Translate

Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

UGCC ke Morib lagi.


Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ini kali kedua buat geng2 UGCC berkayuh ke Pantai Morib.... 

hmmmm...mcm tak berapa kena je Intro aku ni... kali kedua untuk BB dah Minami tp kali pertama untuk majoriti pengayuh2 tegar UGCC yg baru join the club dan mungkin kali pertama berkayuh kesini bersama UGCC. 
Tulis kena terang nnti Tuan Director marah...hehehe

Untuk kayuhan kali ini seramai 10 org ahli UGCC telah menghadirkan diri... BB, Minami, JeMie, Ben, AhLeong, AhYik, Yus dan TembaxCiecax yg berkayuh dr pot UGCC di Sri Muda manakala AhPow menanti di Petronas, Johan Setia dan Uncle Sim pula menanti di Kota Kemuning.

Jam 0630 tayar masing2 dah mula bergolek menuju ke destinasi. Dalam perjalanan singgah sebentar di Petronas,Johan Setia dimana AhPow dah sedia menanti rakan2 UGCC, sempat juga lah pula AhLeong membetulkan seatpost beliau disini...alang2 dah berenti ya tak...hehe
Dari sini perjalanan diteruskan ke Banting, Alhamdulillah perjalanan lancar pagi ni dgn keadaan trafik yg agak lengang mungkin kerana ramai yg masih bercuti sempena Hari Raya Haji. Purata kelajuan masing2 pagi ni antara 29 - 30 km/j. Walau bagaimana pun ada juga antara rakan2 kita yg berkayuh agak perlahan mungkin kerana masih belum berapa biasa lagi.

Jam 0835 group pertama selamat tiba ke Pantai Morib. JeMie, Ben, TembaxCiecax dan AhLeong antara yg mula2 sampai. Manakala BB menjadi sweeper  dan tiba kira2 10 minit kemudian bersama rakan2 yg lain. Selesai masing2 berhenti rehat dan menghirup udara segar pagi di Pantai Morib, masing2 menuju pula ke kedai makan berhampiran utk mengisi perut. Tak byk kedai yg dibuka pagi ini jadi layan je lah mana yg ada.

Macam biasa sambil2 mengisi perut byk lah cerita2 menarik yg dikongsi bersama. Jam 0955 masing2 bersiap utk memulakan perjalanan balik. Time ni matahari dah mula nk meninggi...so ada lah juga yg dah bersiap2 ngan sunblock nya...almaklumlah nnti takut kulit rosak plak...hehe.Di pekan Morib Uncle Sim berhenti sekejap dikedai motor utk meminyak kan rantai basikal beliau yg dah kering dan.....................
dan apa lagi settle tu kayuh lah apa lg takkan nk tukar basikal ngan motor plak ya tak...hehehe ( mood merapu sbb aku tetiba stroke hilang idea...haha)

Lps pada tu group terpecah menjadi dua... BB dah naik sheikh dan mula tarik sampai 40 km/j manakala Ben, Yus, TembaxCiecax dan AhLeong cucuk angin BB. Tinggallah abg JeMie kita sorang2 kat tgh manakala Minami, Uncle Sim, AhYik dan AhPow dlm group blkg. Sampai di pekan Banting, Ben mintak berhenti di station BHP sbb dah tak tahan lapar. AhLeong tak ikut berhenti dan terus pecut blk ke Sri Muda. Lama menunggu kat BHP tapi group yg satu lagi tak muncul2, jadi keputusan dibuat oleh BB utk meneruskan perjalanan sbb Minami ada dibelakang sebagai sweeper dan boleh guide diaorg ni. Selepas BHP sekali lg abg JeMie kita ni kena tinggal sorang2 yg lain dah mula tak ingat dunia...hehehe
Menurut JeMie perjalanan dr Banting, Sijangkang dan Johan Setia dah mula sibuk masa ni dan keadaan jalan pun tak berapa elok dgn pasir byk atas jalan. Tu yg dia tak laju tu sbb dia sayang nnti basikal dia calar kena batu....hehehe ( adussss mood merapu lagi....) 

OK sambung blk... sampai di jalan motor KESAS highway, group dpn berhenti lagi.. disini Yus cuba menghubungi group yg satu lg dan......... ok2 aku sambung... dan mendapat info yg Uncle Sim krem kaki sebelum sampai Sijangkang dan tak dpt nak meneruskan kayuhan. Terpaksalah menalipon anaknya utk menjemput Uncle Sim blk dgn kereta. Tinggallah AhPow, AhYik dan Minami meneruskan kayuhan sesampai di Johan Setia pulak AhPow melencung blk ke rumah. Group dpn meneruskan kayuhan melalui Kemuning Utama - Giant dan terus ke Sri Muda. Kira2 jam 1225 group ni sampai ke kedai Uncle Goh. Setengah jam kemudian sampai pulak Minami seorang diri. Rupanya lps AhPow blk rumah AhYik plak menyinggah mkn nasi itik dgn kawannya...hehe kalo mkn nasi beriani bole juga Minami join sekaki...hmmmm sian abg halus yg terpaksa jd sweeper plak kali ni...hehehe. 

OK...demikian lah secara pjg lebarnya aku menceritakan pengalaman UGCC ke Morib kali ini. Jgn lah korang tertipu kerana aku tak ikut pun berkayuh sbb masih lg bercuti2 Malaysia di kg halaman ku yg tercinta.  
Sesungguhnya semua yg aku tulis diatas ni tiada yg bohong melainkan yg benar belaka sebagaimana yg di ceritakan oleh JeMie kpd aku. Kot bohong dia bohong lah aku...hehehe
Kredit kepada JeMie untuk cerita dan gambar2 yg disertakan disini...
terima kasih jgk kpd JeMie yg berjaya membuat otak aku stroke dua tiga kali menulis entri kali ini...hahaha

p/s : trip kali ni tak ada kes rim hilang.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan