Translate

Halaman

Rabu, 3 Oktober 2012

KOM KKB Fraser Hill Challenge, Selangor - 2012

Cha Peace bersama Wendy Wing
Assalammualaikum dan selamat Sejahtera....

Entri kali ini aku buat khas menggunakan font kaler PINK sebagai tribute kpd cik "Cha Peace" hehehe... Nak dijadikan cerita semua ketiga2 tukang merapu blog ni tak dpt menghadirkan diri dlm event kali ini. Jadi terpaksalah aku menjadi reporter atas pokok dan menginterview cik Cha Peace untuk mendapatkan berita.

Serba sedikit info berkenaan  event ini :
KOM atau King Of the Mountain ( hmm... knp xde Queen ya? ) Kuala Kubu Baharu - Fraser Hill, Selangor.
Berlangsung pada 30 Sept. 2012.
Bermula dr Stadium Kuala Kubu Baharu
Tamat di Gap, Fraser Hill.
Jarak Kayuhan 30.5 KM
5 kategori dipertandingkan MTB Man Masters, MTB Man Open, RB Man Masters, RB Man Open dan Women Open.

Kejohanan kali ini disertai oleh sdr. Baha, SY Chong, Alex, cik Cha Peace dan dua org rakan beliau, cik Siti Mariam dan Nor Hafiza a.k.a. Mg.Mirae. Dianggarkan seramai lebih dr 400 org peserta telah mengambil bahagian dlm kejohanan ini.
Peserta dlepaskan mengikut kategori masing2 dgn selang masa selama 5 minit bg setiap kategori ( 5 minute interval ). Menurut Cha, kategori Woman Open dilepaskan pada kira2 jam 0900 iaitu selepas semua kategori lelaki dilepaskan dahulu.
Dari apa yg diberitahu oleh sdr Baha pula, 5 km pertama benar2 memberi sedikit tekanan kepada para peserta , sampaikan basikal pun terasa seperti 'berat". Dan menurut Cha lg, bagi jarak yg seterusnya... hmmmmm...climbing, climbing dan terus climbing... tiada check point atau sebarang water station sepanjang pendakian mereka ini sehinggalah ke garisan penamatnya di Gap, Fraser Hill.

Sekalung Tahniah buat cik Cha Peace yg berjaya menamatkan kayuhan sepanjang 30.5 km ini tanpa henti dalam masa lbh krg 2 jam sahaja. ( kerek minah ni siap suruh aku tulis dia tak berhenti langsung...hehehe ). Begitu juga dgn lain2 ahli UGCC serta rakan2 yg berjaya menamatkan kayuhan walaupun ada antaranya yg mengalami sedikit masalah teknikal pada basikal, namun semangat juangnya tidak terpadam dan kayuhan diteruskan sehingga kegarisan penamat.
Juga dari apa yg diceritakan kpd aku, kejohanan ini turut sama disertai oleh 2 org atlit paralimpik Negara      ( seorang kurang tangan dan seorg lg kurang kaki dan menggunakan kaki palsu ). Pasti shj kehadiran mereka berdua ini membakar semangat lain2 peserta dan kami di UGCC tabik spring kpd anda berdua.
Sayangnya sehingga entri ini aku tulis keputusan penuh kejohanan masih blm dikeluarkan lagi oleh pihak penganjur.

Sekali lg sekalung tahniah kpd semua peserta KOM KKB Fraser Hill - 2012 terutama kpd ahli2 UGCC yg berjaya menamatkan kayuhan tak kiralah pada kedudukan nombor berapa sekali pun.
Buat rakan2 UGCC yg lain, teruskan berkayuh tak kira apa sahaja matlamat anda semua dan selamat maju jaya. 

ENJOY CYCLING.

p/s : laporan dan gambar kredit kpd "Cha Peace"

-are jump-


starting point.


posing dulu.

Baha dan Siti Mariam.

Tahniah..ni Queen of The Mountain punya.

Diva's




8 ulasan:

  1. Balasan
    1. welcome.. biasa2 je,bahasa rojak berterabur merata mcm topping kat pizza....hehehe

      Padam
  2. mana x terbaik ko folo semua dia punye kehendak jump haha..
    Boleh lah ajump dr xde cerita lngsung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah...aku tuntut pizza dia blm bg lg nim..kede tul la..hehe

      Padam
    2. ko kene folo kayuh sesama ngan dia br leh dpat kalo kat sini mmg xde lah jawap nya hehehe..

      Padam
  3. Bro Atan...ada permintaan suruh ko masukkan cerita kayuh negro hr tu..hehe

    BalasPadam
  4. dah banyak entri kayuh area tu le nanti bosan lak org nak baca tp kalo rajin aku buat lah nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah tak bosan sbb setiap perjalanan tu ada cerita masing2...hehe

      Padam