husin dlm posting yg sblm ni, UGCC sekali lagi terlibat dgn dua acara yg berlangsung serentak pada tarikh yg sama.

Aku, Baha, SY, Kevin, Awin, Annuar dan Esman memilih utk bermain lumpur dan lecah di Sg.Buaya. Lama juga rasanya kami tak menyertai mana2 Jamboree atas sebab2 tersendiri melainkan saudara Esman yg buat masa ni boleh lah digelar "king of jamboree". Dan bagi aku pula secara peribadi kali terakhir aku menyertai jamboree adalah pada 1/1/12 yg lalu di UPSI.

Pagi 23 Sept.2012 selepas saudara Esman tiba, kami pun bergerak menuju ke RnR Rawang utk bertemu dengan rakan2 yg lain. Jam baru menunjukan angka 0630 tetapi RnR Rawang sudah agak meriah dgn pelanggan yg boleh aku katakan majoritinya rider2 mtb dan keluarga masing2 dari sekitar Lembah Kelang yg berhenti rehat dan menunaikan yg wajib dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke sg.Buaya.

Selepas mengalas perut secara ala kadar, kami pun mula bergerak ke lokasi. Sesampai kami di tapak permulaan ( Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya) persiapan pun dilakukan. Terima Kasih kpd saudara Annuar Salehan yg telah sampai sehari lbh awal utk pengesahan penyertaan dan mengambil goodies bag kami.Sementara menantikan flag off pada jam 0830 kami pun berborak2 kosong sambil mencuci mata. Disini lah Awin mula terperasan terdapat ramai top rider yg join jamboree ni. Lalu terpacul lah soalan dari beliau... "Ni jamboree ke RACE?" hehehe edisi kantoi no 1.

Jamboree kali ni disertai lebih dr satu ribu org penggemar MTB yg datang dr seluruh pelusuk semenanjung Malaysia dan djalankan secara two in one iaitu jamboree dan race. ( ini kesimpulan yg aku buat sendiri lah ya ) Jarak keseluruhan trek adalah sepanjang 36.5 km termasuk 6 km pertama on road sebagai pemanas badan. Keseluruhannya terdapat 5 check point termasuk 2 check point diawal dan penamat acara, dan 3 water station.( 5 CP + 3 WS ). Tahniah buat penganjur Sungai Buaya Cycling Club dan para Marshal yg menjalankan tugas dgn amat baik sekali dan yg paling aku suka ialah keunikan penganjuran event ni dgn pihak pengajur telah menjamu para peserta dgn air sirap ais dan pisang pada WS kedua dan cendul serta rojak buah pada WS ketiga disamping air mineral yg byk pada WS petama. Nampaknya para penganjur benar2 memahami kehendak para peserta walaupun rasanya cendul dan rojak buah pasti tidak akan "diusik "
oleh para Racer kecuali oleh leisure rider mcm aku ni....hehehe. Laluan yg dipilih juga menarik dan sesuai utk  mtb atau dlm erti kata lain "rideable".

Apa2 pun kesemua kami dari UGCC berjaya menamatkan kayuhan kali ini tanpa ada yg mengalami kecederaan atau pun kemalangan yg teruk, kecuali satu insiden dimana salah seorang dari kami telah jatuh "terbaring" dihadapan car wash waktu nk pi cuci basikal selepas selesai acara. hehe edisi kantoi no.2.
Seperti biasa acara sampingan yg dinantikan oleh para peserta selain berkayuh ialah Lucky Draw. Sekali lagi SBCC telah mencipta sejarah dgn keunikannya dengan menyediakan hadiah utama utk cabutan bertuah berupa 2 ekor kambing ( hidup ) dan hadiah kedua sebuah ATV.

Baiklah tuan2 dan puan2 sekalian itu lah sahaja yg dapat aku contengkan disini dah abis idea dah...........
Sebelum aku merapu dan meraban sebaiknya aku berhenti dahulu. Jumpa lagi di lain acara off road atau on road janji ada berkayuh hati senang badan pun sihat.

-are jump-

tgh bersiap

Esman bersama rakan2 PROTON

dr kiri Awin , SY dan Baha

Start n Finish

mcm biasa jem bila masuk off-road

tolak.......

1st water station

TQ bro...

2nd WS cendul spesial...

relax dulu

lucky draw

no plate yg takdak luck





2 ulasan:

  1. apa pencapaian terbaik dr group kita jump seperti BB,SY DAN Annuar?ada ke yg rank 100 ke bawah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg overall result bwh 100 xde tp bwh 200 tu ada lah juga...tp utk result mengikut kategori umur tak tau lah plak....

      24 September 2012 9:10 PTG

      Padam